Lokasi Berbuka Puasa 2016: Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas aku sempat berbuka puasa di Dewan Seri Endon dimana pertama kali jugak aku jejak kaki ke situ, mudah je nak cari Dewan Seri Endon, waze je 'Dewan Seri Endon'. Perjalanan aku nak ke sana adalah melalui highway LDP puchong, malas aku nak ikut highway elite tu. Kebetulan haritu jem dia ya rabbi, so aku pun lalu jela LDP tu haaa. Bila dah lepas IOI MALL Puchong, jalan dah lancar sampai la ke Putrajaya, lega hati ni weh... Sempat jugak masuk Alamanda jalan-jalan dalam tu, sekali bila sampai takde orang mana pun orang dalam Alamanda tu, ingat parking takde. Sekali berlambak.
So, lepas ke Alamanda aku terus ke Dewan Seri Endon di Presint 10, ala dekat je... 10 minit je haaaa...So, sempat la sampai sebelum berbuka haritu. Pulak tu sampai Dewan Seri Endon ni agak tenang. Rasa bahagia weh. Tak sesak dengan kereta segala.
Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya, Presint 10 |
Lokasi buka puasa di Putrajaya |
Pintu masuk Dewan Seri Endon, Puspanitapuri |
Cantik jugak dewan dia, terkesima aku. Maklumlah tak pernah nak sampai sini lagi,wakakakaka... Nasib baik ada abang fuad yang jadi watak utama untuk berbuka puasa kali ni, kalau tak. Tak merasa la aku nak masuk Dewan Seri Endon ni haaaa...Terima kasih abang fufu dan keluarga.
Bersama sahabat sekapal, gitoh! |
Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya |
Just wow ! Dewan dia besar gila ! Nak makan pun selesa. Juadah berbuka puasa dia lebih daripada 200 jenis hidangan termasuk 36 jenis makanan yang berkonsepkan warung. Aku sampai-sampai terus usha makanan sampai terlupa nak ketip 2 3 ketul gambar juadah,huwarghhhhhhhh! Tapi tulah, dewan dia besar gila.
Team buka puasa |
So, ni la team berbuka puasa aku haritu. Semua gila-gila,tu yang berselera makan tu,hahahaha... haaaaaaa, yang berdiri tu la watak utama untuk haritu. Terima kasih tau abang fufu plan berbuka puasa di sini. Sentuh bab makanan, di sini adalah berkonsepkan buffet la ye. Tak sempat cekau yang belakang, yang kat depan dah menanti ..Serius banyak gila juadah dia. Nak-nak dari Azam Pandan Sdn.Bhd. yang masak, kau rasa tak terliur lagi ke? First time jugak aku merasa masakan dari Azam Pandan Sdn.Bhd. Orang kata kalau nak buat majlis kawen ke, majlis apa-apa jelah. Wajib untuk korang hire Azam Pandan. Serius orang yang datang tak akan menyesal datang ke majlis ampa tu.
Buffet berbuka puasa di Dewan Seri Endon ni pada 6 jun 2016 - 2 julai 2016 bermula jam 6.30pm hingga ke 9.30pm. Risau nak solat ? Tak payah la nak risau, surau tak jauh pun. Dekat dengan toilet jugak, surau ada aircond dan toilet dia pun sangatlah selesa. So,isu sempit ke kotor ke jangan risau. Semua terjaga :)
Okay, sebelum aku senaraikan menu hidangan dia, ada menu baru tau korang. Arab cuisine katanya, nasi mandy dan kambing. Haaaaaa,sape minat nasi mandy tu korang patut makan, rugi la weh datang berbuka di Dewan Seri Endon tapi tak makan nasi mandy.
Antara menu yang ada adalah:-
Kambing bakar, kambing kuzi, BBQ, Barbeku Ikan, ayam, daging, ketam bakar, udang, ikan bakar, sate, ayam percik, ayam golek madu, gulai kawah, bubur lambuk, cendol madu APSB, bihun sup utara, kari dan asam pedas kepala ikan, arab, makanan arab seperti nasi mandy dan kambing arab dan banyokkkkkkk lagi.
Juadah konsep warung:-
Roti john, Ikan keli goreng berlada, sup ayam, sup kambing, soto, ayam kuzi, steam patin fish, mangga madu, masak lemak rebung dengan perut, ikan kembung rebus dengan air asam, lemang, ketupat, rendang, laksa penang, apom, apam balik dan banyak lagilah weh. Semua sedap !
Pilihan manisan di Buffet Ramadan,Dewan Seri Endon |
Pilihan manisan di Buffet Ramadan,Dewan Seri Endon |
Pilihan manisan di Buffet Ramadan,Dewan Seri Endon |
Ayam gokej |
Mempersembahkan meja kuat makan, hahahaha... Aku berdoa, semoga bila aku bersama dorang, badan aku tak kurus dah,hahaahahaha (boleh gitu?) Pape hal pun, apam balik sentiasa menjadi kegemaran aku walau dimana berada dan ternyata rasa dia sedap yang amat. Puas hati makan weh. Lepas tu makan satay dia, mak oiiiiiii.... sedap jugak satay dia... rempah ratus dia tu rasa..Kuah kacang pun sedap.
Soto Sup Tulang |
Dannnnnnnnnnnn, paling menarik minat aku adalah soto dan aku pilih sup tulang. Perfect rasa dia. Sup dia tu tak berminyak sangat,letak pulak sambal kicap dan aku makan sampai licin ... Terbaik APSB ! Semoga rasa yang sedia ada tu kekal hingga ke akhir hayat.
Happy birthday Nisa kay dan Abg fufu |
Us |
Kebetulan, haritu kami semua plan nak sambut bufday Nisa Kay dan abg fufu (watak utama yang aku cerita atas tadi). Makaaaaaa jadilah plan tersebut dan terima kasih bagi pinjam kek di Dewan sementara menunggu ketibaan kek yang sebenar,wahwahwahwah...Apapun, aku puas hati dengan juadah-juadah di sini, best! Korang kalau nak tempah ke apa boleh rujuk detail bawah ni eh ..eh lupa lak, parking kat situ free je, tayah bayar pun haaaa :D
HARGA BUFFET RAMADAN DI DEWAN SERI ENDON (APSB):-
RM72 / DEWASARM36 / KANAK-KANAK*HARGA TERMASUK GST DAN RM1 AKAN DIDERMAKAN KEPADA FAKIR MISKIN
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi:-
Tel: 03-7840 0516 / 7843 0617
Faks: 03-7843 0590
Website: www.azampandan.my
Email: azampandan2010@yahoo.com
F&B diuruskan oleh:-
Azam Pandan Sdn.Bhd.
No.24, Jalan Bulan U5/167
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor
Lokasi Buffet Ramadan di alamat seperti di bawah:-
De'Seri Endon,
Puspanitapuri Putrajaya,
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10 Putrajaya
Koordinat Puspanitapuri Putrajaya:-
2.943301,101.687001
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
boleh tahan harganya......
BalasPadamAssalamualaikum Mek Onie,
BalasPadamTerasa selesa sebab dewan besar dan luas, makanan pun nampak sedap dan variety. Thanks for sharing, boleh roger2 dengan member office nnti.. ;-)