PENGALAMAN PERTAMA SHOOTING RANCANGAN TV BERSAMA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyyyy! Sebenarnya dah lama sangat aku nak kongsi kisah ni.. tapi masa tak sesuai lagi dan sekarang taraaaaaaaaaa! Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah masuk mana-mana program di televisyen tapi masa tahun 2014 aku pernah begandingan dengan Aizat dalam satu iklan promo DIGI, jurucakap bagi produk Per'l Cafe dan kali ini aku bekerjasama bersama orang yang paling havoc dan of course,Radio Televisyen Malaysia (RTM). Jauh di sudut hati aku untuk berada dalam situasi macam ni dimana apabila diri ini diberi peluang menjadi blogger jemputan bagi program WALLA di TV1. Pada mulanya, aku nak jugak tolak tawaran ni (kantoi,haha) Tapi bila family dan sahabat-sahabat bagi kata-kata semangat maka aku teruskan untuk terima tawaran ini.


PROGRAM WALLA-MENU KITA

TV1
MUSIM 2 - EPISOD 6
12.30PM 
11 DISEMBER 2016

Kalau korang nak tahu, program WALLA ini sudah pun masuk ke musim ke-2 dimana turn aku untuk menjadi salah seorang blogger jemputan.  Program ini, membawa korang semua ke restoran-restoran yang best dan memperkenalkan makanan yang sedap! Jadi, beberapa bulan yang lepas aku telah pun membuat rakaman bersama krew walla daripada RTM dan Abang Brian!!!! Korang kenal Brian? Pernah dengar Suria FM? Yesssss! Abang Brian adalah seorang penyampai radio di SURIA FM. Haaaaaaaaaaa, mana tak cuak aku bila diberi peluang macam ni. Berganding bersama penyampai radio yang sangat disegani. Actually, aku suka dengar Abang Brian bercakap bahasa melayu. Sangatlah fluent!


Bertemakan tajuk SUP, aku diberi tugasan bersama Abang Brian di salah satu Restoran Zam Zam Cafe di Damansara. Restoran ni sebenarnya betul-betul tepi highway dan besar jugaklah tempat makan dia. Sampai sekarang aku tak tahu nak ucap terima kasih macamana kepada RTM kerana sudi memberi peluang kepada aku. Sungguhpun agak kekok dan tidak berapa sihat ketika waktu rakaman, aku hadirkan diri untuk selesaikan tugasan ini. Pengalaman? Haaaaaaaa....Jom kita tengok gambar dulu,hehe...


MEK ONIE DAN ABANG BRIAN








Yessssss, dia lah Abang Brian juga penyampai radio di SURIA FM. Masa rakaman ni, aku datang sensorang je, takde orang teman pun. Jadi, pepandailah bawa diri masa hari rakaman tu, haha..... Pakaian pun biasa, mekap? Emmmmm,sekadar mengikut kesesuaian program. Program makan-makan, jadi no mekap yang terover tu..Nak makan kot weh. Tugasan paling aku ingat sampai bila-bila adalah sambil makan sambil krew WALLA rakam. Sesungguhnya, ini adalah kerja pertama aku pernah buat dan kalau nak tengok senonoh ke tak senonoh aku masa hari rakaman tu. Silalah tengok,haha..Ahad ni je wehhhhhhhhh! 

BEHIND THE SCENE

Disebalik tabir, nampak kegigihan krew-krew WALLA untuk menjayakan program ini. Terbaiklah buat korang! 




😆Okay nah! Curi masa sikit untuk upload diri sendiri. Tung tang tung tang ngadap PC kat office, sekali nah! Pihak RTM (MENU KITA - WALLA ) whatsapp kita video ni haaaaa... sebenarnya segan nak tunjuk diri sendiri, tapi demi kekuatan fizikal dan mental. Nah! . 😆Aku ada pesanan sedikit untuk peminat-peminat Mek Onie yang setia bersamaku (HAHA). PLEASE! Jangan lupa saksikan gandingan Mek Onie dan @abangbrian iaitu penyampai radio Suria FM yang hebat! Terima kasih sy ucapkan pada RTM kerana sudi menjemput Mek Onie ke rancangan Walla Musim Ke-2 ini. . 😆Pengalaman semasa shooting? Yeah! Of course banyak kenangan yg tak terkata,hehe. Kebetulan hari shooting aku tak berapa sihat dan demi komitmen aku hadirkan diri untuk shooting bersama team-team Walla. Turut hadir hari kejadian adalah Penerbit rancangan tersebut dan lebih lanjut aku akan cerita di blog www.mekonie.com . Terima kasih buat krew-krew Walla yang terus beri sokongan padu pada Mek Onie. Lebih kurang harap dimaafkan 😊😊😊😊 . 😆Jangan lupa saksikan Rancangan Walla di TV1 pada jam 12.30pm hari Ahad ini (4.12.2016) . #RTM #Walla #RadioTelevisyenMalaysia #TV1 #Blogger #Media #ProjekTravel
A video posted by Kelantanese - Mek Onie (@mekonie) on 



JEMPUTAN SEBAGAI BLOGGER 

Pertama kali aku mendapat tawaran untuk rancangan TV dan ini adalah satu peluang yang aku akan ingat sampai bila-bila. Walaupun ini adalah pengalaman yang pertama, aku tetap cuba mengasah bakat untuk bercakap di hadapan kamera dan krew-krew yang hebat! Serius, pada mulanya aku segan nak beraksi. Tapi bila fikir ini adalah peluang pertama engkau, jadi aku buat yang terbaik. 



Terima kasih banyak RTM. Seronok dapat bekerjasama dengan dorang dan paling penting aku kenalah awal dari dorang. Taknak jadi blogger diva ke apa. Punctual tu wajib. Sebab ini adalah peluang pertama aku bersama RTM! 


KAK ONAH SALAH SEORANG KREW WALLA

Bersama salah seorang krew WALLA, haiiiiiii kak onah ku sayang! Terima kasih banyak sebab banyak bantu onie masa hari rakaman tu. 


MEK ONIE DAN ABG BRIAN

Abang brian lagi! Haiiii abang brian, terima kasih kerana sudi bekerjasama bersama mek onie. Maaf kalau ada terkurang dari lubuk hati yang kecil ini. Semoga abang brian ingat kita selalu,hahaha.... Sape tengok Masterchef mesti cam abang brian kita sorang ni,hehehehe..

INSTAGRAM - ABANG BRIAN



Behind The Scene

Behind the scene lagi wehhhhh.... Nasib la masa rakaman tu tak ramai orang makan. Kalau tak, jadi subjek utama je haritu,hahaha.. Bersama abang brian dan penerbit WALLA pun beraksi weh. Korang ingat blogger je mampu buat macam ni? Dorang pun letopppppp okay :)


Behind The Scene

Okayyyyyyyyy! Mek Onie in action ! Take 1 Take 2 Take 3 ! Cuttttttttttttttttttttt... Heiiiii, penat okay bila diri sendiri yang kau kena ulang balik semula from TOP! Hahahahahaha... Aku ni satulah, part nak mengingat ni memang kena take time sikit. Tapi nasib baiklah ada abang brian yang pandai kawal situasi masa aku tengah kaku! hahahahhahaha... Serius aku cakap, abang brian memang terbaik dalam mengacarakan program ini. Itu baru mengacara, part makan dia tu lagilah...in character betul weh. Konsep dia, konsep redah. Lantak la kamera depan tu. Janji konsep cover ayu tak ada! HAHA


Behind The Scene

Krew-krew WALLA pun ada weh. Dorang la yang banyak bantu masa rakaman tu. Juga tak penat bila aku kena MEK ONIEEEEE! CUTTTTTT. FROMMMMMM TOPPPPPPPP! Hahaha, part ni la paling aku rasa give up tetiba. First time wehhhhhh first time,haha.... Barulah aku tahu, rakaman macam ni sebenarnya bukanlah mudah tau. Bagi aku yang first time ni laaaa, yang dah ada pengalaman mesti pro dah kan,hehe...


Lokasi rakaman aku adalah di ZAM ZAM CAFE dimana cafe ini menyediakan pelbagai menu. Yang bestnya, Zam Zam Cafe ni ada drive thru oiiiiiiiiii. Memang sempoi la haaaaaa. Sape tinggal di Bandar Utama,Damansara dan pernah ke Zam Zam Cafe? Apa komen korang dan menu apa korang paling suka? Haaaaaaaa, kalau yang suka SUP TULANG MERAH dan MURTABAK korang wajibbbbbbbbbbbblah datang ke Zam Zam Cafe. Sebab murtabak dia sedap gila weiiiiiiiiiiiiiii.... Bukan murtabak je, kacang pool pun ada wehhhhh! Sedap tak terkata. 

Antara menu yang aku makan masa rakaman. 

Sup Tulang Merah

Murtabak








Zam Zam Cafe, Bandar Utama

Jadi inilah lokasi aku pada hari rakaman tu. Besarrrrrrrrrrr dan betul-betul di tepi highway. Sape pernah pergi? Artis banyak buat perjumpaan fans dorang di sini. Pastu siap ada busking lagi pada malam hari. Dah tentulah meriahhhhhhhh!


Zam Zam Cafe
Lot 51555, Lebuh Bandar Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor

FACEBOOK : ZAM ZAM CAFE




Dannnnnnnnnn! Sebenarnya aku segan jugak nak share kisah ni, hahahahahha.....tapi disebabkan aku yakin dengan diri aku, aku share jugak. Pengalaman aku bersama krew-krew walla dan semasa rakaman?

  1. Wajib datang awal supaya aku tak nervous dan tak selesa. Nasib baik aku sampai awal sebelum krew-krew sampai dulu. 
  2. Baca bismillah dulu sebelum mulakan tugasan.
  3. Susah nak hafal skrip? Sebenarnya, skrip ada... cuma boleh dan terpulang pada kita macamana nak susun ayat tu.
  4. Part hafal menu dan resepi sesuatu menu tu susah tak? Of course susah gila weh, hahaahaahaha... dalam masa beberapa minit kau kena hafal dan kau kena persembahkan untuk tontonan umum.
  5. Selesa ke tak bila digandingkan dengan Abang Brian? Heiiiiiiii, berani cakap tak? Mestilah selesa. Banyak belajar pun dari abang brian. Tengok macamana dia sesuaikan diri dengan keadaan dan sangat petah bercakap! Tak kekok langsung aku tengok
  6. Dari segi penyampaian aku? Aku tak pasti berapa peratus kebolehan aku dan korang tengoklah sendiri ahad ni eh iaitu bersamaan 4 disember 2016 di TV1 jam 12.30pm. 

Fuh! Nervous wei nak tengok muka sendiri dalam kaca tv. Entah kekwat ke tidak depan kamera tu haaaaaaaaa. Jujur aku cakap, tak ramai blogger yang pandai bercakap depan kamera termasuk aku la tu dan pada tugasan kali ini aku cabar diri sendiri! Jangan lupa tau korangggggggg, ahad ni ! Set jammmmmmmmmmmm semua :D


Sekali lagi, terima kasih buat Radio Televisyen Malaysia kerana memperkenalkan program ini, menjemput dan banyak membantu pada hari rakaman. Maaf jika masa kita bekerjasama ada kekurangan dari saya. Sesungguhnya, yang kurang itu datang dari diri saya dan lebih itu dari Allah SWT. InshaAllah, semoga krew-krew WALLA terus maju dan thank you RTM. Thank you so much :)
* aishhh, macam ucapan menang award pulak,haha 😂😂😂😂😂😂😂😂😂




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

7 ulasan:

  1. Tahniah mek! Sore2 jah masa rakaman? kalu saya sore2 gak ketar lutut lalu..haha

    BalasPadam
  2. well done! Good to know this and following your social media

    BalasPadam
  3. Selalu gak lalu nampak zam zam cafe tu..tp x pernah singgah...next bleh la pi...wahhh...retissss...nak signnnn

    BalasPadam
  4. Waa bestnya dpt msuk tv. Hihi.. Salute to u mekonie. U did a goodjob. Terbaik.. Inspire me to do mybest in everthing.

    BalasPadam
  5. Gila la... lagi retis sekarang onie nie... bertuah dapat kenal onie hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..