PENGALAMAN MENGINAP DI AMNA HOME,THE FACE SUITE KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korangggg sorry, bukan lupa nak update kisah yang ni. Tapi aku stress gila nak menaip. Sebab bila cek balik gambar dari kamera aku. Rupanya noise gila. Kau rasa? Haaaaa, punya la fedup aku time tengok. Ni aku rasa macam nak tunjuk kat korang pun segan gila sebab gambar tak cantik plus noise yang amat sangat. Menyesal aku tak cek elok-elok. Bila cek balik, rupanya ISO problem. Bencinya lahai. Tapi takpe, aku harap korang okay-okay je bila tengok gambar aku bawah ni. InshaAllah kalau aku berpeluang menginap di sini lagi aku akan update gambar latest kat korang. Demi pembaca tersayang okay.



Disebabkan sabtu ahad aku tak kerja. Jadi haritu aku planning dengan member-member stay di Kuala Lumpur. Haaaa, kemain tak stay kat Kuala Lumpur? HAHA. Sekali sekala reward diri sendiri. Kali ni aku dan kengkawan yang lain ambil keputusan untuk stay di ye Pusat Bandaraya. Betul-betul di tengah Bandaraya dan lokasi dia sangat strategik dan menarik sangat. 



Sebelum ni stay di homestay yang rumah bebiasa tu. Tapi kalini aku stay di homestay yang konsep dia sangat minimalis dan urban,cewah! Kan aku kata, sekali sekala reward diri stay kat tempat macam ni. Actually sebelum ni aku tak pernah pulak perasan bangunan The Face Suit ni. Rupanya bangunan ni betul-betul di Jalan Sultan Ismail. Kalau rasa datang sini nak naik public transport pun sangat digalakkan dan hari tu aku bawak kereta sendiri je. Mudah nak gerak ke mana-mana. So, kereta aku time tu aku park dekat Level 1 dan masa aku pergi tu free parking lagi..Tak pasti kalau lepas ni di charge ke apa kan.






Okay, homestay yang aku maksudkan adalah Amna Home. Biasa dengar tak nama Amna Home tu? Masa memula aku dengar nama Amna Home ni aku macam pelik, apa benda la Amna Home ni. Rupanya, Amna Home ni famous jugak weh dalam kalangan kaki travel. Kalau korang nak tahu, Amna Home ni bukan sahaja ada di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur tetapi di luar negara pun ada. 


Selain Malaysia, Luar Negara pun ada Amna Home. Dimana?
  • Amsterdam
  • London
  • Melbourne
  • Perth ( kawan aku ada yang dah stay di Perth, boleh baca di projek travel juga)
  • Auckland


Menarik tak? Lagi menarik, owner dia adalah Bangsa Melayu sendiri dan aku sangat terkesima kerana di usia masih muda, pemilik Amna Home ini telah berjaya menakluki homestay dalam dan luar negara. Bukan senang sebenarnya untuk memiliki homestay begini. Lagi-lagi homestay di luar negara. Banyak law dia. Tapi hasil kegigihan owner Amna Home, beliau telah berjaya menaklukinya dengan hasil usahanya sendiri. 




InshaAllah lepas ni Amna Home bakal berada di Negara Thailand pulak. So, korang yang kaki jalan tu, kalau masih memikir-mikir lagi homestay yang terbaik dan harga berpatutan aku sarankan korang memilih Amna Home sebagai penginapan anda. Cukuplah aku yang pernah stay di Amna Home, Kuala Lumpur ni. Sungguh terkesima. Baru sebut hal lokasikan? Belum tengok kelengkapan dalam unit aku duduk tu. Ikutkan masa aku stay di Amna Home ni. Bilik dia satu je, tapiiiiiiiiiiiii ruang dia tu...... Ya Rabbi besar yang amat. Tak tahu nak duduk sudut mana dulu. 



Access Card To Amna Home


Sebelum aku cerita apa yang ada dalam unit yang aku duduk tu meh aku nak cerita sikit. Bermula dari Jalan Sultan Ismail, bangunan The Face Suite ni memang betul-betul di tepi jalan Sultan Ismail. Mula-mula aku datang tu memang seriously aku sendiri tak perasan bangunan tu. Tapi bila ikut waze, aku jumpa jalan yang benar,haha. So, kalau agak-agak nak sampai dah tu, better slowkan sikit kenderaan korang tu. Dah jumpa bangunan The Face Suite tu aku bergegas ke parking pulak, nasib baik time tu free parking lagi. Tak pasti la kalau sekarang dah berbayar dan aku pulak lupa nak tanya, tempat parking dia tu memang free atau apakan. Tapi kalau bayar pun, bayarlah jelah korang oiiiiiiii. Dannnnnn! Aku pun naiklah ke Level 1, masa tu aku park ikut dan je dan tak ada no.car park tertentu. Tak tahu la kalau masa akan datangkan. Then terus aku ke Lobi. Selok belok nak ke lobi tu tak la susah mana. Cuma korang hanya boleh naik ke bahagian lobi sahaja tau, sebab kalau takde access card memang tak boleh naik ke tingkat atas. Security oiiiiiiiii. Pastu kalau takde Access Card korang jangan bermimpi la nak naik ke Sky Deck iaitu tempat yang sangat cantik view dia ! Haaa, rasa time tu taknak balik biliklah. Okay, lepas dah sampai lobi semua tu, aku tunggu staf Amna Home untuk collect kunci rumah dan Access Card. Haaaaa, kalau tak, nak naik macamana la kan,haha...




Bab kunci rumah tu, aku dapat masa check in. Check in jam 12pm dan time tu kita orang sampai petang. Tak la petang sangat pun. Lebih kurang kul 3pm macam tu. Dapat je access card terus aku naik ke level memasing. Aku dapat Level 23A. Boleh tahan tinggi dia. Tak fikir apa dah. Terus menuju ke bilik sebab kemain excited dia. Masuk-masuk tu, wow! Apakah semua ini. Reka bentuk studio room yang dah lama aku teringin nak duduk dalam tu dan akhirnya dapat jugak. Kelengkapan dalam unit tu pulak kemas dan cantik je. Rasa saya nak sentuh dan golek-golek. Macam biasalah, aku kalau first time masuk homestay atau rumah benda pertama aku akan buat adalah usha lokasi plug, wahwahwahwah.. Tak tahu perangai apa la gitu,haha.. Tapi memang puas hati. Plug dia boleh tahan banyak jugak. Mudahlah nak cas kamera ke, fon ke, laptop ke...




Sebut-sebut pasal plug ni kan. Unit yang aku duduk ni ada wifi tau. Tapi ada la beberapa unit tu masih belum ada wifi. Sebab unit tu masih baru lagi. So, buat sementara waktu pakailah wifi sendiri dulu. HAHA. 


Lobi The Face Suite

Haaaaaa ni la lobi dia. Ada 2 lorong je nak menuju ke lif tu. So, kebarangkalian nak sesat tu tak ada. Aku ni kadang kalau mood pelupa datang entah mana-mana lorong aku masuk. Tapi nasib baik la The Face Suite ni mesra alam. Lawa weh tengok lobi dia. Tu masa memula datang tu, terkesima tengok lobi dia. Tu baru lobi dia. Belum bilik-bilik homestay dia tu. Tapikan korang. Maaflah, di The Face Suite ni tak ada cafe yang jual-jual sikmak ke, nasi goreng ke, nasi campur ke, roti anneyyyyyy tebar sejuta kali ke. TAK ADA YE. Yang ada hanyalah lounge kecik je. Sesuailah kalau untuk meeting ke menunggu ke. Haaa, sesuai sangatlah tu kan. Alaaaa, bab restoran tu korang tayah la risau. Sebabnya kat homestay nanti akan ada DAPUR. So, aku sarankan kat korang. Kalau nak datang sini bawak je makanan basah ke kering ke. Paling malas MAGGI. Kot la tengah malam buta tu kebulur ke apa. Haaa boleh masak. Tak payah sesusah nak start enjin kereta p cari sikmak whatsoever tu kan. Pepandai la nak hidup,haha... 



Salah Satu sudut di Lobi, The Face Suite

Antara member aku yang ada masa hari kejadian. Masa ni kami sampai dulu. Menunggu yang lain ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. EH. matik aku kalau dorang baca ni,haha.. Gurau wehhhh... So, belakang aku ni adalah pemilik blog duniapatik.com dan belakangnya tu adalah seorang pegawai psikologi dan penceramah bebas. So, kalau rasa nak book dia untuk ceramah ke boleh la contact beliau di Facebook beliau. Well, menyempat lagi aku ni,haha. Sorry-sorry.



Bersama salah seorang staf Amna Home

Taraaaa! Cukup dah haaaaaa.... So, haritu aku dan dikbee je yang tak berhalkum. Jadinya kami dapat seunit okay. Tak bercampur pun dengan abang-abang tu. Saja cakap, kang ada yang kecam aku nanti,LOL. Haaaaa, gambar atas tu adalah laluan nak ke rumah tersebut. Aman dan jangan risau. Tempat ni selamat. InshaAllah. 



Hallo Amna Home :D

So, selamat melayan gambar selfie aku ye. Nasiblah gambar yang ni okay sikit. Sedih wei bila kamera taknak bekerjasama ni haaaa...Dannnnnnnnnn... belakang aku tu adalah salah satu sudut yang nak ke bilik. Kalau korang perasan sebelah kiri tu adalah pintu yang boleh ditolak tarik. Kalau rasa nak privasi sikit tutup. Kalau taknak pun takpe. Nampak tingkap belakang aku tu? Haaaaaa, bilik aku view Jalan Sultan Ismail dan Kampung Bharu. Bila malam je kawasan situ meriah. 



Amna Home - 1 Katil dan 1 King Size

Ni la katil yang aku cakap tu. Besar jugak. Kot nak honeymoon ke. Padan la ni. Tapi kalau rasa nak stay ramai bawak la toto ke bantal ke. Muat je kalau nak tidur area ruang tamu tu. Dannnnnnnnnnnn sebelah kiri gambar tu sebenarnya adalah kawasan walking wardrobe. Ya Allah, selama ni aku tengok kat tv je. Bila la dapat merasa duduk rumah yang ada walking wardrobe tu. Sekali bila duduk di Amna Home ni, rasain lo' . Puas hati. Dapat merasa sekejap pun jadilah,hehe...



Amna Home - Ruang Tamu

Okayyyyyy, katil atas tadi tu betul-betul berhadapan dengan ruang tamu which is siap kabinet, sofa dan tv. 


Amna Home - Kelengkapan yang ada di Amna Home

Sesungguhnya, idea yang dicipta ini adalah dari buah fikiran owner Amna Home sendiri. Apa yang aku suka dengan susun atur di ruangan ini adalah kabinet-kabinet yang ada. Seronoknya kalau rumah sendiri ada kabinet macam ni. Impian wei.



Amna Home - Ruang tamu yang besar

Sorry, abaikan background belakang yang bersepah tu. Kalau korang perasan. Belakang tu la pintu keluar masuk dan tepi pintu tu ada cermin yang besar hazabedah oiiii ! Seronok kalau dapat selfie situ,HAHA



Amna Home -  Bahagian dapur 

Okay! Part dapur macam ni pun impian aku jugak sebenarnya. Lengkap dengan over, washing machine, dapur dan peralatan. Tu aku kata atas atas tadi tu. Tak payah sesusah nak cari restoran tengah malam buta. Lapar je korang boleh masak. Periuk semua ada disediakan. 



Amna Home - Kelengakapan di dapur yang mengujakan

Kita tunjuk sikit, hehe... Kabinet yang ada tu memang cukup besar. So, kalau rasa lama nak stay sini boleh je beli stok makanan pastu simpan kat dalam kabinet atau peti ais tu. 


Amna Home - Washing Machine


Washing maching dan sabun disediakan.


Amna Home - Oven


Oven



Amna Home - Sempat lagi bergambar di Toilet. Lawa sangat toilet dia.

Boleh tak nak selfie dalam toilet? HAHA. Toilet pun cantik apa la masalah dia. Huwarghhhhhhh. Air panas ada, jangan risau ye. Ubat gigi berus gigi tak disediakan tau, so bawak la sesiap kalau nak stay sini :)



Amna Home - view dari tingkat 51

Boleh tak aku nak belanja gambar ni satu? HAHA. Silalah jeles 100 tahun. Serius view atas tu lawa gila. Rasa nak tido face dengan Menara KL dan KLCC je weh. Pool dia pun awesome! Korang kalau stay sini please lah naik level 51 iaitu Skydeck. View dia cantik yang amat sangat. Pool dia malam boleh mandi cuma kena lengkap pakai pakaian renang. Kalau tak, kena tiup wisel la korang tu,haha..



Amna Home - Salah satu sudut di tingkat 51

Pastu waktu siang macam ni silalah bergambar sampai puas hati. Sesungguh seronok dapat duduk level 51 layan perasaan,haaha..



Amna Home - Dikbee, roomate malam tu

Sorry, kakak terchantekkkkk pulak. Dikbee, roomate bersama bila menginap dimana-mana, hehe.. Tak sabar nak travel sama weh. Hehe



Amna Home - cukup?

Lawa tak korang view dia? Sorry kalau gambar tak seberapa sangat. Kesimpulannya di sini, kenapa korang nak keluar duit lelebih kalau kat sini lagi menjimatkan dan memuaskan hati?


Berkenaan Amna Home, The Face Suites, KL

  • Macam aku cakap atas tadi, The Face Suites ini berdekatan dengan public transport. Monorail dia adalah Bukit Nenas.
  • Bukan homestay macam aku tunjuk tu. Banyak lagi jenis jenis homestay dan antaranya adalah 1 bedroom (2-3 paxs), 1 bedroom (1 + 1paxs), 2+1 bedroom (5-6 paxs)
  • Yang bestnya kat sini korang nak bermalam berapa orang pun tak kisah. Kiranya takde limitlah.
  • Kelengkapan semua perfect habaq hang. Tv, airconf, peti ais, microwave, mesin basuh, iron, water heater, pinggan mangkuk, sudu,sudip, gelas dan dapur. Haaaaa, perfectkan? Homestay bukan sebarang homestay okay.
  • Harga untuk homestay ini bermula dari RM220/malam. Harga ikut homestay mana yang korang nak. Kalau lebih bedroom lain lah harganya.
  • Sesetengah unit homestay Amna Home je ada wifi. 
  • Sistem security yang TERBUKTI KETAT dan selamat dengan penggunaan kad access.
  • Free access ke infinty pool di level 51 iaitu SKYDECK dan view dia of course la letop. KLCC dan Menara KL. 


Haaaaaa, so dah terbekenan? Jangan lupa check it out bawah ni nah... Yang penting selalu penuh dan korang kenalah book awal. Best gila homestay ni dan aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang. Lagi best kalau The Face Suite ni ada mamak bawah tu,hahahahahaha.... tak logik betul ko ni onie oiiiiiiiii.... :P Ada antara korang dah stay sini? Apa perasaan korang? Best tak best tak? Haaaa bestkan :D


SEBARANG TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN: +61 402 966 473 (farah)
EMAIL: reservation@amnahome.com


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..