JOM TERBANG KE VIETNAM BERSAMA VIETJET AIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah masuk harini sebenarnya hari kedua aku berada di Vietnam dan izinkan la untuk aku share beberapa info tentang satu flight ni. Kalau korang nak tahu, Vietnam ni merupakan negara yang sangat padat penduduknya dan kepadatan warga Vietnam korang boleh tengok sendiri bila berada di Negara Vietnam ni. Alhamdulillah, masuk hari kedua ni aku dah pergi banyak tempat menarik di Ho Chi Minh. Dan untuk kisah aku ke Vietnam ni adalah aku fokuskan dahulu di Ho Chi Minh dan inshaAllah next trip aku akan ke Hanoi atau Ha Long Bay. MasyaAllah, cantik tak terkata tempat tu semua.

Ho Chi Minh

Yang bestnya, kalau stay di Ho Chi Minh memang senang nak dapat makanan halal. Lelagi kalau stay area District 1. Ada satu jalan tu berhadapan dengan Ben Thanh Market memang berderet kedai makanan halal. Barang pun banyak dijual area situ. Tapi sebelum aku cerita lagi panjang kisah Ho Chi Minh meh aku nak bagitahu korang tentang satu flight ni. Korang pernah dengar Vietjet Air? Kalau pernah bagus sangat. Sebab entri kali ni aku nak share dengan korang apa itu Vietjet Air dan macamana dia berfungsi.


Vietjet Air


Kalau korang nak tahu, Vietjet Air ni pernah dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan dengan Kebudayaan dan Program Hiburan dalam penerbangan oleh Pertubuhan Rekod Asia dan memperoleh "Anugerah Golden Star untuk kualiti" dari Arah Inisiatif Perniagaan (B.I.D), Switzerland. Bukan tu je, syarikat penerbangan yang memperolehi Merit Of Distinction oleh Kementerian Pengangkutan Vietnam dalam dua tahun secara berterusan dan banyak lagilah.



Visi Vietjet Air ni adalah untuk menjadikan syarikat penerbangan yang paling digemari dan berprestij di Vietnam dan rantau ini. Manakala, misi Vietjet Air ni pula adalah untuk membangunkan dan beroperasi pada rangkaian penerbangan intensif dan untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam industri penerbangan. Selain itu, untuk membuatkan pengangkutan udara yang lebih popular di Vietnam dan di rantau ini serta untuk memberi kepuasan kepada penumpang dengan perkhidmatan yang sangat baik dan senyuman mesra.



Mudah je korang, kalau guna Vietjet Air ni korang akan rasa fun dan mesra je. Bukan tu sahaja, keselamatan pun terjamin, harga berpatutan dan ketepatan masa tu yang penting. Haaaa meh sini nak share sikit apa yang ada di Vietjet Air ni.




Kat mana boleh beli tiket flight VietjetAir ni?
  • Booking di online
  • Di pejabat
  • Agent
  • Agent Application
  • Call center
  • GDS / Interline
  • FAQ
  • Sky corporate
  • FAQ TravelCare

Informasi Flight?
  • Vietjet Fleet
  • Destinasi
  • Jadual flight
  • Status flight
  • Fee & Charges
  • Travel Documents

Servis yang disediakan di VietjetAir
  • In-flight service
  • Cargo
  • Baggage service
  • Special services
  • Special services
  • Skyboss
  • VietjetAir TravelCare
  • Duty Free
  • Seat Selection

Macamana nak book tiket VietjetAir ni?

Haaaaaa, mudah je. Tak perlu daftar pun boleh. Cuma korang kenalah login www.vietjetair.com pastu pilih tarikh bila nak pergi dan balik. bilangan penumpang. Siap tu pilih je masa dan harga. Haaaa, part yang ni korang bolehlah pilih harga. Nak murah atau mahal. Kalau mahal pilih yang murah. Pastu isi je detail korang dan pilih servis apa yang korang rasa nak.


Kaedah pembayaran?
  • Visa Cards
  • MasterCards
  • American Express



Sebab apa korang kena pergi Vietnam ni?

Pertamanya, korang kena merasai sendiri Negara Vietnam ni lebih dekat. Tengok budaya dan cara hidup dorang macamana. Aku,alhamdulillah dapat merasai sendiri cara hidup dorang dan perhati apa yang mereka jalani setiap hari. Selain itu, Vietnam juga adalah salah satu destinasi pelancongan kegemaran di Asia selama bertahun lamanya. Sebuah negara yang penuh dengan keindahan yang menakjubkan semula jadi, warisan yang unik, kaya dengan sejarah dan masakan lazat. Vietnam juga banyak menawarkan pakej atau tempat yang wajib kita kunjungi jika ke sana. Kalau korang nak tahu, ada tiga tempat yang wajib kita lawati bila datang ke Vietnam adalah:-



  • Bandar Ho Chi Minh - bandar terbesar di Vietnam, sering digambarkan sebagai bandar yang meriah dengan penduduknya dan sangat bertenaga. Tak lupa juga di Ho Chi Minh pun korang boleh tengok bangunan tinggi pencakar langit dan banyak gerai-gerai jalanan yang harganya sangatlah murah. Selain itu, Ho Chi Minh ini menjadi tumpuan kepada peniaga di Malaysia juga kerana kain dan barang niaga di sana sangat murah.



  • Hanoi - Hanoi merupakan gabungan daya tarikan antara dunia lama dan perkembangan moden disebabkan oleh sektor pelancongan yang semakin di pandang oleh penduduk luar Vietnam. Pelbagai tempat menarik di Hanoi antaranya adalah taman-taman dan tempat bersejarah seperti muzium dan mempunyai kopi yang bertaraf dunia.



  • Ha Long Bay - Tapak warisan dunia UNESCO di Ha Long Bay terletak kira-kira 170km dari timur Hanoi di utara Vietnam. "Ha Long" bermaksud "Bay Naga Turun" dan ia adalah kepulauan yang terdiri daripada 1969 pulau-pulau. Haaaaa banyakkan, aku rasa next trip aku nak ke Ha Long Bay pulak. Sebab ada satu teluk dia memang terkenal dengan keindahan laut kars topografi dan dianggap salah satu keajaiban alam semulajadi di dunia. Banyak cara kita nak ke Ha Long Bay ni, samada naik bot Bai Chay pelancong tu,boat murah atau pelayaran mewah. Ikut kemampuan kita la nak pilih yang mana. Rasa nak puaskan hati untuk tengok keindahan Ha Long Bay ni kita juga boleh berkayak dan take a seaplane for more panoramic views. Confirm puas hati. Aku pun selalu gak google berkenaan Ha Long Bay ni, teringin nak pergi tapi entah bila,sobsobsob....




Haaaaaaaa, aku sarankan kalau korang nak ke Vietnam pilihlah Vietjet Air ni. Memang akan puas hati dengan servis dia. Lagi pun, perjalanan Vietjet dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh sebenarnya baru dilncarkan pada 1 Jun 2016 baru-baru ni. Haaaaaaaaa, kalau korang nak tahu lagi apa itu Vietjet Air jom klik bawah ni, harga serendah RM9 korang weh. Jemput semua. Okaylah, nanti aku share kisah Ho Chi Minh pulak. Nowww nak berehat. Thank you korangg sudi baca entri aku kali ni. Dah jom terbang dengan Vietjet Air dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh korangggggggg :)






Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

7 ulasan:

  1. sempat buat entry tu.. hebat.... hahahaha

    BalasPadam
  2. Never been to Vietnam. Maybe boleh la pergi sana naik VietJet ni. Interesting!

    BalasPadam
  3. HAI CIK,

    SAYA SEKARANG MENGHADAPI MASALAH DENGAN VIETJET PULAK. SEMALAM (31/10/2016) BARU BOOKING ON LINE, CREDIT CARD DAH CLEAR...TAPI X DAPAT RESERVATION NO. DAN ITINENERY DARI SYARIKAT. APA PERLU SAYA LAKUKAN? MOHON BANTUAN SEGERA. THANKS

    BalasPadam
  4. Insyaalah saya akan ke hanoi.
    Tulisan mek ni panduan jadi saya,
    Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..