Lepak-Lepak Di Campur Campur Kitchen,Cyberjaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu lepas sempat jugak aku menyinggah ke Cyberjaya demi nak lepak dengan kawan-kawan yang lain. Baru tahu jugak Cyberjaya ada mall. Nampak sangat aku jarang nak ke Cyberjaya tu,haha. First time jugak aku masuk DPulze Shopping Centre. Okay la tempat dia, parking mudah. Suasana takdelah sesak-sesak sangat pun dan ada wayang sekali (sempat lagi,haha) .
Biasalah dari rumah aku dengan Cyberjaya ni lebih kurang 1 jam jugaklah nak boleh ke sampai Mall ni dan masa aku ke sana, perjalanan sangatlah lancar (k, dah kenapa tiba-tiba jadi penyampai info trafik ni,haha). Masuk Cyberjaya lagilah lenggang je jalan dia. Kan bahagia pegi shopping mall nak masuk parking pun rilekkkk tak gelabah nak cari parking,wakakaka... Ni kalau belah KL basah jugak ketiak nak cari parking,wakakakaka.
Okay, sudahlah kongsi info trafiknya onie oiii.. Sekarang kita fokus pada Campur Campur Kitchen. Ya Auloh Ya Auloh, sungguh aku kata restoran dia sangatlah awesome. Suka tengok design-design yang bertaburan di setiap sudut dinding atas bawah tepi belakang restoran ni. Tiba-tiba pulak teringat zaman dulu kala punya peralatan dapur. Ngimbau sangat! Dan kalau korang tahu, makanan di Campur Campur Kitchen ni berkonsepkan Indonesia, Chinese dan Thai.
Maka,bermulalah episod orang jakun dapat minum dalam mentol. Haish, ni bukan mentol betul pun korang weh. Biasalah, sekarangkan macam-macam design duk ada kat luar tu. Cuma ni first time aku minum dalam mentol. Jakun tahap 90% gitu la. Yang aku pegang ni air Icy Green Mint yang berharga RM8.90 sahaja. Worth it jugaklah. Mula tu ingat rasa green tea. Rupanya rasa timun-timun gitu dan ni bukanlah air bikarbonat pun. Ada lagi satu, air dia warna biru iaitu Lemonade Blue harga pun RM8.90 jugak. Yang ni rasanya soda-soda sikit. So,terpulanglah pada korang nak rasa air macamana. Cuma apa yang aku nak cakap kat sini, air ini unik kerana didatangkan dalam bentuk bekas seperti mentol lampu. Ingat, ni bukan mentol lampu yang betul tu tau. No worries.
Tengok sendiri la design-design yang ada dalam restoran ni. Teringat zaman duk menampi-nampi. Btw, tu anak fadzi razak, Ya Auloh wajib culik dia setiap kali jumpa. Dah la comel, hensem pulak, mata redup. Okaylah. Choppp untuk kak onie eh,haha...
Pelbagai jenis air yang unik-unik dan sedap. Nampak ke tak air dalam kole tu? Ya Ampun bahhhhhh, terus berselera nak minum air teh tu. Air teh tu nama dia Tea In Thai Style. Sedap dia sampai nak tambah 5 kole haaaaaa.... Silalah try jugak ye engkorang.
Pilihan Nasi Goreng |
Pilihan Nasi Goreng |
Pilihan Nasi Goreng |
Hai nasi goreng, Hai sungguh lazat, sungguh enak. Haha... Sempat nyanyi. Goreng-goreng kat sini pun ada, sedap nasi goreng dia dan banyak pilihan jugak. Masa aku datang ni ada 10 jenis nasi goreng. Harga pun worth it gak la. Tak la keterlaluan sangat haaaaa... Portion dia pun boleh tahan banyak jugak.
10 Jenis Nasi Goreng di Campur Campur Kitchen
- Friend Rice In "Yong Zhau" Style : RM8.90
- Fried Rice With Chicken & Salted Fish : RM9.90
- Thai Tom Yum Fried Rice With Rempah Chicken : RM11.90
- Indo Nasi Goreng With Rempah Chicken : RM11.90
- Campur Belacan Chicken Fried Rice : RM11.90
- Kam Heong Chicken Fried Rice : RM11.90
- Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf : RM11.90
- Golden Hong Kong Seafood Fried Rice : RM16.90
- Thai Pineapple Seafood Fried Rice : RM16.90
- Indo Fried Rice With Flying Fish : RM16.90
Curry Fish Ball : RM8.90
French Toast With Honey : RM6.90
Favourite aku!
Chicken Wing With Salt And Chili : RM12.90
Chicken Boxing : RM12.90
Pilihan So Campur ni kesemuanya ada 22 jenis menu dan harga bermula dari RM14.90 hingga RM15.90. Berbaloi. Sambal udang dia sedap yang amat.
Mee goreng pun ada.
Haaaa,air yang aku cakap atas tadi. Favourite aku jugak,waduh waduh!
Semua makanan puas hati dan wajiblah singgah sini kalau nak minum teh ais gebum dia. Kakak kasi 7 bintang dari 10 bintang. Terima kasih Campur Campur Kitchen!
Facebook : Campur Campur Kitchen
Alamat:
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya
Sedapnya teh ais minum dalam kole macam tu.. Lama tak buat.. Hehe.. Kalau kat kampung memang suka bancuh air teh dalam kole, pastu buh ais byk2.. Oo la la gittuw dapat minum dari kole.. Tihihi..
BalasPadamRosmizaAli.Com