Grand Opening Butik Benang Hijau Di Wakaf Che Yeh,Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. So macamana raya haji semua? Okay ke idok? Sape balik Kelantan? Haaaa,meriah tak raya? Haaaaa, sape yang balik Kelantan tu mohon bertabahlah la dalam perjalanan. 16 jam oiii... yang lain macamana? Biasalah, setiap kali raya haji je mesti meriah dan anak perantau semua balik kampung. Ingat lagi tahun bila entah. 15 jam jugak perjalanan balik kelantan sebabnya dekat area bukit tujuh ada tanah runtuh. So kami-kami semua ni pakat cari jalan alternatif lain dan boleh pulak jalan tu jenis berbukit dan tanah merah. Cukup pakej dengan hujan time tu. Mereput la dalam hutan, haaaaa... tu pengalaman aku lah kan. Tapi post kali ini aku taknak bercerita kisah raya haji ke apa tapi... haaaa,cepat sila refer balik tajuk atas. Jomlah kita berbalik kepada isu sebenar ye. *ketuk kepala,haha
Baru-baru ini sape yang peminat tegar kepada jenama Benang Hijau tahulah apa. Haaaaaa, sebelum lagi meleret aku menaip ni. Pertama sekali, tahniah aku ucapkan kepada pemilik Butik Benang Hijau kerana telah meluaskan empayar perniagaan mereka hingga ke negeri Pantai Timur iaitu Kelantan. Haaaa, negeri kelahiran ambo tu! Sesungguhnya aku rindu dengan Kelantan (sempat selit sikit,haha). Tahniah juga aku ucapkan kerana majlis pembukaan Butik Benang Hijau berjalan dengan lancar pada 9 hingga 11 September 2016 iaitu sebelum raya haji. Haaaaaa, mesti ore kapong terrrr...mesti ramai serbu kea? Untunglah sep awop.
Benang Hijau |
Pembukaan Butik Benang Hijau Di Wakaf Che Yeh,Kelantan |
Kebetulan masa pembukaan Butik Benang Hijau baru ni, kalau korang nak tahu. Sebanyak 1000 helai kain tudung Butik Benang Hijau akan bagi ke sep awop hok mano gi. Olos. Bakpo plop tubik kencek kelatam ni,haha.. ampun-ampun. Back to normal (sebenarnya rindu kampung too much) . Antara pembaca onie ni kan, sape yang dapat tudung dari Butik Benang Hijau? Haaaaa, best tak best tak? Tahniah kalau korang dapat. Sebab korang sebenarnya orang yang sangat bertuah sebab dapat tudung free dari Butik Benang Hijau.
Copppppppp, dari tadi aku sebut pembukaan Butik Benang Hijau ni kan. Lokasi lupa lak nak mensi,haha.. Ok, sebenarnya lokasi butik ini di Wakaf Che Yeh dan satu row dengan Restoran Old Town dan Butik Ariani. So, aku rasa rakyat kelate tu mesti napok kea Butik Benang Hijau ni alik mano? Haaaa.... Good!
Selain dari 1000 helai tudung free tu masa hari kejadian iaitu masa pembukaan 3 hari tu kan. Ada jugak sale oiiiii.. Memang sale dia mampu jugak buat korang tercirit. Nak beli nak beli dan nak beli lagi, aku yang tengok ni pun dah mengelumpur nak beli. Nasib baik masih sabar. InshaAllah next time i'll shopping with u ya.
Okay kalau korang nak tahu Butik Benang Hijau ni sebenarnya apa? Jual benang hijau ke? Jual benang ke? Haaaaaa, taklah korang! Butik Benang Hijau ini merupakan satu butik yang mengeluarkan pelbagai jenis tudung dan pakaian muslimah yang menjadi trend terkini kepada muslimah di luar sana. Kalau korang betul-betul peminat tegar Butik Benang Hijau mesti tahu item apa yang paling famous. Kiranya best sellers la kan. Haaaaaa, kalau nak tahu item apa yang famous tu adalah tudung iaitu nama Lily dan Double Loop Instant Shawl. Haaaaaaa, sekali lagi buat aku rasa mengelumpur nak beli,haha....So, kalau korang nak tengok customer-customer dari Butik Benang Hijau ni gayakan koleksi dari butik ini korang just search #BHdarling tau. Baru la makin confident nak membeli,hehe..
Apa yang pemilik Butik Benang Hijau ini pentingkan adalah rekaan pakaian dan tudung di semua cawangan butik mereka dengan design yang baru mengikut peredaran masa yang boleh di pakai oleh muslim atau non-muslim.
So, Butik Benang Hijau telah meluaskan empayar mereka di 6 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Penang, Terengganu dan Kelantan. So, aku mendoakan semoga ada pembukaan di lain negeri juga. Tahniah Butik Benang Hijau!
Selain dari pembukaan Butik Benang Hijau ni kan, kalau korang nak tahu. Semua cawangan Butik Benang Hijau ini sedang mengadakan CLEARANCE SALE sehingga kehabisan stok! Haaaaaaa, korang tunggu apa lagi ? Jom serbu butik terdekat korang. Lokasi butik boleh rujuk link bawah post ini tau atau pun korang boleh search di instagram - @lokasibenanghijau untuk semua lokasi butik mereka. Cepat tau serbu korang! Nak tahu lagi lanjut korang boleh search ni di instagram atau facebook #OffSeasonClearanceSales . Haaaa,matilanak. Sale weh. Sape la tak suka. Kalau dah tak sempat sangat nak serbu kat butik tu kan. Korang boleh jugak shopping di website Butik Benang Hijau. Haaaaaaaa, selamat terbabas shopping la korang eh. Aku pun dah terwishlist satu ni,hahahahaha... #Matilanak
Korang nampak tak jubah yang cantik dan murah tu? Haaaaa, menggoda baq hiangggggggggg... Design dah la cantik. So, untuk maklumat lanjut atau nak tahu lokasi korang boleh rujuk link bawah ni ye :D
Akhir kata saya, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada pemilik Butik Benang Hijau. Semoga terus maju dalam bisness :)
No.Tel: 0179858940
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
bestnya tengok orang niaga.. hehe...
BalasPadamjom jenguk sini ya.. hehe