KENAPA RAMAI PILIH AJ DE' PARFUM?

Perfume A ke perfume B sedap? Macamana la nak pilih perfume ni. Okay, assalamualaikum semua. Sihat ke semua tu? Sepatutnya kisah ni aku kena kongsi beberapa minggu lepas, tapi disebabkan kekangan masa. Mohon maafkan aku. hukkkk...Jadi pada entri kali ini aku nak berkongsi kisah perfume, hagituh. Bila sentuh bab perfume ni aku jadi tak tentu hala jugak sebenarnya. Sebab tak tahu pilihan mana satu jadi kegemaran buat diri sendiri. 


Sape jenis tak kisah beli perfume branded ke tak? Haaaaaaa, aku tak kisah pun sebenarnya. Cuma kalau tak sembur sekali dua tu rasa macam tak selesa sikit. Korang yang tengah baca ni mesti suka beli perfume di uptown jugakkan? Pun kat uptown tu dah ada konsep bawak botol dan refill kan? Haaaaaa, macam yang aku nak cerita ni pun konsep dia sama.


Mencuba bau-bauan AJ De'Parfum
Majlis disempurnakan dengan doa dari adik-adik kecil ini dari maahad tahfiz.

Sedikit sumbangan kepada guru Maahad Tahfiz.



Sebelum aku bercerita lagi panjang, di sini aku perkenalkan pemilik sebenar AJ De' Parfum ini adalah Nurul Akmar, Azrul Fauzi dan Akmal Rizal. Wah! Muda-muda lagi dah jadi usahawan yang berjaya. Mereka ini bukan calang-calang orang ye dan perfum yang dihasilkan ni pun bukan calang-calang ye. Bukan konsep copy paste ke gred A ke,AA ke, AAA ke haaaaa...TAK ye deknon semua. 


AJ De Parfum ini baru je ditubuhkan pada bulan April tahun ini iaitu 2016, kira-kira 4 bulan dah menapak dan aku rasa perfum ni memang dah jadi bualan orang ramai. Pun masa aku pergi pelancaran Cafe Perfume dorang memang ramai gila yang beli perfume dorang. Aku jela ketinggalan lagi ni,huhu. Jenis perfume yang digembar-gemburkan ni adalah Inspired perfume dan bau dia memang sama! So, bila dirisik-risik haritu, aku tanya la perfume laki dan perfume perempuan apa yang ramai orang belikan. Rupanya, kalau perfume laki, AJ Signature Sauvage dan perfume perempuan adalah Bombshell. Serius memang wangi pun bau dia tu. Patutlah ramai yang beli bau ni. Harga sebotol? Alahaiiiiii, RM60 je weh. Berbaloi la kan? 

Packaging AJ De'Parfum

Pilih perfume pilihan hati


Mek Onie x AJ De'Parfum


Halal ke suci ke perfume ni haaaaa? Kelebihan lain?
Iyeeeeeeee, perfume ni halal dan boleh dibawa solat pun haaaaaaa, haaaa...jangan risau.. apa yang bagusnya perfume ni memang tahan lama sehingga 24 jam. Memang betul weh... Aku sendiri dah pakai seharian dan bau dia memang tahan lama. So, tak payah dah nak sesusah sembur banyak kali, maka kadar pengurangan perfume pun lambat sikit la kan,haha.. Selain boleh bawak solat dan tahan lama, perfume ni pun tak berminyak. So kalau rasa nak sembur kat badan tu sembur je haaaa, jangan rasa was-was gitu. Selain itu, contoh la kalau perfume korang dah habis dan korang nak refill jawapan dia boleh. Korang datang Cafe Perfume dorang pastu bawak botol perfume tu pastu refill je haaaaaa... Janji harga boleh dapat murah sebab bawak botolkan,gitu...


Yang menariknya di sini, pemilik cafe perfume ni memang fokus satu benda iaitu perfume. So kalau korang datang nak beli perfume di sini ke, memang perfume jelah haaaaa dorang jual. Tapi kat sini korang boleh jugak lepak-lepak dan chill-chill.. Aku suka deco cafe perfume ni, rasa tenang dan taknak balik pun, haha..


Cantik tak belakang aku tu?


Pelik jugak kenapa cafe ni dinamakan AJ De Parfum kan? Milik salah seorang artiskah? yang orang duk panggil AJ AJ AJ tu haaaaaa (malas nak sebut nama, u know that!haha) dan bila dikorek-korek, rupanya AJ tu nama gelaran pada pemilik perfume ni. Kemain tau ! Catchy sangat nama dia. hehehe


Pung pang pung pang atas ni kan, meh la aku cerita sikit berkenaan AJ De' Parfum ni haaaaaaa. AJ De' Parfum ni sememangnya wangian antarabangsa yang ekslusif kerana bau dia sebijik macam yang original tu haaaaaa. Yang bagusnya, ianya ditambah baik dengan mesra pengguna  dan kualiti dia tinggi. Korang tengok sendiri nama-nama jenis perfume pun boleh tahu. Banyak juga pilihan perfume ampa tu.



AJW4 - Nina Ricci Apple

AJ De'Parfum

AJ De'Parfum

So aku pilih AJW4 - Nina Richi Apple, bau dia more to girlish je.


Persoalan tajuk di atas kini terjawab di sini. Kenapa ramai pilih AJ De' Parfum ni kan? 
  1. Harga dia berpatutan dan worth it dan memang kualiti dia sama dengan jenama antarabangsa. So lepas ni memang ada cut cost kan la kan? Tak payah dah beli perfume memahal. haaaaa,masa ni la nak berjimatkan?
  2. Bau yang diinsipirasi 100% sama macam bau asal dan bukanlah yang level gred dan copy tu tau?
  3. Kualiti perfume bukan dengan sewenang-wenangnya ye dorang keluarkan. Tapi perfume dorang ni memang mengikut IFRA Standart Regulation. Jangan risau!
  4. Produk keluaran bumiputera dan halal. Macam yang aku cakap atas tadi la kan. Sah dibawa solat. 
  5. Bau dia pun memang terbukti tahan satu hari haaaaa... Aku sendiri dah cuba.
  6. Setengah orang ada yang suka sembur dipakaian dorangkan dan ada setengah suka sembur di kulitkan? Jadi lepas ni kalau nak sembur dedua pun boleh sebabnya perfume ni tak pedih dan tak panas bila pakai di permukaan kulit.
  7. Banyak gila pilihan yang korang boleh pilih. Tapi ikutkan aku ni, aku sebenarnya memang suka perfume lelaki,hehe... sebab bau dia ala ala macho gitu... boleh gitu?hahhhaha
  8. Part packaging tu aku salute! Ekslusif gila dan boleh dibawa ke mana-masa sahaja.
  9. Perfume yang dikeluarkan ni memang menepati citarasa dan permintaan rakyat Malaysia. Haaaaa, sape la tak suka perfume kan?
  10. Ada setengah tu, nak basuh perfume pun sayang sebab takut bau dia hilang, haha...jangan risau la korang !!! Bau dia memang tahan lama.
  11. Part sembur perfume dipakaian pastu tinggal kesan ni memang selalu terjadi pada aku dan orang lain gak. Sape tak stress wehhhhhhhhhhh... Dah sesiap nak keluar pastu sembur perfume terus tinggalkan kesan perfume, dah tak selesa nak keluar pastu... lelagi baju yang berwarna cerah tu haaaaa -..- "
  12. Korang pakai AJ De' Parfum ni sah-sah la wangi sepanjang hari jangggg oi.

Perfume ni kalau dipakai memang terus yakin nak berhadapan dengan orang. Yela, badan wangi mestilah confident. Kalau badan bau tengik tu memang orang pun tak selesa dan kita pun rasa nak menjauhkan diri dari orangkan? Yang penting bila pakai AJ De' Parfum mampu meningkatkan aura diri kita. Tapi janganlah terlebih sembur pulak, kang wangi sangat payah. Orang pun pening dengan kita,hahahahaha....


Bersama tuan rumah AJ De'Parfum


Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami ke majlis pembukaan perfume bar dan cafe ini beberapa minggu lepas. Kebetulan masa tu musim raya aidilfitri, maka kami berpeluang menyambut hari raya bersama mereka. Makanan masa hari kejadian tu memang puas hati gila. Apapun mek onie ucapkan tahniah buat pemilik AJ De'Parfum kerana membuka bar dan cafe sebegini. Deco dalam dia pun camtik je. Saya doakan semoga bisnes terus maju. Terima kasihh sekali lagi beri kami peluang bersama tempoh hari. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Perfume korang memang best gila ! 



Alamat:
No.14, Jalan Uranus AH U5/AH,
Taman Subang Impian,
Seksyen U5,
40150 Shah Alam.



Telefon:  016-921 5660

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

2 ulasan:

  1. patut la bau onie smpai ke sni. smpai ke dalam hati. ehhh... ;p

    BalasPadam
  2. Perghh, ni yang tergoda nak beli Aj de perfume.. ;)

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..