Menyesal Makan Di Humble Chef Ni !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berdosanya rasa tak share benda ni awal-awal. Menyesal pun ada makan di Humble Chef ni. Actually first time jugak aku makan di sini. Aku pergi sebelum puasa. Lokasi cafe ni di Bukit Damansara. Fuh! tempat orang loaded-loaded je situ weh, terbeliak jugaklah mata aku ni haaaa tengok rumah sekeliling tu haaa. Lepas tu masa lalu shop lot area restoran ni semua kedai dia ala-ala hispter plus mewah-mewah jugak la aku tengok. "Bukan calang-calang" bisik dalam hati sendiri.


So haritu aku menuju ke Bukit Damansara untuk pertama kalinya demi Humble Chef  Pelik jugak kenapa la nama cafe dia Humble Chef  Terima kasih abang fufu sebab suggestkan aku makan kat sini.  Sebenarnya, menyesal makan di Humble Chef ni bukan sebab menyesal apa dia weh. Cumanya menyesal sebab sampai ke harini aku teringat-ingat nak makan kat situ lagi weh. Apapun, sebelum aku cerita lebih lagi, sudikanlah tengok video bawah ni, sorry tau kualiti hampeh sikit sebabnya aku ni selalu lupa nak setting pada 1080 HD,sakit hati kita wakkkkkkkk,grrrrr...




Menu di Humble Chef 

Haaaaaaaaaa, korang tengok dulu la harga makanan yang ada di Humble Chef ni. Murah tak murah tak? Harga bermula dari RM2.50 hingga RM20. Aku rasa tak tahu nak suggest yang mana dulu untuk korang try, tapi ikutkan di video aku suruh korang try laksa goreng tu dulu. Haaaaa, so laksa goreng tu korang patut try dulu sebelum yang lain-lain. Dah kalau laksa goreng dia pun sedap,sah-sah makanan lain pun sedap weh. Senang cerita, korang WAJIB try semua menu kat atas ni. Alaaaaaa, murah je kan, aku ni pun nanti nak try laksa goreng lagi. Semua la senang cerita. HAHA. TAMAK HALOLOLOLOBA.


Humble Chef Sandwich
Humble Chef Sandwich ni dimasak bersama sos special mustard dan bersama pilihan samada ayam,daging atau kambing. Gila weh, RM2.50 je kot, tapi rasa dia macam RM20 tu haaaaa, honestly masa memula aku tengok, apaaa?sandwich ni pun ada ke? Sekali bila ngap, tak cukup 2 nak 3,hahahahahaha....


Bersama Dikbee

Bersama dikbee dan belakang aku tula Humble Chef  kenapa Humble Chef  haaaaaaaaaa.....silalah judge sendiri ye,hehehehe...




Nampak tak? Humble Chef dia sangatlah simple dan design dia pun bebiasa je kalau nak bandingkan restoran satu barisan dengan cafe ni. Dalam hati aku, taknak ke owner dia hias cecantik lagi kedai dia ni haaaaaa....dalam hati aku jelakan.... Tapi aku rasa tak perlu kottttttt nak cecantik sangat... Biar cantik part makanan dan rasa pun its enough la kan. Tapi betul korang, ni jujur dan ikhlas aku cakap, makanan kat  Humble Chef ni memang sedap gila yang amat. Aku rasa susah jugak nak tengok orang chinese datang makan kat restoran melayu macam ni. Tapi masa aku pergi haritu, ada 2 orang chinese makan kat cafe ni. So, maksudnya memang makanan tu kena dengan tekak dorang la kan. Cafe ni pun sebenarnya dikategorikan sebagai cafe hipster (bagi aku la kan) dan cafe ni jugak la yang sedap dan puas hati aku pernah makan. Kalau tak sebelum ni, sorry to say la kan,cafe je lawa haaaaaaaaa, tapi makanan hampeh,huhuhu....


Humble Chef Kini Buka Di Bukit Damansara

Kalau ada yang pernah kenal dengan Humble Cafe ni baguslah. Sebab sebelum adanya cafe ni dorang berniaga di food truck je tau...food truck pun, kemain ramai beraturnya pun. And now, bila dah ada cafe pun still ramai pelanggan lagi. Masa aku pergi haritu pun ramai duk beratur order makanan. Konsep di cafe ni, order makanan dan bayar dulu pastu baru makanan sampai. Masa nak dapat makanan tu cepat je haaaaa... 

Mushroom Soup

Mushroom soup dia kaw kaw wehhhhhhhh rasa dia. Sape yang suka mushroom soup tu memang wajib try ! RM5 je. 

Pesto dan Aglio Olio Pasta

Pesto dengan Aglio Olio. Sape yang suka pesto (warna hijau tu) silakan rasa yang ni dulu sebelum rasa kat tempat lain dan aglio olio dia punya tekstur dan rasa tu memang puas hati gila baq hangggggggg... 

Spaghetti Carbonara

Lamb Chop

Humble Chef Sandwich 

Lamb Chop Berharga RM20 Sahaja

Spaghetti Bolognese - RM6
Laksa Goreng

Sedap gila ! First time makan laksa goreng weh. Kreatif jugak chef dia cipta menu yang sedap ni. Most popular di Humble Chef jugak adalah laksa goreng ni la wehhhhhh... Tengok je macam tu, tapi mohon sesangatlah korang rasa dulu...

Antara Menu Yang Tersedia Di Humble Chef
Haaaaaa mulalah kalau blogger datang kedai makan dia memang wajib kenyangkan kamera dia dulu sebelum kenyangkan perut dia dulu. Bukan apa, simpan gambar buat kenangan pastu bolehla share dalam blog ni haaaaaa...Hikhok!


Bukit Damansara


Haaaaaaaaa.... restoran paling paling paling recommended untuk korang pergi makan. Serius tak akan menyesal dan semoga ampa balik dengan menyesal kalau tak makan puas-puas kat sini,hehe... Btw, yang dalam video aku atas sekali tu kalau korang perasan ada orang pakai baju tshirt spiderman dan itulah owner Humble Chef dan resepi-resepi yang ada kat situ semuanya dari owner tu sendiri, haaaaaa...nasib baik sempat culik owner dia dulu untuk korek rahsia bisnes dia...haaaaaaaaa.... lagi satu,owner dia memang humble pun weh,sebab tu nama cafe ni humble chef,hehe....dah-dah..Jangan lupa untuk cuba korang wehhhhhh! Tak sabar nak baca review korang pulak dan tak sabar nak pergi lagi ! Terima kasih sudi baca entri tak seberapa ni,hehe.


Waze je : Humble Chef, Bukit Damansara
Alamat : 54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
No.Telefon: 014-229 6854 (En.Rosman)
Instagram: @mrhumble


Waktu beroperasi:
Dibuka setiap hari bermula 
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



6 ulasan:

  1. Onie, akak pernah makan humble chef atas lori tepi jalan.. tp dah tak ada.. nak terjah g kedai dia ni asal sampai tutup.. hahaha sebab g lewat malam dah,..

    BalasPadam
  2. adoi terliur. Ramai kawan akk pgi humble chef ni kata laksa goreng dia sedapp. tolonglah onie akka tringin haha

    BalasPadam
  3. Halal Ke? Ada Sijil Halal Ke? Siapa Ownernya?

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..