Power Rangers Dan Berbuka Puasa Di Awana Hotel,Resorts World Genting
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak lama dah weh nak raya ! (over) . Sebelum nak beraya tu, aku dengan geng projek travel dan kengkawan yang lain sempat jugaklah berjalan ke Genting Highland bulan-bulan posa ni,kemain haaaa...bulan-bulan posa ni pun tak reti dah kau nak duduk diam,sempat lagi haaaaaaa..... Kebetulan masa aku pergi haritu ada show Power Rangers di Genting International Showroom, apalagi! semangat la nak tengok. Mengimbau katanya.
Bersama Power Rangers! |
Power Rangers live at Genting International Showroom |
Kelibat Power Rangers dan musuh-musuh. |
Dah la nak ngimbau-ngimbau. Pastu mulalah sesi,haaa aku nak color pink aku nak color pink, ko ambik la power rangers warna merah. Dia ketua kot. Kanak-kanak sangat tau perangai,hahaha... (aku la tu) Dulu masa zaman kanak-kanak lagi, siap sedia remote kat tangan haaaaa....dengan harapan tak bagi adik-adik aku tengok power rangers,kahkahkah..... Tapi adik-adik zaman sekarang mana nak layan dah haaaa Power Rangers. Eh,maksud aku mana nak layan dah Power Rangers kat tv. Memasing ada tab,ada iphone,ada henpon.... Youtube je bebila. Haaaa,dulu masa zaman aku nak pegang henpon nokia 3310 pun tak berani. Tu aku la, orang lain tatau la plaknya,hikhok
Soooooo, kisahnya haritu aku tengok liveeeee Power Rangers ni beraksi. Haaaaa, yang datang pun ramai family, bawak anak-anak.. siap pakai baju Power Rangers lagi. Memang peminat tegar Power Rangers la tu....comel je memasing... Kebetulan pulak masa aku pegi tu cuti sekolah... Memang kena sangat la melayan Power Rangers ni haaaa....
Power Rangers Beraksi |
Tayangan live ni diadakan setiap jam 4pm dan 9pm sahaja. So jangan terlepas peluang la nak bawak anak-anak melayan Power Rangers ni haaaaa.. Tiket dia start dari RM68 hingga ke RM108 (VIP). Tayangan ni selama satu jam dan aku yakin anak-anak pasti teruja bila dapat tengok Power Rangers depan mata. Kakak kau ni dulu mana la nak merasa semua benda tu, mampu tengok patung Power Rangers adik-adik je weh... Tayangan ini mempunyai 25 orang Jepun yang sama-sama bekerja keras untuk membuatkan tayangan ini menjadi realiti. Hiyak hiyak hiyak (tetiba) dan 15 orang Malaysia. Wuuuuuu tahniah diucapkan kepada semua crew-crew yang berjaya membuatkan tayangan ini menjadi realiti dan disukai kanak-kanak.
Dipendekkan cerita, tayangan ini sebenarnya berdasarkan 2 siri yang ada di rancangan televisyen. Pertama, rancangan yang paling popular dan budak-budak 90-an mesti teringat balik..iaitu Mighty Morphin Power Rangers dan kedua, Dino Charge. Fuh! Dimana, klimaks cerita ini apabila Power Rangers Pink diculik oleh musuh-musuh dan Enegerms jugak memilih Power Rangers untuk memelihara bumi dari terlepas ke tangan penjahat seperti the villians, Fury, Poisandra dan pengikut yang lain. Kostum-kostum Power Rangers dan penjahat pun gempak.
Power Rangers Menghiburkan Penonton Pada Jarak Dekat |
Dan part paling kanak-kanak seronoknya bila Power Rangers dan penjahat-penjahat mula berkeliaran di tempat duduk. Haha...Seram pulak aku masa tu, nasib baik bukan cerita hantu time tu,bhahahhaha...Tak sempat nak tengok tayangan live ni takpe, masih ada masa nak bawak anak-anak ke Time Square Stage, Power Rangers Activation Booth di Universal Walk, Genting Grand Lobby dan area Genting International Showroon. Haaaaaaa,memang anak-anak korang nanti akan ingat sampai ke tua la kalau bawak dorang tengok Power Rangers ni haaaa...Nak shopping barang Power Rangers pun boleh akak abang, pegi je Time Square haaa nanti boleh la beli patung Power Rangers pun ada sale hingga 26 jun 2016 ni haaaaaaaa...Bukan patung je gaisssss, baju dan aksesori contohnya kasut dan stokin pun adaaaaaaa.... Haaaaaa, bebudakkan..mesti la suka bab-bab ni.. Lelagi kalau ada anak lelaki. Ke ada jugak anak-anak perempuan suka layan Power Rangers?Haaaaaa...
Lepas habis je tayangan Power Rangers ni kami terus tuju ke Spacetastic Adventure Challenge. Ya Rabbi, teruja kakak kau dapat jumpa dengan maskot-maskot dari watak Ice Age ni. So, apa yang kami buat di Spacetastic Adventure Challenge tu, kami sempat jugaklah join game-game dalam tu. Kalau nak tahu, sekarang ni duk ada contest tau di Facebook Ice Age tu.. So,kalau pegi sana mohon join game-game yang ada kat sana sebab korang berpeluang memenangi hadiah berupa produk yang bernilai RM3000 tu haaaaa... Rugi tau kalau tak join.
Kisah Ice Age ni ada dikisahkan ke tidak? Yeeee, ada korang. Kalau nak special premiere screening sila pergi masa 5 julai nanti. Haaaa,surpriseeeee? Sebab apa? Eh,pergi la dulu... So, kalau korang ni peminat Ice Age janganlah lepaskan peluang yang ada ni ke Genting Highland dan jumpalah watak-watak kegemaran korang seperti Sid, Scrat dan Diego. Comel watak-watak tu,hehe.... dan ada juga sesi Meet and Greet yang bermula pada 5 hingga 10 julai. Haaaaaaa,sudah! Jangan lepaskan peluang korang tu untuk berjumpa dengan watak-watak lain jugak seperti Buck, Crash dan Eddie...Yuhuuuuuuuuuuuuu....
Cabaran di Spacetastic Adventure Challenge |
Kami Team Sailormoon,HAHA |
Bersama Watak Ice Age,Kenal? |
Blogger bersama watak Ice Age! |
Lepas setel semua tu, kami pergi ke bas untuk sesi berbuka puasa pulak di Awana Hotel. Heishhh, first time (kot) aku jejak kaki ke Awana Hotel tu,hahaha... Seronok jugak situ...Kebetulan masa kami turun,cuaca agak berkabus dan sejuk.. So, dengar cerita sup urat keting di Awana Hotel ni sedap? Haaaaaaaa, memang aku cekau yang tu dulu lah ....First time aku nak makan!
Photo by @mawardiyunus |
Sebelum aku cerita kisah apa yang aku rasa makanan di Awana Hotel, Resorts World Genting ini. Izinkan aku cerita apa yang ada di Restoran Rajawali yang terletak di Awana Hotel. Wowwww...Tempat dia, suasana dia sangatlah nyaman dan masa aku pergi haritu memang ramai jugaklah orang. Makanan yang ada untuk berbuka puasa pada tahun 2016 di Restoran Rajawali, Awana Hotel ni bila chef-chef di sini menggunakan konsep rotation untuk buffet sebanyak 3 menu. Daripada menu masakan kampung, Timur Tengah, masakan dari setiap pelusuk, rasa dan rempah ratus yang digunakan membuatkan kita semua tak akan menyesal datang ke sini untuk berbuka puasa.
Menu Buffet Ramadhan |
Jenis sambal dan ulam-ulaman |
Kurma |
Rencah-rencah Sup |
Laksa |
Pelbagai jenis mee ada |
Murtabak |
Menu yang ada meliputi masakan dari Malaysia, Barat, Indian dan Timur Tengah. Antara menu yang ada adalah penne bolognaise, rendang paru, kari kepala ikan, ikan stim, ayam goreng pedas, chickpea marsala, sayur campur dan kangkong belacan. Menu kedua yang ada adalah lasagna, opor daging, jhinga marsala, spiced fried quail, ikan masam manis, sayur pakora, kailan ikan masin dan menu ketiga adalah comprises of fussili marinara, lamb vindaloo, asam pedas kepala ikan, aloo gobi, pajeri terung dan sayur campur.
Bermula 6 jun 2016 hingga 5 julai 2016, Restoran Rajawali di Awana Hotel ini buka pada 6pm hingga 9.30pm.
Santapan Warisan Tradisi Awana
Nikmati juadah tradisi istimewa seperti "Kambing Bakar, Sup Anika, Rendang Tok dan banyak lagi"
Tempahan awal boleh hubungi:-
03-6436 9000 / ext.7605
Email: @awana.rajawali@rwgenting.com
Santapan Warisan Tradisi Awana
Nikmati juadah tradisi istimewa seperti "Kambing Bakar, Sup Anika, Rendang Tok dan banyak lagi"
Tempahan awal boleh hubungi:-
03-6436 9000 / ext.7605
Email: @awana.rajawali@rwgenting.com
Harga buffet ramadhan:-
RM100 nett / Dewasa
RM50 nett / Kanak-kanak
RM80 nett / Warga Emas
*harga termasuk GST
*harga termasuk GST
Berbuka bersama blogger |
Meja paling meriah la ni? |
Ada mangsa di sini?haha |
Jenis air pun apa kurangnya, aku kalau ke buffet ramadhan tak lupa juga untuk mengusha jenis air yang berwarna-warni tu haaaa..Antara air yang ada adalah Air Bandung, Sirap Selasih,Ice lemon tea, teh tarik, tongkat ali dan banyak lagi.
Tak lengkap rasanya kalau buffet ramadhan takde bubur lambukkan? Di Restoran Rajawali juga ada disediakan bubur lambuk yang aku rasa memang sedap dan masa aku pergi haritu memang laku jugak bubur lambuk ni haaaaa....Ramai jugak peminat bubur lambuk eh?
Antara menu lain yang ada ialah ayam panggang, satay pun macam-macam jenis satay ada..satay paru ada, otak-otak dan ikan bakar, makanan laut. Yang mana minat sambal-sambal tu, di sini pun ada disediakan iaitu sambal cili, sambal belacan, budu,cencalok,sambal tempoyak dan ulam-ulaman.
Urat Keting weh! |
Ikutkan kalau aku senaraikan menu yang ada ni memang menangis la korang nak bacakan. Apapun, korang jangan lupa untuk mencuba Sup Gear Box dan Sup Urat Keting! Sampai ke hari ni aku teringat Sup Urat Keting tu....Rugi sape tak pandai makan dan tak minat !
Jangan risau, toilet dan surau ada disediakan. Surau ada ditingkat 7 Hotel Awana dan toilet berhampiran dengan Restoran Rajawali. Kemudahan yang sangat selesa. Apapun, terima kasih sangat-sangat dan kami sangat hargai atas jemputan berbuka puasa ini. Rasa macam nak pegi Genting Highland lagi. Nak hirup udara kat sana... huwarghhhhh! Tak sabar jugak nak tunggu outdoor games di Genting Highland siap dan yang pasti aku taknak naik roller coaster! Yuhuuuuuuuuuu.... Jumpa lagi Genting Highland dan terima kasih jugak sape yang sudi baca dari awal sampai habis, hahahahaha :D
Tempahan awa
Apapun, untuk info lebih boleh hubungi 03-2718 1118 atau rujuk link bawah ni:-
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
wah seronoknya buka puasa kat tempat sejuk macam tu :D
BalasPadamSup urat keting mmg fav akak...lama x Makan laaa
BalasPadam