Pengalaman Menginap Di Plaza Premium Lounge,KLIA 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sahaja aku update blog malam-malam macam ni kerana aku rindu Plaza Premium Lounge,katil,tilam dan bantal yang ya rabbi selesa gila. Haritu aku dan kawan-kawan yang lain stay dalam 8 jam macam tulah. Tak puas nak tidur lelama kat atas katil dia. Selesa. Haaaaaaaa, disebabkan keesokan pagi tu kita orang punya flight sebelah pagi, jadi kita orang pilih Plaza Premium Lounge,KLIA 2 sebagai penginapan malam tu. Even travel dengan cara backpacker kenkadang nak jugak tido dalam keadaan selesakan. (Mengada)





Banyak sebab kenapa korang mesti kena tahu tentang Plaza Premium Lounge ni. Aku cerita berdasarkan pengalaman aku la ye. Okay, kebetulan haritu aku sampai awal di KLIA 2 jadi aku marathon satu KLIA 2 dengan harapan tak sesat la kan. Seram weh masuk KLIA 2 tu, gedabak sangat bangunan dia. Sementara nak tunggu check in jam 11 malam tu kita orang pegilah cari makanan lepak-lepak malam tu kat Lounge dia. Makan kat lounge tu je. Puas hati sebab orang melayu kekita ni masak. Jam tepat 11pm, tiba masa untuk check in. Macam biasalah. Kau tengok bilik aku,aku tengok bilik kau. Dah jadi keutamaan bila pergi hotel. Nak tengok kondisi bilik di setiap hotel,hehe...





Hallooooooo,selamat datang ke Plaza Premium Lounge. Lokasi hotel ni sangat mudah nak cari. Korang spot je Gateway@KLIA2 . Mudah dan inshaAllah tak sesat. Actually, kat sini kita ditawarkan dengan private place for u to rest,relax and unwind at the airport,equiped with shower facilities to ensure you step out awake,fresh and gettttttt ready to board ! Memang relax betul masa aku stay sini. Cukup la bantal dan tilam dia yang gebu tu,puas hati dengan harga dia.




Senang je ye lokasi hotel ni di level 2 dan di level 1 ada guardian,atm,butik-butik dan banyak lagi. Aku rasa memang strategik sangat dah tu lokasi hotel dia. Depan hotel dia pun ada restoran jugak. Boleh la kot-kot nak teringin benda lain kan? Eh




Wajiblah bersama team projek travel. Kali ni first time cuti beramai-ramai nak hantar merisik penyu kat pulau katanya,haha.. Apapun,sebelum boarding esokkan tu. Wajiblah luangkan masa dengan dorang semua ni. Gosip jemah-jemah ada tak? Eh. ( Gurau )




Selamat hari lahir moka loka yang paling kiri sekali dan memakai baju kaler merah. Kebetulan entri ni di taip ketika bufday awop jadi alang-alang ambik kesempatan wish kat sini jugak la ye. Kawan paling bertuah dan selalu berusaha dengan apa yang dia impikan. Tahniah jugak dah naik pangkat. Semoga terus maju jaya. Aiiiiii mek,lelebih nampak wish ni? Nak bodek apa sebenarnya ni?Haha...




This this this this this. Pengalaman menginap di Plaza Premium Lounge ni sangat bermakna dan rasa taknak boarding je esokkan tu,wakakaakaka..




First,let me talk about lounge. Konsep di Plaza Premium Lounge ni ada 3 konsep iaitu nap, lounge and shower. Okay contoh nak save bajet atau nak layan tv sementara nak boarding tu korang pun boleh stay kat lounge tu dan bayaran kat sini semuanya ikut jam tau. Kalau lounge ni termasuk makan,minum,shower facilities, wifi, internet workstation, flight information, tv channels, international newspapers dan majalah harganya adalah seperti di bawah :

    Haaaaa,tu adalah harga dia ye kengkawan. So,kalau korang purchase pakej lounge ni sahaja maka tidur korang pun di lounge tu. Masa aku pergi haritu, memang ada yang tido atas kerusi kat lounge tu. Maybe dorang berjaga-jaga dan takut terlepas flight.





    Ini bab mandi pulak. Contoh masa korang check in tu 7am dan boarding pass kul 10am, tak sempat mandi kat rumah? Nak ruang yang selesa? Haaaaaa, Plaza Premium Lounge ada sediakan ruang khas untuk mandi sahaja dalam masa 30 minit dan berharga RM32 sahaja,hikhikhik.. Takdan ambik gambar tempat mandi tu tapi puas hati. Berbaloi la dengan apa yang korang mandi tu kan.




    Cekidautttttt untuk setiap bilik. Sebenarnya Plaza Premium Lounge ni memang sesuai untuk kaki travel yang nak rehat dalam tempoh pendek. Walaupun korang tengok hotel ni dari luar kecik. Sebenarnya jangan salah faham. Besar jugak belah dalam dia. Tapi kalau datang sini nak huha huha jangan. Sebab dari dalam boleh dengar suara dari dalam bilik. Dah la jom tengok bilik.




    Haaaaaa, untuk kakak abang kaki travel. Ya Ampun, cantik sangatnya pun untuk bebudak travel ni. Aku tengok ramai yang stay sini adalah orang putih dan ada jugak melayu. Bukan apa, dorang nakkan keselesaan :)

    Plaza Premium Lounge - Travellers 

    Rupa bilik travellers ni nice gila. Suka tempat yang aku duduk tu dan deko dalam bilik ni. Nice gila. Plug setiap katil memang ada plug. Belah atas pun ada plug jugak dan tak payah la nak sesusah naik turun sebab nak capai plug,hik.... Bilik ni nama dia travellers suite dan  dorang pun ada sediakan two bunk beds yang sesuai untuk tido 4 orang macam tu. Harga untuk bilik ni adalah RM563 untuk 5 jam sahaja,hehehe...




    Okay yang ni untuk orang yang nakkan kedamaian (haha) maka single bed untuk sorang pun ada. Harga seperti di bawah:
    • 3 jam - RM238
    • 5 jam - RM258
    • 10 jam - RM278

    Bergantung pada berapa jam korang nak stay dalam bilik ni. Siap ada socket outlet dan lampu meja. Memang worth it gila kalau dapat duduk sensorang





    Dan akhirnya, sebelah aku tu memang wajib jadi housemate di mana saja kau berada,haha...Bilik ni adalah bilik kami berdu bersama disediakan untuk 2 orang setiap bilik dan harga bilik ini adalah: P
    • 5 Jam - RM358 paling mahal dengan team lain la kot.

    So macamana korang? Bagi yang memerlukan hotel di KLIA 2  ni wajib cari hotel ni,hehe..


    Antara kemudahan yang ada di Plaza Premium Lounge
    • Tv Channels
    • Private Resting Area
    • Newspapers & Magazines
    • Excellent Service
    • Flight Information
    • Food & Beverages
    • Shower
    • Wifi / Internet station
    • Meeting Facilities 
    • Airport Lounge

    Rumusan dia, hotel ni memang serba lengkap untuk korang yang terasa nak premium lounge sikit. Famous kot hotel ni. Plaza Premium Lounge ni bukan sahaja di KLIA2 malah di KLIA 1 juga. Antara cawagan Plaza Premium Lounge ada di Hong Kong, Australia, Canada, Oman, Philipines dan United Kingdom. Patutlah mat saller ramai doos. Untuk yang mana ambik pakej bilik tu hati-hati dengan masa. Sebab kalau lewat atau nak extend time kena tambah RM90. Haaaaa,maka jangan tido mati ok?haha





    Lokasi hotel:
    Level 2, Gateway@klia2,
    Kuala Lumpur International Airport.


    Waktu Operasi:
    24 jam

    Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi
    Email: malaysia@plaza-network.com
    No.Fon: +603-4065 0156



    ______________________________________________________________________________




    THE GREEN MARKET (KLIA 2)

    Resotran ni menyediakan makanan jepun  dan korea dengan cara ' focus on freshness'. Sayur dipetik segar-segar lagi dari Cameron Highlands. Demi keselesaan dan kesegaran customer tau. Makanan jepun dia memang banyak dan aku pun lupa nama makanan aku order . Haaaaaaaaaa,cuak sekejap. Apapun apa yang di buat aku tertarik, dengan hotel ni kerana 



    Lokasi:
    Departure Level,
    Public Concourse, KLIA 2
    KLIA

    Waktu beroperasi:
    4pm - 12am



    Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi
    Email: malaysia@plaza-network.com
    No.Fon: +603-4065 0163





    Dulu aku susah nak telan makanan jepun ni. Tapi kali ni first time aku try bento. Sedap dan puas hati. Korang kalau makan makanan jepun apa yang korng order dulu. Share laaaaaaaa...Anyway, restoran ini sangat menjaga kebersihan dan kemas je restoran. Terbaik.




    Pojie dan Kakbee takde dalam gambar. Pojie lambat dan kakbee terima kasih ambikkan gambar. Boleh dah tu guna trademark memasing, hahahahaha.... Last but not least, terima kasih kepada Plaza Premium Lounge kerana sudi melayan kami semua. Semua staf sangat friendly dan helpful. Alhamdulillah.  Sebarang kemusykilan boleh hubungi mereka seperti di bawah ini. Sekali lagi,terima kasih banyak-banyak PPL. Have fun korang dan selamat bercuti! :)


    Sedikit tentang Plaza Premium Lounge:-

    • Dibuka 24 jam. Takde tutup tau 
    • Dah beroperasi selama 17 tahun di seluruh dunia tau,bukan di Malaysia je beroperasi
    • Mempunyai lebih dari  2500 front line staff di seluruh dunia
    • Plaza Premium Lounge KLIA2 selalu menjadi pilihan traveller,pilot dan cabin crew kerana kemudahan yang disediakan cukup selesa
    • Mempunyai 7 cawangan di airport seluruh Malaysia
    • Menawarkan pelbagai kemudahan VVIP seperti limousine dan sebagainya
    • Merupakan wrold first independent airport lounge
    • Selain lounge, Plaza Premium Lounge turut mempunyai outlet spa, salon dan restoran mereka sendiri. Haaaa,betapa eksklusifnya Plaza Premium Lounge ni.
    • Turut dilengkapi airport details/flight details di setiap lounge bagi memudahkan penguna mengetahui jadual penerbangan
    • Paling latest, Plaza Premium Lounge baru saja membuka restoran di KLIA iaitu flight clib,herbs and seeds inspired restaurant.

    4.8 bintang dari 5 bintang aku bagi ! Tahniah Plaza Premium Lounge :)






    Salam Sayang,
    Mek Onie
    letopink@yahoo.com

    3 ulasan:

    1. suka dengan review ni..walaupun tak pernah sampai, tapi bila baca, rasa macam dan menginap dekat sana..hehhe

      BalasPadam
    2. Salam...Kakak saya dari indonesia..saya mau tanya.,buat misalan saya nak service mandi shja.. artinya saya hanya byar myr32 tu ker? And duration mandi ne brpa lama. Boleh tak bayar as walk in guest cause saya tak punya credit card, tqsm

      BalasPadam
    3. Nak tnya.dekat lounge tu mkn include sekali ke dgn bayaran kite

      BalasPadam

    Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..