PENGALAMAN GLAMPING DAN 11 TEMPAT YANG WAJIB KORANG TERJAH BILA KE LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyy, weekend datang lagi weiiii. Paling best bila masuk hari minggu dan stay di rumah sahaja. Untuk bulan 12 ni, hampir setiap minggu aku tak lekat di rumah,kiranya ada je kerja nak dibuat. 2 minggu lepas jugak aku ke Lost World of Tambun di Perak dan ini adalah pertama kali aku pergi, hehe.... Sebelum ini aku hanya gambarkan yang Lost World of Tambun ni biasa-biasa je. Yelah, tak pernah pergikan, so aku punya tanggapan macam tulah,kihkihkih. Tapi bila aku kat sana dalam 1 hari setengah (nak jugak setengah tu,haha) macam tu, aku sangat-sangat berpuas hati dan tak tahulah nak cakap macamana seronok dan enjoy dia tu.
Yeahhhhh! Terima kasih abang fufu sudi jadi driver kami haritu. Sebenarnya kami gerak 2 kereta. So, kereta pojie la satu lagi tu haaaa... Kami gerak dari Cheras. Mudah dan sebab nak gerak sekali aku pun park la kereta aku di Cheras. Masa gerak tu memang jem jugaklah sebab hari minggukan. Lepas tu hujan pulak,wuwuwuw.... sepatutnya kami kena samppa Lost World of Tambun dalam kul 3petang macam tu, sekali disebabkan kesesakan lalu lintas kami sampai jam 5 petang jugaklah haritu dan masa tu tengah gerimis lagi. Maklumlah musim hujankan sekarang. Dannnnnn sepanjang bulan 12 tu jugaklah hampir setiap minggu aku kena hujan dan nasib baiklah tak demam teruk. WALAUPUN. hahahaha... Malas nak layan sakit kepala sebab duk fikir banyak kerja aku nak kena setelkan. Jadi aku pun gagahkan diri. Ni pun baru balik dari Singapore. Aku rasa bulan 12 ni paling tak duduk diamlah orang kata, wahwahwah...
Lost World Of Tambun - Hot Springs & Spa |
So, haiiiiiiiiii Lost World of Tambun. Buat pertama kalinya aku menjejakikan kaki di Lost World of Tambun. Untuk perjalanan kali ini, kami tak terus balik tapi kami stay di sana. Stay hotel ke? Eh tak tak. Kami stay di Glamping yang konsep dia sama macam khemah. Haaaaaaa, sabar ye korang sabar. Nanti aku belanja semua gambar yang ada,kihkihkih... Apapun, kalau korang perasan gambar atas ni ada banner Xmasaurus Celebration 2016 . Dimana korang dan anak-anak boleh tengok Dinosaur!!!!
Lost World Of Tambun - buggy |
Lost World Of Tambun - Buggy |
Lost World Of Tambun - Buggy |
Yeayyyyy! dan atas ni adalah buggy!!! Selama 1 hari setengah kami punya transport adalah Buggy. Mudah nak bergerak. Maklumlah, tempat tinggal kami di dalam kawasan Adventure Park di mana kawasan ini adalah antara yang paling hujung di Lost World of Tambun. So, kat mana penginapan kami sebenarnya ni? Haaaaaa, kalau korang pergi bulan 10 tahun 2016 dan kebelakang memang korang akan pelik sebab ada ke penginapan dekat area Adventure Park tu? Mesti korang ingat kami tidur di dalam gua kan? Haaaaaa....
Lost World Of Tambun - Xmasaurus Celebration |
Soooooooooo
Here we go !!!!!
Enjoy la dengan pengalaman aku,kihkihkih
GLAMPING
Glamping? Yessssss! Inilah tarikan terbaru yang ada di Lost World of Tambun kalau korang nak tahu. Lebih kurang sebulan jugak Glamping tu ada di kawasan Adventure Park tu di mana penginapan korang berlagukan cengkerik, berlatar belakangkan gua, view yang Allahukhbar dan berlantaikan rumput. Eh takkkkk! Takde berlantaikan rumput sebab dalam glamping tu ada katil!!!! Fuh! Barulah hipsterrrrr,kehkehkehkeh.. Dah lama sangat aku tak menginap dalam khemah macam ni. Tapi bukanlah berlantaikan tanah ke apa tau, haaaa..penginapan kalini lain dari yang lain. Haaaa, saja kami nak cuba benda baru. Nak tahu best ke tak? Jommmmmmmmm! Tengok gambar,hehe..
Lost World Of Tambun - Tent aku |
Tarraaaaaaaaaaa! inilah penginapan kami. Ya rabbi besar gila khemah dia. Siap muat katil lagi haaaaaaa... First time ni aku nak tidur dalam glamping ni haaa... Selesa yang amat, tiada gangguan apa-apa. Cuma kalau nak tinggalkan glamping ni korang digalakkan untuk lock elok-elok. Simpan barang-barang berharga sebaik mungkin bila korang ke theme park. Bukan apa. Kawasan ini terbuka pada pengunjung luar dan kena berhati-hati juga. Apapun kami tak risau langsung masa kami menginap di sini sebab memang ada staf yang menjaga. Apapun, beringat jelakan,hehe..
Yang kami stay ni ada 1 king bed dan 2 single bed. So, glamping ini sangat-sangatlah besar dan selesa. Yang peliknya, takde pulak nyamuk pada malam hari. Tidur pun seronok habis! Sungguh, aku dah lama tak merasai tidur dalam khemah dan hirup udara segar. Syukur alhamdulillah, haritu..kosongkan jadual semata-mata nak ke glamping di Lost World of Tambun. Pun, disebabkan aku ni tak pernah datang ke Lost World of Tambun jadi aku pun follow sekali. Serius tak menyesal langsung pergi sana.
Bersama penaberkala berlatarkan tent dan bukit |
Belakang kami itulah glamping kalau korang nak tahu dan belakang glamping adalah bukit juga depan glamping pun bukit serta ada view tasik. Fuh! best gila!
Lost World Of Tambun - Tent dan sahabat |
Okay, ni glamping team muslimah. Heiiiiii, sape kata kami bersekedudukan tu? Amboiiiiiiii, tak sayang mulut ke uols?hahahaha... Kak aini tidur dengan dikbee di katil saiz king dan aku tidur di katil single. Eh, not bad jugak katil single dia tu, anak-anak muat... mak anak pun muat, no worries tau... nak tidur bawah pun boleh lagi haaaaaa... Khemah ni kalau takde katil segala muat jugaklah dalam 16 orang. Haaaaa, besar tak?
Lost World Of Tambun - Glamping |
Kalau korang perasan, belakang aku tu ada 'Needle of Tambun' dan sekarang dikenali dengan nama Pencil Rock. 'Needle of Tambun' tu kalau korang nak tahu, Lost World of Tambun jadikan ia sebagai salah satu aktiviti iaitu untuk rock climbing yang berketinggian setinggi 40 meter. Usia 'Needle of Tambun' ni dah berjuta-juta usia dan Pencil Rock itu masih kukuh kerana 'base'nya sangat besar dan ini menyebabkan 'Needle of Tambun' masih tersergam indah. Kalau korang nak tahu, Lost World of Tambun ini bukan hanya tempat hiburan semata-mata tau. Tapi banyak sejarah yang kita boleh tahu. Lost World of Tambun ini juga dahulunya adalah tempat perlombongan bijih timah yang menjadi perhatian orang China pada zaman dahulu. Namun, sejarah yang dimilikinya masih ada di Lost World of Tambun. Sebab tu aku meluangkan masa ke sana. Sekali sekala tengok sejarah dulukan. Dannnnnn,kalau korang perasan...depan glamping aku tu ada sebuah tempayan, alahaaiiiiiii...menggamit kenangan sungguh,hehe....
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Malam tu kami dijamu dengan makanan seafood. Fuh! terbaikkkkkkkkk.... Makanan pun sedap-sedap, cuma malam tu gerimis so kami kena makan lelaju sebab malam tu kami nak ke Hot Springs! hehe... Hot Springs tu kalau mandi malam barulah best. So, kami makan banyak-banyak dulu sebab lepas mandi mesti lapar,wakakakaaka... Terbaiklah staf Lost World of Tambun manage dinner malam tu! :D
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Dinner di Adventure Park |
Antara makanan yang dihidang masa dinner. Semua sedap weiiiiiiiiiii! Udang dalam mangkuk tu paling sedap pernah aku makan! Dah la isi dia besar, puas yang amat :D
Lost World Of Tambun - Suasana jam 2 pagi |
Lost World Of Tambun - Suasana jam 2 pagi |
Lost World Of Tambun - Suasana dalam tent,sorry sepah..haha |
Lost World Of Tambun - Suasana jam 2 pagi |
Lost World Of Tambun - Suasana jam 2 pagi |
Suasana masa malam hari. Sesungguhnya sangatlah tenang dan nyaman je. Mana taknya, depan belakang glamping kami ada bukit,hehe...
Lost World Of Tambun - Suasana jam 7 pagi |
Lost World Of Tambun - Suasana jam 7 pagi |
Lost World Of Tambun - Suasana jam 7 pagi |
Lost World Of Tambun - Toilet |
Buat masa sekarang toilet agak jauh jugak dari glamping di mana toilet yang ada masa kami pakai haritu ada di hadapan Dulang Tea House. Nasiblah malam tu perut aku okay je. Tak meragam apa, tapi pagi tu masa pukul 6 pagi macam tu aku bangun sebab sakit perut dan berjalanlah aku keseorangan ke toilet depan Dulang Tea House tu. Mula tu takut jugak,haha... tapi takde apapun la haaaaa....Jalan jela haaaa...Apa yang aku suka dengan toilet ni adalah bau dia....wangiiiiiiiiiii yang amat dan tandas dia bersih! Semoga Lost World Of Tambun dapat kekalkan kebersihan di sini
Harga macamana pulak? Okay, Kalau korang nak santai-santai hirup udara segar malam dan pagi aku galakkan korang stay di glamping ni sebab harga dia sangatlah berbaloi dan tak mahal pun sebenarnya. Sebab dia include dengan theme park sekali.
Kesimpulan dia, ini adalah pengalaman pertama aku ber-glamping di Lost World Of Tambun, Perak. Memang best! Puas hati dengan harga dia. Nyamuk pun takde! Seronok gilaaaaaaaa tido di glamping dan aku rasa macam nak repeat lagi pasni! Jom korangggggggggggg 😀😀😀😀😀😀😀
Antara pakej yang ada adalah seperti:-
RM488 - 4 PAX ( 2 ADULTS + 2 CHILD )
1 king bed
2 single beds
Buffet breakfast at Garden Terrace for 4
Theme Park entrance 2 adult + 2 child for 2 days (worth RM452)
Power Socket
Towels
Toiletries
Fan
RM388 - 2 PAX ( 2 ADULTS )
1 king bed
Buffet breakfast at Garden Terrace for 2
Theme Park Entrance 2 adult ( wotrh RM240 )
Power socket
Towels
Toiletries
Fan
ADD-ON FOR 3RD PERSON ADULT / CHILD
Single bed
Towel
Toiletries
Theme Park Entrance for 2 days
1. HOT SPIRNGS AND SPA
Yeayyyyyy! Di sinilah terdapatnya kolam air panas yang dikenali sebagai Hot Springs. Juga terdapat Spa. Harga pun sangat berbaloi. Bukan tu sahaja, kat sini korang boleh bersauna di dalam gua. Kelebihan kalau korang bersauna dalam gua ni korang dapat melegakan stress dan banyak lagi. Malam tu aku try Foot Spa di Hot Springs dan siap mandi manda lagi di Hot Springs. Setiap kolam yang ada di Hot Springs ni ada suhu dia masing-masing. Jadi pilihlah ikut keselesaan korang. Bukan tu je, setiap kolam pun ada kelebihan dia tersendiri.
Di Spa, korang boleh tengok sendiri batu kristal. Batu kristal ini terjadi akibat aliran air secara berterusan yang dipanggil Stalaktit dan stalagmit. Air semulajadi tu membentuk batu kristal dalam bentuk kon. Hebatkan?
Kalau korang nak tahu lagi apa yang ada di Hot Springs and Spa ni korang boleh tengok di sini : baca lebih
Lost World Of Tambun - Spa |
Lost World Of Tambun - Foot Spa |
Lost World Of Tambun - Saphira's Lair |
Lost World Of Tambun - Emerald Lagoon |
Lost World Of Tambun - Steam Cave |
Lost World Of Tambun - Spa |
Nak masuk Hot Springs ni kena bayar RM35 tapi sekarang tengah ada diskaun jadi harga dia RM29.72 dan Hot Springs & Spa ini hanya boleh masuk pada waktu malam sahaja bermula 6pm hingga 11pm. Haaaaaa, so dah penat-penat enjoy siang hari, jomlah rehat diri di sini,hehe... Untuk perubahan harga korang boleh cek di sini >>>> baca lebih
2. PETTING ZOO
Kat sini pelbagai spesis iaitu sebanyak 55 spesis yang korang boleh jumpa dan belajar tentang mereka. Antara yang ada adalah Tarantula, Ruby & Friends, Zirafah, Kuda Belang, Burung Unta, Rabbit wonderland, Jenis-jenis burung, ular dan banyak lagi. Sampai aku pun terhibur tengok haiwan-haiwan yang ada kat sana, hehe... Apatah lagi budak-budak yang datang tengok haiwan-haiwan, mesti seronok..
Lost World of Tambun - Hamster |
Lost World of Tambun - Burung Kakak Tua |
Lost World of Tambun - Haiwan ini hanya berjaga pada waktu tengah malam sahaja |
Lost World of Tambun - Kura-kura |
3. WATER PARK
Tempat wajib pergi woiiiiiiiiiiii....rugi kalau datang Lost World Of Tambun tapi tak masuk water park,hahahaaha....Tips yang aku dapat share di sini, korang tak perlulah sewa pelampung sepanjang korang berada di theme park tu. Pelampung yang korang sewa tu hanya di pakai di Jungle Wave Pool dan Adventure River sahaja. Lain-lain tempat memang dah disediakan pelampung. Kalau tak berapa clear lagi, korang boleh jalan-jalan dulu tempat mana yang wajib korang pergi dulu. Kalau boleh main air waktu petang pun okay. Sebelum tu pergilah main di amusement park ke, tengok haiwan ke..yang penting buat perancangan sebaik mungkin. Paling best di Adventure River. Aku tak pakai pelampung pun,hahaha... berjalan jela.. cuma masa tu jam 4 petang dan ombak dah start pasang.. mula tu aku kata, tang mana adventurenya ni weh? Sekali sampai satu part tu semua pakat takut nak melintas sebab ombak dah start pasang,wahwahwah...Aku yang tak berpelampung ni tercenggang jugak macamana nak lari dari ombak tu,bagi yang pakai pelampung best la,hehe... Sepanjang aku di Adventure River tu.. macam-macam aku boleh tengok.. petting zoo, gelongsor-gelongsor pastu banyaklah boleh tengok.
Tu Adventure River. Paling gempak, Cliff Racer...tengok je slide dia macam tu je. Sekali nak terbenam jantung kita wakkkkk,haha... dia punya slide tu perghhhhh! Korang wajib try yang ni tau...haha...Cliff Racer ni tak perlu pakai pelampung tau.
Adventure River dah.
Cliff Racer dah.
So, sekarang Tube Raiders pulak. gelongsor no.2 biasa je. Masuk no.1 ! Nahhhhhhh,rasain loooo! Hahahahahha... yang ni 2 kali aku naik dan game ni tak perlu guna pelampung sewa jugak tau. Mula tu aku naik dengan kak Aini di gelongsor no.2..pastu ada la orang mana tah,dia dari negara Indonesia..Di Jawa... takde teman mau naik, tapi dia panggil aku untuk naik sekali lagi. Mula tu aku taknak. Tapi fikir balik, kesian dia. Jadi aku pun temanlah dia naik. Oleh sebab aku dengar suggestion dari member aku. So, aku naiklah gelongsor no.1 dari kanan. Wahwahwahwahwah.... Taknak bagi tahu, tapi yang gelongsor no.1 ni awesome gila! Korang wajib cuba ye,haha 😝😝😝😝😝😝
Puas hati wehhhhhh! Tapi nak selamat, korang kenalah pakai swimming suit sesiap. Sebab ada certain tempat korang kena pakai swimming suit untuk faktor keselamatan :D
Ingat tau, hanya 2 tempat sahaja yang menggunakan rental tube iaitu di Adventure River dan Jungle Wave Pool.
Nak tengok lebih dekat apa itu Adventure River, Cliff Racer dan lain-lain korang boleh baca sini >>> baca lebih
Lost World Of Tambun - Kids Explorabay |
Lost World Of Tambun - Cliff Racer |
4. DULANG TEA HOUSE
The best part is here !!!!!!!!! Dulang Tea House the best in the world weiiiiiiiii! Mula-mula tu aku sampai, kedai makan apa la ni...sedap ke idokkkkkkk....sekali dah try ! perghhhhhh...dengan roti lututnya lah...dengan telur masak separuhnya la...dengan kopi tambun nya la, roti bakar dialah.... Rasa taknak balik! Menu dia semua sedap weii..menu orang dulu-dulu....Pastu dengan perabot kat sana pun oldschool yang amat... 5 bintang aku bagi ! Memang terbaik dari ladang makanan dia wei.. Sampai ke harini aku tak boleh lupa kopi dia tu haaaa... Aku order Set A dan dapat Kopi, Telur masak separuh dan Roti bakar...Walaupun simple tapi menu ni takkan aku lupa ever n ever..gituh!
Sebelum aku lupa, gua yang korang nampak ni adalah gua betul okay. Gua Batu Kapur nama dia yang masih kekal sampai sekarang.
Lost World Of Tambun - Dulang Tea House |
Lost World Of Tambun - Dulang Tea House |
Lost World Of Tambun - Dulang Tea House |
Lost World Of Tambun - Dulang Tea House |
5. ADVENTURE PARK
Adventure Park ini adalah lokasi paling hujung sekali kalau dalam peta Lost World Of Tambun dan lokasi ni jugaklah penginapan aku. Walaupun paling hujung, lokasi dia sangatlah seronok dan tenang je. Di sini banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan seperti Terowong Batu 6, High Rope, Flying Fox, Abseiling, Wild Woosey, Super Adventure Race, Berkayak, Triple X Challenge, Zorb Ball dan banyak lagilah. Di sini juga korang boleh tengok sendiri kewujudan Gua Datok dan Gua Anak Datok. Masih ada peninggalan sejarah di dalam gua tersebut dan memiliki 630 anak tangga untuk sampai ke puncak bukit itu.
Kenapa Terowong Batu 6?
Kerana terowong ini dilokasi Kampung Batu 6, Tambun.
Seronoknya kalau dapat masuk Gua Datok tu. InshaAllah next time.
Lost World Of Tambun - Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Pintu masuk Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Adventure Park |
Lost World Of Tambun - Naik Boat |
Otw ke Gua Datok yang tak jauh dari penginapan kami pun.
Lost World Of Tambun - Di Tasik Boga, Adventure Park |
Nampak tak 'Needle Of Tambun' tu? Walaupun usia dah berjuta tahun, namun masih tersergam indah kerana ahli geologi pernah membuat kajian bahawa tapak 'Needle of Tambun' itu besar. Depan tu jugak ada tent kami menginap..nampak tak?
Lost World Of Tambun - Kayak, Adventure Park |
Dari tasik ini perlu naik bot untuk ke Gua Datok dan boleh tengok bunga teratai. Kalau korang perasan sebelah kiri gambar aku ni ada residen dan harga dia hampir setengah juta dan sangatlah cantik weh.
Lost World Of Tambun - Tasik Boga, Adventure Park |
Katanya tasik ini ada mesteri Tasik Boga. Pernah ada naga? haaaaaaaa, macamana tu?
6. TIN VALLEY
Satu-satunya lokasi di Lost World Of Tambun mendapat perhatian kerana peninggalan sejarahnya. Di sini korang boleh mendulang timah dan yuppppp,ianya masih ada... Bila diingat balik.. perlombongan bijih timah di Semenanjung Malaysia telah diamalkan selama beratus-ratus tahun oleh orang Asli dan orang Melayu. Masa era perlombongan bijih timah di pertengahan abad ke-19, Lembah Kinta adalah satu kawasan yang paling bergiat aktif dalam perlombongan bijih timah termasuk Tambun yang mempunyai sejarah perlombongan bijih timah yang kaya. So, nak tengok dan merasai sendiri mendulang timah? Haaaaa, wajib datang ke Tin Valley.
Lost World Of Tambun - Tin Valley |
Lost World Of Tambun - Tin Valley |
Kalau korang perasan belakang aku tu ada replika gajah dan pada waktu dahulu, gajah sangat memainkan peranan penting semasa perlombongan bijih timah. Bawak anak-anak anda bergambar di replika gajah tu dan aku pun dah!haha...
7. GUA DATOK
Haaaaaa, inilah Gua Datok yang aku cakap atas tadi. Belakang aku tu adalah tangga untuk sampai ke Puncak Gua Datok. Sape dah pernah daki? sebanyak 630 anak tangga korang perlu daki ke puncak Gua Datok.
Lost World Of Tambun - Gua Datok |
8. HAUNTED CHAMBERS
Rumah hantuuuuuuuuu! Selama 6 minit ni korang punya nafas takkan berjalan dengan lancar. Sebab rumah hantu dia sangatlah scary,hahahaa... Tak sempat nak tarik nafas lagi hantu muncul dah. Pastu ruang dia sempit dan korang jangan mimpi nak berlari-lari kepit dengan kawan korang tu,haha... Tiket masuk dalam rumah hantu ini adalah RM10 per entry. Fuh! Korang wajib cuba tau :D
Lost World Of Tambun - Haunted Chambers |
Lost World Of Tambun - Haunted Chambers |
9. AMUSEMENT PARK
Yeayyyyyyy, aku rasa tempat ni lah ramai yang suka masukkan? Lepas kena dek Storm Rider terus aku bad mood,wahwahwahwah.. Kalau korang tak tahu Storm Rider tu macamana, haaa dia yang perahu tu.. Tengok dari bawah dia punya gerak biasa je, sekali duduk atas tu terus menggeletar habis seluruh badan, bencinya la...dah la time tu baru lepas breakfast.... Apapun,aku bad mood untuk 30 minit tau. Loya pening kepala semua ada.
Lepas okay sikit aku cabar naik Lupe's Adventure. Banyak kali jugak aku tanya member aku, seram tak Lupe's Adventure ni. Seram tak ? Seram tak? Haaaa, dah dorang kata tak seram, apalagi..naik jela aku.. Cuma bila dah start jalan tu aku rasa nak tongkat tangan aku kat tanah tu haaaaaaa... apa punya gayat la mainan ni,hahahaha... tapi best!!!!!!!! Lupe's Adventure ini adalah roller coaster yang pertama ada di Perak tau. So, korang yang datang Lost World Of Tambun ini wajib cuba game ni haaaaaa....Pastu sambung bad mood,hahahahahhahahhaaha
Pastu aku tengok kawan-kawan aku main Dragon Flight. Alaaaa, buaian yang pusing-pusing tu. Haaaaa, parah..memang tak la aku naik mainan tu,hahaha... sah-sah turun mesti pening. Part Amusement Park ni aku kurang sikit la main. Sebab aku takut main benda-benda ni sebab takut bad mood sehari,hahahaha...apapun, aku enjoy weiiiiiii...
Lupe's Adventure |
10. CATOPIA
Penggemar kucing, korang wajib masuk sini tau ! Tak payah bayar pun tapi ada limit time untuk setiap group yang masuk dalam ni. Ambiklah gambar dan video sepuasnya dalam ni,hehe....
Lost World Of Tambun - Catopia |
Lost World Of Tambun - Catopia |
11. IPOH STREET
Lastttttttt sekali bila korang ada di Lost World of Tambun ni, silalah try makanan di Ipoh Street ni tau. Bangunan kat Ipoh Street ni pun cecantik.
Lost World Of Tambun - Ipoh Street |
Glamping dan 11 tempat yang wajib korang terjah bila ke Lost World of Tambun ni memang best dan enjoy, banyak lagi tempat yang korang kena terjah. 11 tempat ini adalah random bagi aku yang kali pertama ke sini. Sape pernah pergi Lost World of Tambun ? Best tak? Berapa bintang nak bagi? Masa aku pergi haritu dapat jugaklah tengok show Flaming Percussions. Gila gempak weiiiiiii, kebal betul orang yang main tu, teruja dan kagum dengan bakat yang dorang tu. Akhir kata aku, aku nak pergi lagi Lost World of Tambun ni ! Nak bawak family pulak la pasni.
Terima kasih pada korang yang sudi baca sampai habis. Jangan lupa pergi tau nanti. Try la glamping dorang yang awesome tu. Confirm tak menyesal :D
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
review lost of tambun yg paling best penah bace.hehe..detail and buat rasa nak pegi sangat2 ni.. okay nak letak dalam wishlist..dah berapa kali naik ipoh tapi tak penah singgah situ pun
BalasPadamtq dear.... pengalaman yang sangat seronok. first time sebenarnya datang ke sini,hehe
PadamBestnya Onie!! Hmmm...agak pricey la jugak tapi rasanya sepadan dengan pengalaman yg dapat kat sana...Hopefully boleh cuba jugak nnt :)
BalasPadamya best sally :D
Padam