Pelancaran Minggu Antarabangsa NBOS 2016 Di PICC, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak hilang lagi rupanya penat set up booth dan ke hari terbuka NBOS 2016 sabtu dan ahad lepas. Apapun semua ni sangatlah enjoy rupanya. First time ada pengalaman set up booth untuk Projek Travel, By Fauzi Aryaan, Penaberkala dan tak lupa juga beberapa koleksi aku turut dipersembahkan tempoh hari. 
Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy, bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak

Tan Sri Dr Irwan Serigar membuat lawatan di booth kami

Bersama pemilik Roopawan,Mohd  Fuad


Bermula dari hari sabtu lepas, kami ke PICC, Putrajaya untuk set up booth dan melawat beberapa booth yang ada semasa hari kejadian. Semuanya cantik-cantik dorang set up. Lebih kurang 24 booth termasuk selebriti seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin, Mel (Vokalis Sakura Band) dan ramai lagi telah menampilkan koleksi mereka pada harga yang sangat berpatutan.
Mek Onie di Booth FSYN/By Fauzi Aryaan - Booth 18
Koleksi By Fauzi Aryaan

By Fauzi Aryaan Est.2015


Koleksi duniapatik.com dan mekonie.com

Krupt-krupt from penaberkala
Pelbagai jenis kacang yang boleh didapati di booth Projek Travel no.22


Lawatan booth dari Tan Sri Dr Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Menanti saat perasmian Fashion Bazar yang dianjurkan oleh Roopawan


Pada hari Ahad pula, lebih kurang jam 10 lebih pagi Hari Terbuka NBOS 2016 telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dalam masa yang sama, Roopawan turut menganjurkan Fashion Bazaar pada Hari Terbuka NBOS 2016 sepanjang tujuh hari bermula 14-20 Ogos 2016 bagi sama-sama memeriahkan lagi Hari Terbuka NBOS 2016.Pelbagai booth telah mengambil bahagian dan terdiri dari selebriti yang terkenal.
Sakura Band (Vokalis)
Bersama Mel (Vokalis Sakura Band)

By RCW - Wow Di Mata Suami
Website Roopawan
Acara perasmian oleh Tan Sri Dr Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan

My group!

Bagi memeriahkan majlis, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah merasmikan Fashion Bazaar pada jam lebih kurang 12 tengahari bersama permilik Roopawan iaitu Mohd Fuad yang menjadi tulang belakang juga kepada Fashion Bazaar selama tujuh hari. Sebelum terlupa, bermula jam 5 pagi peminat larian dan berbasikal turut serta menghadirkan diri bagi bersama-sama memeriahkan lagi majlis dan tak lupa juga, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar serta pegawai-pegawai awam yang lain turut menyertai NBOS Run & Ride 2016.
Cabutan bertuah

Sempat lagi menggunting rambut Tan Sri ni,hehe
Kewujudan NBOS ini bermula sejak 2009 yang sebenarnya ini adalah idea daripada Perdana Menteri juga dan kemeriahan majlis ini semakin rancak apabila lebih 4000 peserta telah menyertai program NBOS Run & Ride 2016 yang merangkumi acara larian dan berbasikal. Enam kategori dianjurkan telah membabitkan tiga jarak larian iaitu sejauh 11 kilometer, Fun Ride 16 kilometer dan Fun Run 5 kilometer. Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama 120 pegawai kanan kerajaan turut terbabit dalam acara Pertubuhan Komanwel Bagi Petadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) Celebrity Walk membabitkan acara berjalan sejauh 2km. Selain daripada program yang disebut di atas tadi adalah, Persidangan Dwi Tahunan CAPAM 2016 yang dihadiri 1000 peserta dari 53 negara Komanwel dan antarabangsa. Tujuan persidangan itu adalah menyediakan platform bagi perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam bidang tadbir urus baik khususnya berkaitan transformasi yang dilaksanakan kerajaan masing-masing dalam pembangunan perkhidmatan awam negara.
Sekitar Hari Terbuka NBOS 2016

Senarai artis dan jadual pentas yang akan membuat persembahan sepanjang NBOS.
Ippo Hafiz







Sebelum ni kan aku ada kata ada barangan lelongan amal oleh selebritikan? Haaaa,antaranya macam aku cakap sebelum ni seperti Siti Nordiana yang menjual beg tangan jenama Kate Spade, One Nation Emcee menjual kasut air jordan dan pewangi berjenama serta Bunkface menjual Celebriducks. 
Dan pada hari ini adanya Acara Perasmian bersama Perdana Menteri Malaysia bagi sesi Walkaout dan majlis sangat meriah dengan hadirnya pegawai-pegawai awam serta swasta dan orang ramai. Apapun korang jangan lupa singgah ke booth Projek Travel, By Fauzi Aryaan dan banyak lagi dan Minggu Antarabangsa ini akan diadakan sehingga hari sabtu ini. InshaAllah kalau berkesempatan kita jumpa di booth ye. 
Website : Roopawan | Website : NBOS 2016 | Instagram : PICC Malaysia
Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..