PENGALAMAN TEST DRIVE ALL-NEW CIVIC TERBARU KELUARAN HONDA
And yeahhh! hari yang ditunggu-tunggu tu dah datang dan sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku untuk bercerita hal kereta dan juga first time aku test drive dan merasa sendiri keseronokan membawa All-New Civic dengan di iring oleh Marshall sendiri. Actually, paling aku tak suka bila konvoi,bukan tak suka apa, aku takut tertinggal dan itu semua hanyalah tidak benar untuk konvoi kali ini. Seriously aku suka gila dengan Marshall yang kami panggil pada hari tersebut adalah Lead 1 sebab kami dibahagikan dengan 2 leader ..Sungguh pandai leader kami atur perjalanan dan setiap apa yang kami inginkan leader kami faham,hahahahaha.... Seolah-olah, leader kami dengar apa kehendak kami ketika drive tu... Good leader and good action!
Sebelum tu, kami berkumpul di Cafe yang super letop kebabom di Le Gardenz, Balakong. First time jugak sampai sini dan sumpah cantik gila cafe dia. Nak termenangis sekejap. Gambar atas ni baru satu angle. Belum angle yang lelain, mahu menangis kalau korang sendiri tengok. Nantilah aku cerita lain entri. Sepatutnya jam 9.30 berkumpul tapi disebabkan kecuakan kami takut dengan kesesakan jalan raya ni, kami pun sampai Le Gardenz ni jam 7.30am,hahahahhahahahaha.... Haaaaa, awal 2 jam... Terlebih punctual pulak wak,hahaha...
Flag off!
Time driving around 10pm plus like that la dan jalan masa tu agak sibuk jugak sebab orang nak pergi kerja semuakan. So, time ni lah nak main segala stability dia,cewahh! Dan ternyata mudah masa nak tukar lorong. Love the all features in and out car. Rasa taknak lepas je stereng tu, huwarghhhhhhhh.... Sejujurnya, aku bawa kereta kecik je dan bila dapat kereta besar,lebar dan panjang pada mulanya agak takut nak handle, tapi itu hanyalah mainan mimpi,ahahahahaha...senang dan smooth je masa aku drive tu.
And the first pit stop at MAEPS!!! First time jugak aku sampai MAEPS,Serdang...Dan kat MAEPS kami telah diajar beberapa fungsi yang ada di All-New Civic dan yeahhhhh! aktiviti gymkhana dan aktiviti VSA, Benda-benda ni semua aku dah lama teringin nak merasai dan alhamdulillah aku berpeluang merasa pengalaman yang agak mencabar sebenarnya,hehe...Bagi yang tidak familiar dengan Civic ini, korang wajib tahu bahawa keluaran All-New Civic kali ini adalah generasi ke-10 keluaran Honda di mana ianya ditawarkan "Nilai Segmen D" pada "Harga Segmen C". Haaaaa, apa tu? Okay takpe, bawah nanti aku terangkan sedikit apa itu "Nilai Segmen D" pada "Harga Segmen C" itu.
Okay masa ni perasaan tak sabar nak drive tu of course lah ada kan. Tengok exterior design dia pun sporty gila. Sebelum Flag Off tadi, kami ada briefing dulu. Yelah, kete baru kot,hehehe....
The Power of Dreams : HONDA |
17" Alloy Wheels, Led Headlights, Signal, Led Fog lights |
All-New Civic: HONDA |
Led daytime running lights and led headlights |
Ride with innovation |
A cockpit-like feel and daring interior styling is enhanced with advanced features never before seen in the Civic |
- Merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C.
- Dibangunkan di bawah "Earth Dreams Technology".
- Menawarkan "Keseronokan Untuk Memandu" (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.
Enjin 1.8L i-VTEC:
Enjin 1.5L VTEC Turbocharged dan Enjin 1.8L i-VTEC:
- Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear " Continuosly Variable Transmission (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api.
- Diiktiraf sebagai "Kenderaan Cekap Tenaga" (EEV).
- Nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai.
Cabaran pasukan jurutera Honda:
- mencapai "keselesaan tertinggi" (Superior Comfort)
- Untuk menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D.
Kepakaran Honda:
- Dalam pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar.
- Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civci serba baru yang ranggi dan memiliki karakter premium.
- Untuk mencapai kesenyapan kabin dan meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baru dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan.
- Merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya.
- Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya.
- Menawarkan "Teknologi Maju Terhubung" (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7" yang pasti menarik perhatian generasi muda.
- Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung.
- Remote Engine Start
- Walk Away Auto Lock
- Electri Parking Brake
- Auto Brak Hold
8 aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting
5 Warna Civic Serba Baharu:
- 6 beg udara ini yang aku cakap terbaik tadi sebab kebanyakan kereta mempunyai 2 beg udara je. 6 beg udara ini terdapat di hadapan, beg udara jenis curtain dan pada bahagian sisi
- Vehicle Stability Assist (VSA)
- Anti-Lock Braking System (ABS)
- Electronic Brake Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Hill Start Assist (HSA)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- ISOFIX
Gymkhana! Yesss, for the first time i had a fun with Gymkhana! Seriously mencabar dan kecut perut jugak sebenarnya, tapi bila ada pemandu yang telah terlatih semua tu jadi seronok dan memang terbukti dia punya VSA memang letop kebabommmmmm! Bawak dalam speed yang sama dan tanpa brek pun still stable kereta tu. Kebetulan pulak haritu hari hujan, haaaaa.... memang terbukti All-New Civic ini mempunyai VSA yang terhebat sekali. Langsung takde rasa macam licin di jalan raya time buat Gymkhana tu. Aku pun try jugak, memang terbaik!
Go kart pun ! yesssss,im did yawwwwwwwwwww...Best gila...layan habis atas circuit! nak buat atas jalan raya tak mampu kan. Haaaa, ni ambik lap sampai terbabas dalam rumput adalah satu pengalaman yang sangat heaven bagi aku,hahahaha...walaupun pada second game aku dapat second place, tapi masa final aku dapat tempat ke-6 je haaaaaaaa, okaylah... janji pengalaman macam ni susah nak dapat dan akhirnya aku happy gila sebab feeling macam racer atas circuit,haaaaaa..gituh :P
- Merah ( Dark Ruby Red Pearl)
- Kelabu ( Modern Steel Metallic)
- Hitam Mutiara ( Crystal Black Pearl)
- Perak ( Lunar Silver Metallic)
- Putih mutiara ( White Orchird Pearl)
Dan dua warna baru pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia. Haaaa,agak-agak warna apa korang? Jeng jeng jeng.
Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu :-
- Dilengkapi sistem pemantauan pintar.
- Memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin.
- Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometermengenai status servis tersebut.
- Pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang serbis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.
Harga:
- 1.8S - RM 113,800 ( DI ATAS JALAN YERMASUK INSURANS )
- 1.5 TURBOCHARGED - RM127,800 ( DI ATAS JALAN TERMASUK INSURANS )
- 1.5 TURBOCHARGED PREMIUM - RM135,800 ( DI ATAS JALAN TERMASUK ROADTAX )
Cepat teka which one All-New Civic?
Toyota, All-New Civic & Mazda 3 |
Comparison competitor car walkabout:-
- Antara ketiga-tiga ini aku tetap memilih All-New Civic bukan sebab aku tengah berada dalam mood review ke apa, tapi pada pandangan aku sendiri. All-New Civic ini memang mencukupi kriteria bagi pemandu yang nak kan sesuatu yang perfect. Kenapa All-New Civic lagi? Kalau dibandingkan cargo space dia memang aku tetap pilih All-New Civic. Sebab apa? dah tentu la kerana space cargo dia rendah dan mudah untuk angkat barang semua tu. Bukan tu sahaja, malah besar dan luassssss. Memang mudahlah nak isi barang-barang dalam tu.
ATV |
Setel aktiviti atas tadi, dan ATV ini juga salah satu aktiviti yang pertama kali aku buat. Pada mulanya aku takut, sebab takut tak dapat handle ATV dengan sebaik yang boleh. Tapi, lagi sekali itu hanyalah mimpi semata-mata. Ternyata seronok gila main ATV ni! Terima kasih banyak-banyak Honda Malaysia. Sesungguhnya, pengalaman test drive All-New Civic ini satu pengalaman yang sangat bermakna buat aku. Terima kasih sekali lagi Honda Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba All-New Civic. :)
Pengalaman test drive All-New Civic, Go-Kart, Gymkhana, ATV semua tu aku takkan lupa dan tunggu video Gymkhana aku. Sabar nah! hehehe
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..