3 Produk Merve Ini Bukanlah Produk Yang 'Indah Khabar Dari Rupa' - Bab 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dari haritu aku duk post kisah Merve dan aku yakin korang sendiri suka dengan packaging dia,hehe.. Aku sampai dah jadikan gambar whatsapp, comel sangat,hehe..So, meh sini aku introduce sikit apa benda Merve yang aku cerita ni kan. Actually dah berapa minggu aku pakai Merve ni. 


Merve Group Holdings Berhad / Merve Skin Health Sdn Bhd adalah satu syarikat yang telah berdaftar, disahkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diperakui selamat digunakan setiap hari, halal dan tiada bahan terlarang. Bila sebut pasal berdaftar ni, memang susah jugak nak berdaftar sebab piawaian untuk dapatan sijil dari KKM sangatlah ketat kerana KKM mengambil berat dalam setiap aspek isi kandungan yang terkandung dalam bahan kosmetik dan supplement. Apapun,Merve memang diperakui selamat, suci dan halal. 





Produk dari MERVE


Merve telah keluarkan 3 produk yang tak sampai satu tahun tapi dah gebum kat luar sana,antara produk yang dimaksudkan oleh aku adalah :-
  1. Full Coverage Foundation 
  2. Fairy Tales Potion
  3. Gorgeous Juice
Ketiga-tiga produk ini sememangnya sangat unik dan mempunyai kelebihan masing-masing dan aku sendiri dah pakai pun. Antara tiga produk ni aku suka semuanya. Sampai tak tahu nak bagi rating macamana. Puas hati bila pakai dan sebenarnya first time jugak aku dengar Merve ni. Comel sangat. Apapun, aku nak korang baca dulu pengalaman aku sebelum judge apa-apa. 




Full Coverage Foundation with Superfruits

Full Coverage Foundation with Superfruits
KKM : NOT 160203462K

Tipu kalau orang perempuan luar sana tak suka pakai foundation. Peratusan bagi tak pakai tu memang sangat tipis sebenarnya. Aku kalau malas pun tak pakai foundation masa nak pergi kerja, kalau ada event ke dinner ke memang wajib pakai,haha...rasa macam seksi je muka kalau togel macam tu. Tu kalau bawak foundation la kan, kalau tak bawak foundation memang sanggup aku pergi beli,hahahahahahahaha....


Tapi bila Merve ni datang, aku rasa sangat sangat bersyukur sebabnya foundation dia sangat cute. Aku ni memilih sikit, kalau packaging tu cantik,comel dan gebum sah foundation tu terbaik. Rupanya memang terbaik betul. Bukak penutup foundation tu terus bau,MasyaAuloh wangi yang amat wehhhhhhhh.... Bau buah-buahan gitu. Setengah foundation bau something like pahit-pahit (tatau nak describe macamana,haha) tu memang aku rasa cannot go time tu jugak. Tapi foundation Merve serius terbaik. Tu bau dia la kan. Bila calit kat muka, memang lagilah aku excited. Sebab aku ni jenis yang suka cari foundation yang bila kita calit tu, tak rasa lekit,tak rasa berat je kat muka. Bila sapu pun sangatlah senang nak sapu. Arghhhh, cantiknya packaging dia. Me like me like ^_^


Okayyyyyyyyy, warna yang aku pakai tu natural, muka aku kena bagi yang natural je,kalau pakai light haaaa nampak la ke-fake-kannya,hahahhahaa... So,nak selamat aku lagi suka pakai yang natural. Anyway, ada 5 warna foundation ni. Sebelum tu meh la aku perkenalkan lagi produk ini.


Produk ni baru 4 bulan ada di pasaran tapi dah terjual 50,000 unit, kau rasa tak gebum ke tu? Foundation ni dah pun terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia dan Singapura. Merve Full Coverage Foundation yang mengandungi Super Fruits & Modern Formula ini penuh khasiat untuk kulit kita-kita ni setiap hari.


Antara kandungan dalam Merve Full Coverage Foundation ini adalah:-


SUPER FRUITS
  1. Mangosteen
  2. Grapefruit
  3. Goji Berry
  4. Peach
  5. Acai Berry
  6. Pomegranate
MODERN FORMULA
  1. L-Glutathione
  2. Collagen
  3. Stem Cell
  4. Green Tea
  5. Vitamin C
  6. Vitamin E
  7. Aloe Vera



Code #002 : Foundation


Antara 5 warna yang aku cakap atas tadi tu adalah:-

1. Code: #001
Light Skin Tone
Sesuai untuk: Kulit putih pink dan Chinese
Contoh warna kulit selebriti: Adira, Siti Saleha, Soo Wincci
Bertindak sebagai: Primer, Concealer dan foundation

Tujuan: Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bawah mata juga merawat dari dalam dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


2. Code: #002
Medium Skin Tone
Sesuai untuk: Kulit kuning langsat dan melayu
Contoh warna kulit selebriti: Erra Fazira, Che Ta, Siti Nurhaliza
Bertindak sebagai: Primer, Concealer dan foundation

Tujuan: Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bawah mata juga merawat dari dalam dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


3. Code: #003
Dark Skin Tone
Sesuai untuk: Kulit sawo matang dan indian
Contoh warna kulit selebriti: Mizz Nina, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain
Bertindak sebagai: Primer, Concealer dan foundation

Tujuan: Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bawah mata juga merawat dari dalam dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


4. Code: #004
Highlighter
Sesuai untuk:Semua warna kulit
Bertindak sebagai: Shading

Tujuan: Menciptakan wajah yang bercahaya serta memberi efek volume agar dimensi wajah lebih menyerlah


5. Code: #005
Contour
Sesuai untuk: Semua warna kulit
Bertindak sebagai: Shading

Tujuan: Menyamarkan kekurangan wajah serta mampu mengecilkan dan membentuk wajah supaya lebih sempurna dan tajam.



Testimonial Merve Full Coverage Foundation


Aku pakai yang code #002 . Sesuai la untuk kulit kuning langsat macam ambo ni,hehe...Puas hati sangat. Bila sapu kat muka memang bau je manjang foundation tu,nasib baik sedap baunya dan yang aku suka dengan produk ini dia ada SPF50 yang mampu melindungi kulit kita daripada sinaran matahari. 

Antara kelebihan yang lain adalah:-
  1. Kulit tak berminyak pun.
  2. Mencegah penuaan.
  3. Takde bahan kimia terlarang pun.
  4. Make up tahan lebih lama.
  5. Ada span sekali dan yang penting span tu ada gabungan sempurna untuk memudahkan krim diratakan :)
  6. Mengurangkan parut jerawat.
  7. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  8. Ada Vitamin C dan Vitamin E.
  9. Mencerahkan kulit kusam.

Siap untuk perkongsian Merve Full Coverage Foundation . Puas hati sangat. Ada lagi yang aku nak kongsi, meh la baca sampai habis. 




Fairy Tears Potion/Serum

Fairy Tears Potion (Multivitamin Primer Serum)
KKM : NOT 160300638K

Kenapa korang patut pakai Potion / Serum ni? Rugi kalau korang tak cuba sebabnya serum ini bertindak 5 dalam satu kerana boleh dijadikan sebagai Moisturizer, Make up Primer, Skin Repair Serum, Scar Treatment dan Sunblock. 


Cara pakai potion/serum ini adalah:-
  • Paling mujarab silalah pakai pada waktu malam dan pagi kerana pada malam hari kulit wajah akan bekerja secara maksimum pada kulit wajah dan pada waktu pagi pula serum akan melindungi kulit dari radikal bebas akibat sinar matahari dan pencemaran udara. Paling mujarab lagi, gunakanlah setiap hari ye deknon.


5 fungsi produk ini sangat berkesan untuk :-
  1. Makeup primer - Sebelum pakai foundation atau blusher semua tu,lebih baik pakai serum ni dulu supaya kulit lebih licin,lembap,tekstur makeup gebum. Apa yang penting, pastikan serum tu betul-betul absorb dalam kulit barulah apply foundation. Kalau tak capuk-capuk la nanti muka uols,hehe.
  2. Skin repair serum - Dapat sembunyikan kecacatan kulit dan tidak mempunyai masalah kulit kerana ianya mampu meyembunyikan kecacatan kulit seperti kesan parut,kesan jerawat,kulit kusam,minyak berlebihan dimuka dan mengandungi SPF 50 sebagai pelindung matahari.
  3. Scars Treatment - Part ni aku suka, sebab aku selalu apply kata pergelangan tangan aku. Kalau korang nak tahu,pergelangan aku ni ada scar timbul dan susah jugak nak flat. Jadi aku ambil kesempatan untuk sapu di pergelangan tangan. Khasiat yang ada pada serum ini iaitu Rosehip Seed Oil ianya mampu mengatasi masalah kulit berparut yang tegar di wajah dan badan secara efektif dan cepat.
  4. Sunblock - Disebabkan cepat absorb jugak aku suka apply serum ni kat muka dan serum ini bertindak sebagai pelindung kulit dari sinaran matahari yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
  5. Moisturizer - Yeayyyyyy,part ni memang aku suka. Disebabkan kulit muka aku nampak kering. Aku lebih suka sapu pada kulit muka sebab serum ini mengandungi vitamin e. Orang yang ada jerawat memang sangat sesuai untuk pakai produk ini. 


Diperkaya dengan formula dan ekstrak istimewa seperti :-
  1. Peptide (Anti penuaan)
  2. Rosehip Seed Oil ( Memudarkan parut)
  3. Green Tea ( Anti Oksida )
  4. Vitamin C (Pore tightening)
  5. Lico Rice ( Mengurangkan kulit radang)
  6. Arbutin (Mencerahkan)
  7. Aloe Vera (Melembutkan)
  8. Pumpkin (Perbaharui kulit)
  9. Dewberry extract ( kulit lebih sihat)
  10. Chamomile extract ( pulihkan kulit)



Antara kelebihan yang lain adalah:-
  1. Bau sangat best. Bau dewberry dan tak terlalu kuat
  2. Mampu mengatasi kulit berparut
  3. Menegangkan kulit yang kendur
  4. Mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat
  5. Memudarkan bekas parut jerawat
  6. Sangat sesuai digunakan untuk kulit kering
  7. Long lasting untuk makeup
  8. Mengandungi vitamin A,C dan E yang mampu mengurangkan sel kulit mati
  9. Mengecilkan liang roma terbuka
  10. Kulit muka segar selepas pakai serum ini



Foundation dan serum


2 produk ini memang sangat-sangat terbaik yang aku pernah jumpa. Langsung takde bahan terlarang dan produk ini bukanlah produk yang 'indah khabar dari rupa'. Macam aku cakap, dari packaging sampai la ke tekstur dia,sangatlah puas hati. Anyone yang dah try foundation dan serum ini? 



Gorgeous Juice dari Merve


Produk ketiga dari Merve Group Holdings Berhad / Merve Skin Health Sdn Bhd adalah produk Gorgeous Juice iaitu supplement dalaman dan luaran. Haaaa,yang ni orang laki nak consume pun boleh. Gorgeous Juice ni serius boleh telan dan tak rasa kelat ke apa ke bila telan. Aku consume ni untuk kecantikan dalaman dan luaran (cewah) . Yang seronok malam tu boleh tidur dengan lena. Pastu bila bangun pagi muka glowing je rasanya. Tambah pulak bila sapu serum, perfect yawwwww :D


Fungsi produk Gorgeous Juice ini adalah:-
  1. Dapat mencantikkan kulit wajah
  2. Menghasilkan pembentukan kolagen secara semulajadi untuk kulit yang cantik,mulus dan muda
  3. Seragamkan tona kulit
  4. Membantu masa tidur yang betul
  5. Bertindak sebagai anti penuaan
  6. Mengaktifkan sel kulit baru
  7. Menguat,menyuburkan dan mencantikkan rambut dan kuku
  8. Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung dan yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi yang cantik dan sihat
  9. Memudarkan jeragat dan lingkaran gelap bawah mata
  10. Membantu memulihkan masalah seksual wanita mahupun lelaki
  11. Mencerahkan bahagian-bahagian intim wanita/lelaki
  12. Mampu mengetat dan merapatkan faraj
  13. Lembapkan kulit
  14. Mempertahankan dan memelihara sistem reproduksi baik lelaki mahupun wanita
  15. Memudahkan tidur nyenyak
  16. Kulit wajah glowing
  17. Tangan semakin terasa tegang,lembut dan cerah.
  18. Merangsang dan memudahkan kehamilan


haaaaaaaaaaa, kawan aku sorang pun ada yang consume Gorgeous Juice. Fuh! Terbaik. Last but not least, produk yang terakhir dari Merve Group Holdings Berhad / Merve Skin Health Sdn Bhd adalah Fairy Tales Pashmina yang direka khas sendiri oleh pengasas Merve iaitu cik @joyrevfa dengan warna pastel. Kalau korang nak tengok boleh usha instagram dorang. Serius sangat comel dan cantik. Apapun, aku happy sangat bila dapat mencuba produk ini. Nak pergi mana pun aku bawak dah sekarang ni, hehe.... Tahniah buat pengasas Merve kerana menghasilkan produk yang sangat power dan best!


Untuk tempahan atau lebih lanjut boleh refer link bawah ni ye awak semua. Btw, lupa nak bagi tau, produk ini memang sesuai untuk golongan laki dan perempuan,hehehe...








Manufactured by: Merve Group Holdings Berhad ( 1167228 T)
Distributed by: MERVE Skin Health Sdn Bhd (1173249 P)

Alamat:
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor,Malaysia

No.Tel:
011-2365 0600
012-373 8787
Jangan lupa juga untuk install apps MERVE di Playstore atau apple store yawwwww :)


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com




4 ulasan:

  1. Comel gile dia punya theme fairy tales. sesuai beno ngan pengasas dia, Joy Revfa tu. akk mcm terbekenan pondesen ni onie. Btw onie tgkp gmbo lawaaa ahhhhh

    BalasPadam
  2. Dalam produk ni terdapat vitamin C dan vitamin E. Semua vitamin ni bagus untuk kulit.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..