Pencarian Wajah Jameela Di Jameela Street,SACC Mall Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 4 jun 2016 haritu aku sempat ke SACC Mall untuk satu majlis iaitu Pencarian Wajah Jameela. Wowwwww sangatkan, masa ni la nak belajar tengok-tengok model catwalk dan cara mereka selesaikan task mereka. Alaaaaaaaa, belajar tengok je. Nak jadi model memang tak layak la dengan ketinggian aku yang ada-ada ni haaaaa,hahahaha.... First of all,meh la aku kenalkan sikit apa itu Jameela Street ni? Haaaaaaaaa, ni nak rayakan? Memang tepat jugaklah masanya ada Jameela Street ni. Lelagi kaki shopping tu,aummm....


Jameela Street





Projek Travel dijemput ke Jameela Street



Bersempena pembukaan Jameela Street di SACC Mall 4 jun lalu, satu pertandingan saringan peringkat 1 telah diadakan iaitu Pencarian Wajah Jameela di Garden Lounge Tingkat 3,SACC Mall 2 petang hingga 5 petang. Yang bestnya, hadiah utama untuk pertandingan ini bernilai keseluruhan RM10,000 dan pakej percutian 3 hari 2 malam ke Krabi,Thailand. Heiiiiiii, kalau aku masuk ni confirm menang *k perasan sangat,pleaselah!


Abang! Suara sedap okay!

Barisan Juri 



Tak sabar pulak aku rasa nak tengok sape juara dia. kita tunggu peringkat seterusnya. Seramai 29 orang peserta dari pelbagai latarbelakang telah menyertai pertandingan ini dan yang layak ke peringkat akhir adalah 12 orang sahaja. So, korang rasa sape la yang layak ke peringkat akhir ni?


Seramai 29 orang peserta pada peringkat 1

12 orang peserta terpilih ke peringkat seterusnya




Bersama Artis Irene Catalina

Salah Seorang Model Yang Bijak Berkata-kata


Kalau korang nak tahu apa ada di Jameela Street ni jomlah gerak ke SACC Mall sebab korang semua berpeluang shopping di 26 butik dari vendor-vendor yang berlainan dan pelbagai produk dijual. Produk yang dijual pun memang la terliur aku tengok. Baju kurung,baju melayu, shawl dan segala pakaian trend terkini dijual dengan harga berpatutan. Jangan lupa jugak,setiap booth ada sale dari 10%-50% . Haaaaa,kau rasa? Tak terliur lagi ke haaaa?


Idea penubuhan Jameela Street Vendor ini adalah hub fesyen muslimah terbesar Selangor macam aku cakap atas tadi. Semua ni adalah hasil idea dari Pro Event Solution dan pihak pengurusan PREC (PKNS Real Estate Sdn.Bhd. iaitu anak syarikat kepada PKNS).


Jameela Street Vendor ni juga merupakan satu-satunya pusat fesyen terbesar di Negeri Selangor dan lebih daripada 26 vendor yang terpilih. Vendor-vendor yang terpilih untuk bersama-sama di Jameela Street ni adalah kerana mereka giat aktif samada offline atau online. Tahniah aku ucapkan pada semua vendor yang terpilih. Di sana nanti korang akan perasan di mana tema yang dipersembahkan sepanjang booth Jameela Street ni adalah tema garden deco... seperti shopping dalam taman dah la kan,hehe... Kewujudan Jameela Street ini adalah memberi peluang kepada usahawan-usahawan fesyen terutamanya untuk meningkatkan ekonomi disamping memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan-pelanggan yang akan datang menyinggah nanti. Honestly, semua pilihan yang ada kat sana tu semuanya lelawa, tunggu masa nak grab je weh. Terliur plak kita tengoknya, harga pun berpatutan la jugak.


Lebih 26 vendor ini akan menjual di Tingkat 2 dan Tingkat 3 di ruang legar setiap tingkat dalam SACC Mall. Aku tengok butik dorang hias pun gebum,barang dia pun gebum jugak weh... Paling menarik minat aku adalah Butik Baju Kebaya di Tingkat 2 betul-betul depan eskalator tu.


Antara butiknya adalah:
Tingkat 2
  • Tinta Batik House
  • Maryam Signature
  • Wafa's Closet
  • Hijrah Couture
  • Anis Al Idrus Wardrobe
  • Nazrah
  • Pierre Cardin
  • Jannah by Jemari Kreatif
  • Bellanorman
  • Boutiqdyana

Tingkat 3
  • Butik Ayda
  • Balqees
  • Bahtera
  • Beyoutiful By Irene Catalina
  • Nana Nhara
  • Chanting Creation
  • Casa De Estilista
  • Rey Reyna & Gulf Couture
  • Herz Secret
  • Kareena Collection
  • Takzims




Dah-dah, aku tak sabar nak tengok sape jadi juara je ni,huwarrrrr..... Good luck buat semua peserta yang terpilih untuk cabaran seterusnya, yang penting confident ye. Good luck! Apapun, jomlah shopping beramai-ramai di Jameela Street. Ada orang nak belanja aku tak?sobsobsobsob...


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

1 ulasan:

  1. Tak dapat nak predict yang mana jadi juara. Semua cantik-cantik. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..