PENGALAMAN MAKAN MASAKAN HONG KONG DAN SZECHUAN DI HOTEL SWISS GARDEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa pendapat korang dengan makanan Hong Kong dan Szechuan? Sape pernah rasa masakan dari Hong Kong dan Szechuan ni? Alhamdulillah, tempat yang aku makan ni adalah HALAL. Sebelum aku bercerita panjang, terima kasih Swiss-Garden Hotel & Residences sudi menjemput kami merasai sendiri masakan dari chef mereka.
Bersama Robs Rock ! |
Staf Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur |
Kebetulan free time tu, so aku pun mengisi masa lapang aku ke Sino Scene Chinese Restaurant di Level 6, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur. Actually ni bangunan di Residences and last time i already went to Swiss-Garden Hotel Kuala Lumpur. Just nice restoran dorang. Tapi hari tu, sempat jugaklah aku tengok view dari level 6, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur.
Bergambar bersama Chef Alex |
Chef Alex mempunyai 20 tahun pengalaman dan beliau bermula dengan seorang pembantu dapur di sebuah Restoran Chinese di Johor Bharu dan kembangkan pengalaman selama 7 tahun sebagai Chef de Partie in Brunei dan kemudian balik ke Malaysia dan bekerja di beberapa buah hotel dan resort sebagai Baquet Chinese Chef Chinese sebelum pulang ke Zhejiang,China sebagai Executive Head Chef (Asian Cuisine). Tahniah Chef Alex. Masakan Chef sememangnya daebak!
Berbalik pada tajuk aku atas tu kan, korang pernah ke mencuba masakan dari Hong Kong dan Szechuan? Kalau tak pernah, meh sini aku cerita sikit apa itu masakan Hong Kong dan Szechuan tu.
Masakan Szechuan:-
Masakan cina yang berasal dari wilayah Sichuan di barat daya China. Ia mempunyai rasa kuat terutamanya ketajaman dan kepedasan yang disebabkan daripada penggunaan bawang putih dan cili serta rasa yang unik daripada lada Sichuan. Masakan Szechuan ni seringkali mengandungi makanan yang diawetkan seperti penjerukan,pengasinan dan pengeringan. Secara amnya pedas kerana penggunaan besar minyak cili. Pernah dengar flower pepper? Yes,pepper ni biasanya digunakan dan mempunyai rasa yang sangat wangi seperti limau dan menghasilkan rasa 'denyut kebas' di dalam mulut. Bahan-bahan lain yang digunakan adalah bawang putih, cili, halia, bunga lawang dan lain-lain herba, tumbuh-tumbuhan dan rempah pedas. Penyediaan masakan ini seperti menggoreng kilas, mengukus dan merebus.
Masakan Hong Kong:-
Masakan Hong Kong iaitu dari campuran budaya dan tradisi bermula dari Cantonese hingga ke Hakka, Teochew dan Shanghainese. Most importantly, masakan Hong Kong menggunakan bahan yang segar untuk mendapatkan rasa asli setiap masakan yang dihidangkan.
Kalau korang nak tahu, restoran yang aku pergi ni menghidangkan teas, appetizers, roasted meats, claypot dishes, sup sihat, desserts for single portions dan juga family-style dining. Macam chef mereka sendiri recommend seperti
- Deep-Fried Crispy Soft Shell Crab
- Bird Nest With Crab Meat Soup
- Roasted Five Spice Duck
- Szechuan Chicken Clay Pot
- Signature Braised Lemongrass Beef Rib Clay Pot
- Pan -Fried River Prawn Jiangnan Style
- Clay Pot Fish Head
- Szechuan Ma Po Tofu
- Wok-Fried Rice with XO Sauce
- River Prawn with Glass Noodle Clay Pot
Dan 100 lebih banyak lagi.
Dah jom tengok apa yang aku makan haritu ;D
Sino Scene Chinese Restaurant, Level 6, Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur |
Aromatic Peking Duck |
First time aku makan ni dia kena balut dengan pancake tu haaaaaaaa... ambik timun, spring onion,duck pastu gulung then cicah dengan hoi sin sauce. Homaiiiiii... berapa keping tah aku makan. Sedap yakmat!
Szechuan Bird's Nest With Crabmeat Soup |
Aku rasa ramai chinese yang suka makan Szechuan Bird's Nest ni. Seriously sedap gila. Sape yang tengah tak sihat boleh makan ni. Lagipun banyak gila khasiat yang ada dalam resepi ni. Maklumlah, sup sarang burung kan....
Steamed Chicken With Ginseng In Clay Pot |
Sebut je ginseng mesti ramai yang tak sukakan. Btw, menu ni sedap dan ginseng dia tu takdelah kuat sangat rasa dia. Rasa light-light je.
Crispy Sea Grouper Siamese Style |
Dapat makan kepala dia tu adalah satu nikmat.
Salted Egg Prawn With Pumpkin |
Sape yang biasa makan udang butter ni akan suka menu ni.
Green Shell Abalone With Sea Cucumber and Shitake Mushroom |
Ya Allah korang. Bukan senang tau nak dapat makan Cendawan Shitake ni. Rasa dia yang padat tu buat aku puas hati sangat!
Braised Vegeteraian Parcel And Seasonal Vegetable With Scallop Sauce |
Wok Fried Rice With Smoked Oyster |
Sape yang tak biasa makan masakan Hong Kong & Szechuan ni. Biasanya nasi dia akan dihidangkan lasttttttt sekali dan kalau boleh simpan la sikit lauk untuk dijamah bersama nasi. Kalau tak, nasi kosong gitu jela korang makan. Hihi..
Sino Scene Special Durian Pancake With Chilled Aloe Vera |
Dessert dia pun sedap. Segar je bila makan.
Mooncakes |
Imperial Gold Limited Edition & Autumn Migration Carrier Series |
Kek Bulan HALAL |
yummmyy... semua nampak sedap... :)
BalasPadamWah enak-enak kayaknya
BalasPadam