Lokasi Berbuka Puasa 2016 : Asmara Penchala 'Citarasa Asli Timur Tengah'
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahun ni kali kedua aku berbuka puasa di Asmara Penchala. Sebelum ni sempat jugaklah sesat cuma tahun ni aku terlajak sikit je, kbai..hahahahaha.... Okay sape yang mencari tempat berbuka puasa ? Haaaaa sini ada jugak. Yang duduk area-area damansara tu memang beruntung jugak sebenarnya sebab dapat ke sana. Cumanya kalau ke sana strongly recommended utk korang booking dulu. Tahun ni di Asmara Penchala ada kelainan dia sikit. Kerusi meja pun dah makin bertambah.
Lokasi Bebuka Puasa |
Kemudahan yang disediakan di Asmara Penchala - Gazebo |
Suasana di Asmara Penchala |
Asmara Penchala |
Macam biasa la aku, datang awal takut susah nak dapat parking,wahwahwah... Tapi okay je kalau nak datang lewat sikit cuma kalau dapat parking jauh jangan carut lebih-lebih ye. Kalau korang nak tahu, Asmara Penchala ini merupakan 3 lokasi harian sebagai berbuka puasa untuk tahun ini selain daripada Kajang Perdana Avenue dan Dewan Perdana Felda.
Entri tahun lepas aku di Asmara Penchala : Baca Sini
Buffet Ramadan Felda D'Saji 2016 - Asmara Penchala |
Antara kelebihan kalau korang berbuka di sini adalah:-
- Boleh menang tajaan mengerjakan umrah untuk 2 orang.
- Banyak pilihan makanan yang boleh korang ngap di Asmara Penchala. Lebih 55 juadah pilihan akan disediakan dan konsep di sana adalah Oasis Mediterranean.
- Harga berpatutan
- Lokasi sangat mendamaikan kena dengan tema bali dia tu haaa..
- Tempat cantik dan muzik tradisional !
- Ada promosi hebakkkkk weh bermula dari 6 jun 2016 hinggalah ke 1 julai 2016 iaitu harga buffet RM58+ seorang.
- Kemudahan seperti tandas dan surau sangat selesa. Cuma haritu aku pergi telekung perempuan tak banyak, kot kalau nak selamat dan malas nak menunggu bolehlah bawak telekung memasing,hehe.
- Tips malas nak ambik makanan berulang kali selepas berbuka puasa dan takut habis baiklah korang pergi terjah awal-awal,mihmihmih
- Makanan dia sedap al-maklumlah dari Felda D'Saji kan :)
- InshaAllah ada masa aku nak berbuka di sini lagi sebab aku suka dengan suasana di sana dan kalau korang nak tahu jugak, di Asmara penchala ni korang boleh sewa Gazebo dengan harga yang ditetapkan. Tahun lepas RM50, tahun ni aku pun tak pasti berapa harga dia. Akan diupdate nanti.
Menu yang disediakan |
Kambing Bakar |
Sayur-sayuran |
Lauk pauk |
Cepat korang booking sebelum 1 julai 2016 ni. Sebab lepas pada tu harga lain. Dia jadi RM69+ untuk seorang. Haaaaa, aku habaq dah ni. Jangan nanti dah sampai sana mengamuk-ngamuk kata harga dah berubah, ni dah bagitau awal-awal ni haaaaa,haha.....
Selain daripada Asmara Penchala, ada 4 lagi lokasi berbuka puasa harian ditawarkan oleh Felda D'Saji iaitu:-
DEWAN PERDANA FELDA
Harga: RM76+ / person
Lokasi: Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Hubungi: 03-2698 8302 / 03-2692 5397 / 017-288 6920 (Dewan Perdana / Felda Villa / Corporate / Catering)
Kemudahan yang disediakan:-
Kemudahan yang disediakan:-
- Solat Terawih Berjemaah dan surau yang selesa
- Moreh
- Konsep Timur Tengah
- Parking Percuma
- Muzik Tradisional
- Lebih 250 Juadah Pilihan
KAJANG PERDANA AVENUE
Harga: RM45/person
Lokasi: Taman Kajang Perdana, Kajang
Hubungi: 019-295 6232 / 013-329 5442 / 03-2698 8302 ( Dewan Perdana / Felda Villa / Corporate/ Catering)
Kemudahan yang disediakan:-
Kemudahan yang disediakan:-
- Surau yang selesa
- Muzik Tradisional
- Konsep Melayu Moden
- Parking Percuma
- Lebih 55 Juadah Pilihan
RESTORAN TERAPUNG D'SAJI KL TITIWANGSA*beli untuk 9 orang percuma 1 orang.
Harga: RM69+/person
Lokasi: Kg.Sg.Penchala, Kuala Lumpur
Hubungi: 013-641 0969 / 017-669 4761 / 03-2698 8302
FELDA VILLA *Beli untuk 9 orang percuma 1 orang
Harga: RM59+ / Person
Lokasi: Felda Villa, Jalan Maktab
Hubungi: 03- 2698 8302 / 03-2692 5397 / 014-277 6323 / 017-226 8384
PAKEJ KORPORAT
- Dewan Merak Kayangan
- Dewan Besar Tun Rahah
- Dewan Bankuet Menara Felda
- Orchard Villa
- Dewan D'Mahligai
Untuk tempahan:-
Hubungi di sini untuk tempahan:
03-2698 8302 / 013-641 0969 / 017-669 4761
Alamat:
Lot 2933, Jalan Sg.Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur
Email:
info@asmarapenchala.com
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Ya ampun..... semua nampak sedap! Kenapalah baca entri ni sebelum berbuka. Kan dah tak keruan! Thanks for sharing MekOnie :)
BalasPadam