KONSERT HIGH NOTE 2016 KECEWAKAN RAMAI PEMINAT ZIANA ZAIN, JACLYN VICTOR DAN AZLAN TYPEWRITERS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Haaaaa, apa tajuk tu apa tajuk tu? Kecewakan sape ni? Malam sabtu lepas, aku telah menghadiri Konsert High Note 2016 dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjemput Mek Onie pada malam tersebut. Macam biasa, aku ke Istana Budaya after office hour dan jalan ke sana of course jammed yang amat. Lelagi hari jumaat, sesungguhnya mati kutu jugak aku dalam kereta haritu. Asal jumaat mesti jem, asal jem mesti jumaat. Lumrah hidup dibandar katanya. Apapun, aku tetap gigih ke Istana Budaya semata-mata untuk Konsert High Note yang menggabungkan artis terkemuka iaitu Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters.


Konsert High Note 2016 - Istana Budaya

Konsert High Note 2016 - Istana Budaya



Sebab kenapa aku nak pergi konsert ini adalah kerana lokasi konsert di Istana Budaya dan aku membayangkan konsert pada malam itu yang bombastik. Tapi, agak kecewa jugak sebenarnya, sebab apa yang dibayangkan itu tidak tercapai langsung seperti persembahan-persembahan yang lain. Maksudnya, jadual yang sepatutnya ditayangkan telah lewat lebih kurang sejam lebih. Tertanya-tanya jugak aku kenapa lewat sangat pintu Panggung Sari dibuka dan ini adalah pengalaman pertama aku ke persembahan di Istana Budaya yang tidak memuaskan hati aku. Aku pergi ke sana sebenarnya ingin melihat artis yang dah lama aku nak tengok dia menyanyi secara langsung. Tertanya-tanya jugak,kenapalah pintu lambat dibuka ni,huhuhu.... tu pada malam pertama Konsert High Note berlangsung la...malam kedua dan ketiga aku harap semuanya berjalan dengan lancar.


Sebab lain kenapa aku nak ke Konsert ini juga adalah heiiiii weekend was coming okay!Sekali-sekala layan konsert apa salahnya,kehkehkeh... Pada malam tu, seat tak ditetapkan pun. Jadi aku pilih seat yang mudah untuk record video ( Media sahaja dan jika diberi kebenaran orang awam boleh ambil gambar atau video) Seat yang aku pilih tu pada row W20 dan W21. Nasib la daftar awal, kalau lewat. Dapatlah seat tepi,mihmihmih.... 


Masa ambil tiket pun ada isu yang terjadi, tapi malaslah nak cerita. Fuh! Besar sungguh isu kali ini. Apapun aku taknak melatah lebih. Itu adalah antara pihak penganjur dan artis. Malah, bila difikir balik..kami sebagai penonton turut terkena tempias. Namun, kalau diberi peluang. Memang aku nak selalu ke Istana Budaya. Sebab (banyaknya la sebab,haha) prop kat sana letop letop kot. Pentas yang berprestij yang dahulunya dikenali Panggung Negara telah bertukar kepada Istana Budaya


Konsert High Note 2016 - Istana Budaya



Konsert High Note 2016 - Istana Budaya


Akhirnya, kami masuk ke dalam Panggung Sari,Istana Budaya. Pada mulanya, boleh lagi duduk dengan tenang. Bila iklan diulang-ulang, tambah pelik kami dibuatnya. Adakah ada sesuatu yang berlaku dibelakang tabir? Nak tahu google la. Namun! bila Azlan Typewriters keluar untuk mempersembahkan lagunya, kami mula bersemangat balik. Sungguh. Bila terdengar-dengar kata sekejap Kak Ziana ada sekejap takde, rasa mula nak down balik, haha.. Tapi bila kak gee (Nama panggilan Ziana Zain) keluar. Fuh! Inilah dikatakan artis yang profesional walaupun ada pelbagai rintangan pada malam tersebut. Gabungan Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters ini sangat memukau. Aku rasa macam tak percaya tengok artis-artis tersohor ni buat persembahan secara langsung. Apapun kami sebagai penonton dan semua penonton pada malam tersebut enjoy dengan semua persembahan walaupun ada banyak kekurangan pada malam tersebut. Walaupun konsert start lambat, pengakhirannya mereka berjaya memberikan impak yang terbaik walaupun lagu kak gee kita sikit je, tak puasssssssssssssss dengar lontaran kak gee,huwarghhhhhh..



Ketiga-tiga artis ini mempunyai suara yang tinggi dan idea ini tercetus semasa Ziana Zain dan Azlan Typewrites bekerjasama untuk sebuah persembahan di ABPBH tahun 2011. Sejak tu jugaklah, Ziana Zain dan Azlan Typewriters merancang untuk merealisasikan konsert bersama. Apapun, aku bagi 5 bintang pada ketiga-tiga artis ni sebab suara dorang memang letop gila lelagi Ziana Zain. Walaupun sudah melangkau usia, tapi suara dia tetap sama macam zaman 90-an weh. Terkesima aku. Video soon okay. Jangan lupa subscribe my youtube (Mek Onie). Hilang terus kecewa yang tadi tu,hahaha.... Untuk pengetahuan korang semua, aku sebenarnya peminat pada Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters. Aku harap, ketiga-tiga artis ini terus kekalkan sikap profesional dan setia pada peminatnya walau apapun berlaku. Nasib baik kak Ziana Zain kita tak tarik diri malam tu. Kalau tak, lagi kecewa kita, huwarghhhhhhhhhhh... Apapun, terbaikkkkkkkkkkkkkk sangat buat kak Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters. Suara memang letop habis weh!





Ziana Zain

Jaclyn Victor
Azlan Typewriters




Konsert High Note 2016 - Istana Budaya


So, malam ini adalah malam akhir untuk Konsert High Note 2016. Korang dah beli tiket belum? Kalau belum jangan lupa book di TICKETPRO sekarang! Sebab katanya malam ni lebih istimewa dari malam pertama dan kedua? haaaaa, bagi peminat Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters mohon tempah sebelum 8 malam ni okay? Serius, persembahan ketiga-tiga artis ni sangatlah memukau. Harga bermula dari RM142 hingga RM506 atau korang boleh call dulu di hotline di 03-7880 7999. So sape pergi malam ini? Korang memang power! Dikesempatan ini,aku memohon maaf jika ayat-ayat di atas tidak menyenangkan mana-mana pihak tertentu dan ini hanyalah pengalaman aku untuk pertama kali jadi begini. Segala salah silap harap dimaafkan. Jumpa lagi Istana Budaya :D Segalanya telah terjawab pada PC hari tersebut ^_^ Apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap perkara pasti ada ujiannya. Senyum :)


Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com


p/s: Aku harap, penganjur mengambil pangajaran dengan apa yang berlaku pada konsert ini untuk diperbetulkan dimasa akan datang. Kami semua sayang, kak Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriters.

1 ulasan:

  1. banyaknya terjadi ye..tapi nasib baik puas hati bila artis menyanyi

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..