MACAMANA NAK BERJIMAT BILA BELI PRODUK DI THE BODY SHOP?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Haaaaaa, nak jimat tak korang? Okay, meh baca apa aku nak bagitahu ni. Rugi jugak kalau korang tak baca sampai habis. Haritu sempat jugaklah aku shopping di Body Shop dimana kalau ikut-ikutkan harga di website dan di store sebenarnya ada beza tau korang. Tapi, disebabkan aku memang mencari perfume haritu, maka aku pun terbelilah di store The Body Shop, Setia City Mall.. time aku beli tu takde diskaun pun. Tapi takpelah, sebab aku memerlukan sangat perfume tu jadi aku belilah tanpa memikir panjang,haha... lega jugak time tu... Disebabkan aku suka dengan semua bau perfume di The Body Shop tu, maka agak lama jugaklah sebenarnya aku melepak di store The Body Shop Setia City Mall. Pilih punya pilih aku dah jumpa dengan bau perfume yang aku nak. Tapiiiiiii,selang beberapa hari aku beli perfume di store The Body Shop aku dapat tahu di mana The Body Shop dah ada aplikasi sendiri!!!!
LOVE THE BODY SHOP! |
Time tu,
OMG!!!!
OMG!!!!
OMG!!!!
OMG!!!!
BLACK MUSK EAU DE PARFUM 50ML |
Perfume atas ni la aku beli dengan harga RM218 untuk 50ml. Sebab apa aku beli perfume ni? Satu, aku suka bau dia. Dua, sebab perfume ini best seller woiiiii. Tiga, sebab dia Eau De Parfum dan tahan lama. Kenapa aku beli awal sangat di store haritu, hahahhaha...tapi takpelah.... next time aku boleh beli di aplikasi je, mudahhhh! Apa yang aku perasan, harga di website dan aplikasi yang korang download di GOOGLE PLAY tu sebenarnya sangat bestttttt! Sebab? Okay, kadang harga di store dan aplikasi tak sama. Haaaaaa, okay..korang dah boleh download aplikasi The Body Shop sekarangggggggg! Sebab apa korang kena download sekarang?
👏👏👏Sebab setiap apa yang korang beli tu, korang akan dapat offer.
OFFERRRRRRRR???????
Offer apa pulakkan? Okay, setiap apa yang korang beli di aplikasi The Body Shop semasa purchase di store tu korang akan mendapat diskaun sebanyak 20% bagi pembelian RM130 ke atas. See? 20% tu sebenarnya banyak jugak weh. Boleh cut cost perbelanjaan bulanan korang. Apa orang kata, pilih la dengan bijak,haaa gitu.... Tapi betul...Selagi kita boleh berjimat, jimatlah! Offer ini untuk semua pelanggan yang redeem di aplikasi dan anda layak untuk 20% diskaun tu bila anda membeli RM130 ke atas. Promosi ini sah disemua store kecuali di SOGO KL, Johor Premium Outlet dan Sarawak.
Selain pada tu, promosi tidak sah untuk produk yang terbaru dan promosi sah selagi stok masih ada. So, cepatlah-cepatlah mendahulukan diri anda untuk shopping. Tapiiiiiiiiiiiii, macamana korang nak dapatkan diskaun semua ni?
CARA DIA MUDAH SAHAJA!
Korang pergi store The Body Shop yang terpilih (refer ayat atas aku tu) kemudian korang tunjuk aplikasi di mana korang sudah download. HAAAAAA, siap! Dapatlah diskaun nanti,mudah je kan? So, ini link untuk download di Google Play >>>>>>💖 THE BODY SHOP 💖<<<<<<<<
*tertakluk kepada terma dan syarat
Semua promosi ini adalah esklusif dan hanya ada di aplikasi sahaja. Hanya fan & friends who have downloaded the app can enjoy these promotions under "What's On Offer" dan offer itu kadang-kadang istimewa buat pelanggan yang berbeza-beza. So,nasiblah ye,hehe... Mudah je, untuk sign up aplikasi ini, korang perlu masukkan no.kad pengenalan dan email. pastu update balik je profile korang tu di aplikasi masing-masing.
JANGAN LUPA DOWNLOAD APLIKASI THE BODY SHOP DI GOOGLE PLAY SEKARANGGGGGGG!
Haaaaa, jangan lupa tau download sekarang! ✨✨✨✨✨✨✨
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
banyak beza tuh..kena download jgk nih walaupn jarang beli barang kat sini.hehe
BalasPadamdownload awop deh..
Padam