Tahniah Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah
Assalamualaikum semua. Ya ampun, lamaya tinggal blog. Musim raya memang abaikan blog sekejap. Balik kampung mana la nak layan blog blog sangat. So, macamana raya ampa? Siapa kahwin? Siapa tunang? Please jemput kita eh. Nak ambil aura pengantin. Tapi tulah, kahwin tak tahu lagi. Tunggu orang datang menjemput. Hahahahahahahaahahah #over
So tahun ini aku beraya di Kelantan. Setiap tahun pun kami beraya di Kelantan. Cuma tahun ini berlainan sedikit seperti raya tahun-tahun lepas di mana seminggu sebelum nak raya, kami sekeluarga telah kehilangan seorang atuk juga ayah sebelah mak aku. Rindu tok ayah. T_T
Btw, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kerana sudi menjemput aku ke majlis perkahwinannya pada Sabtu ini. Alhamdulillah, bakal menjadi suami isteri.
Kad Perkahwinan Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah. Cantik! |
Tak sabar nak jumpa mereka, eh...lama tak tulis blog macam ni, kekoknya lahai rasa,bhahahahaha.... Layannnnnn jela eh korang. InshaAllah kami bersama rombongan abang-abang sado dan kakak-kakak havoc akan sampai ke majlis korang. Jumpa sabtu ini. InshaAllah.
Sumber: Google |
Sumber: Google |
Tak sabar nak ambik aura pengantin dorang,eh! Tahniah korang berdua dan terima kasih sekali lagi sudi menjemput saya and the geng :D
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Ingatkan masih dengan Nad Zainal. Memang ketinggalan kereta api sangat-sangat dah saya ni. Hahah. Diari Mommy Muhaimin
BalasPadamtahniah azwan kombos & Ezatty
BalasPadam