SEBAB KENAPA KORANG PERLU TERJAH TOURISTGUIDE.COM.MY
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nak pergi melancong dengan kos yang murah? Oh yeah! sape tak sukakan kalau dapat travel murah ni. Style aku, aku akan tunggu promo tiket flight dan apa-apa pakej yang berkenaan dengan tempat yang kita nak travel tu. Maklumlah, zaman sekarang kita kena pandai memilih..lelagi bab kewangan. Aku rasa sekarang semua orang boleh je nak travel cuma bab kewangan tu ikut cara kita macamana kita nak uruskan duit untuk travel. Kan? Kalau 4 5 tahun lepas, aku mampu tengok orang lain melancong dan aku masih berada di bawah tempurung. Kini aku pun dah boleh melancong dengan duit sendiri dan kemampuan sendiri. Langsung tak menyusahkan sesiapa. Style aku, aku memang suka kumpul duit flight dahulu dan duit belanja akan korek ditabung,mihmihmih...tabung sangat,kehkehkeh....
Kebetulan minggu lepas aku telah ke GRAND LAUNCHING OF TOURISTGUIDE.COM.MY . Sejujurnya, first time aku dengar berkenaan Tourist Guide ni. Haaaa, dan korang-korang semua terutama yang kaki travel tu, korang wajib baca entri aku ni sampai habis tau. Sebab aku nak kongsi sesuatu dengan korang ni :)
Tourist Guide |
- Merupakan satu website travel atas talian (online) dan telah wujud sejak tahun 2011 lagi dan telah beroperasi sejak 5 tahun .
- Dengan pelaksanaan idea-idea yang baru ini, maka wujudlah satu website yang mudah untuk dijadikan sebagai penyelamat buat pelancong di Malaysia terutamanya.
- Infinity Vacation Sdn.Bhd. telah dikenali kerana mereka sudah membawa pelancong untuk 6 tahun ini.
- Website Tourist Guide ini telah dilancarkan pada 24 November 2016 secara rasmi di The Westin Hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang,Kuala Lumpur oleh En.Mohd Akbal Setia, Pengarah Tourism Malaysia bagi mewakilkan YAB Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab yang merupakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Tahniah diucapkan pada Tourist Guide atas pelancaran ini. :)
- touristguide.com.my telah beroperasi lamanya dan sudah kukuh bersama syarikat penerbangan, hote-hotel dan pelancongan tempatan.
- Menawarkan pelbagai jenis promosi dari hotel, flight dan pakej-pakej yang lain.
- Merupakan laman web yang memberikan percutian percuma. Korang jangan tak percaya mereka pun ada bagi percutian percuma pada mereka yang berdaftar bergantung pada terma dan syarat.
Pelancaran oleh Mr.Devan Kumar, Mr Mohd Akbal Setia, , Mr Wong hing Tuck dan Akim Ahmad |
Penyerahan cenderamata kepada Mr.Mohd Akbal Setia |
Sesi Q&A bersama Mr.Devan Kumar dan Mr.Mohd Akbal Setia |
Pelancaran website touristguide.com.my telah berlangsung pada 24 November lepas oleh Mr.Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur), Mr.Devan Kumar (Pengurus Syarikat touristguide.com.my), Mr.Wong Hing Tuck (Pengerusi Kuala Lumpur Tour Guide Association),Mr.Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Association -KLTA) dan Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia). Tahniah diucapkan buat touristguide.com.my atas pelancaran ini. Semoga terus maju kehadapan.
Haaaa, sebab tu la aku kata.. sesiapa je boleh melancong, dengan syarat bab kewangan tu kita kena pepandai la. Ikut bajet kita je. Website touristguide.com.my menawarkan banyak promosi dalam satu website. Apapun, sebelum tu korang kenalah daftar dulu di touristguide.com.my untuk mendapatkan pelbagai tawaran yang menarik dan pakej-pakej yang menarik :)
Yeay! Maskot Tourist Guide yang comel! |
Okay, apa sebab kenapa korang perlu terjah Tourist Guide ni?
- Kalau dah melancong tu wajiblah nak kena cari hotelkan? Jadi jomlah tempah hotel di Tourist Guide.
- Melanconglah secara percuma bersama Tourist Guide. Punyalah beli tiket flight. Takde hadiah ke apa ke? Haaaaa, Di Tourist Guide ni kalau korang tempah flight. Korang akan dapat mata atau point di mana bermula dari sinilah korang boleh melancong secara percuma. Menarikkan?
- Diskaun ada tak? Iyeeee, diskaun mestilah ada. Korang boleh dapat diskaun sehingga 75%. Haaaaaaa, sape nak bagi 75% tu kan? Dengan cara macam ni lah kita boleh cut cost untuk melancong.
- Database travellers? Haaaa, apa pulak tu kan.... Tourist Guide jugak akan wujudkan satu database untuk pelancong, dimana sasaran Tourist Guide sehingga 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum Tourist Guide ini mula menapak ke negara-negara lain. Haaaa, sebab tu la korang kena mendaftar bersama Tourist Guide ni. Ada sesuatu yang akan korang dapat nanti :)
- Website Tourist Guide ini juga mampu merapatkan hubungan sesama traveler samada sudah kenal atau belum. Lebih 3000 pelancong akan disambungkan dalam satu rangkaian supaya dorang-dorang ni mendapat mata. Dengan cara ini juga, kita boleh mendapat point secara mudah walaupun kita tidak melancong.
- Daftar secara percuma. Yes, tak perlu nak bayar keahlian. Korang boleh mendaftar secara percuma dan tak perlu nak tarik-tarik orang lain untuk mendaftar.
- Merupakan satu inisiatif bagi pengembara untuk mengurnagkan kos perbelanjaan dan boleh melancong secara percuma.
- Misi Tourist Gudie ini adalah untuk membina rangkaian pelancongan yang terbesar di dunia.
- Hidup korang akan berubah kalau mendaftar di Tourist Guide :)
Haaaaaaa, korang baca dah semua? So lepas ni tak perlu dah risau ke apa kalau takde bajet. Dengan adanya Tourist Guide ini, dah tentu korang dapat tempah hotel yang berpatutan, tawaran pelancongan yang mempunyai diskaun yang besar dan kemudahan yang disediakan oleh Tourist Guide. Kalau tak percaya jom tengok diskaun bawah ni. Masih berjalan ye. Rugi sape tak grab awal-awal. Fuhhhh! #KatupMata.
Promotion Period: Now till 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)
Haaaaa,jangan lupa daftar tau korang. Sumpah aku tengok promo atas ni buat hati aku terus tak senang. Murah wehhhhhhhh! Haaaa, sesiapa yang tengah merancang honeymoon ke, pelancongan ke....sila singgah ke touristguide.com.my tau. NOWWWWWWWW! Sementara promo di sana belum berakhir sila silalah ye :)
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Talian Bebas: 1-800-38-3338
Waktu Pejabat: 9am - 6pm (Isnin-Jumaat)
Email: contact@touristguide.com.my
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
okey, dah daftar...
BalasPadammoh ler kita survey pakej murah untuk travel next year
nak g usha la kejap..hehe
BalasPadamKalau google, search di FB and tripadvisor banyak review yg menakutkan lah pasal company ni. Infact my mum is one of the mangsa scam ni.
BalasPadam