AZAM TAHUN LEPAS TERCAPAI, JOM REALISASIKAN AZAM TAHUN BARU DENGAN HANDSOCK SYAHIRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, dah masuk tahun 2017. Semoga tahun ini menjadi tahun yang baik dari tahun-tahun yang lepas. Sebut hal azam baru ni, sebenarnya aku takdelah azam pun cuma aku nak kekalkan apa yang aku dah buat pada tahun 2016 dan tingkatkan pada tahun ini. Pada mula tu, aku sangat-sangat susah untuk kekalkan. Tapi bila tetapkan pendirian aku terus cekalkan hati. Biarlah orang pelik. Biarlah orang nak kata apa. Yang penting kita ada niat untuk berubah.


Apa yang aku kekalkan tu?
Berstokin.


Love Syahira Handsock Exclusive


Walaupun berstokin ni bagi aku sangat janggal dan sangat menyusahkan. Tapi aku belajar. Mula tu aku ada jugaklah tinggalkan stokin tu, bila ada satu hari tu aku tak berstokin aku jadi macam tak selesa. Betul rupanya, ramai muslimah yang menutup aurat dia belajar berubah sikit-sikit. Kadang-kadang untuk berubah 100% memang mustahil. Jadi, aku pun banyak follow kisah orang yang selalu pergi usrah. Aku follow instagram dorang. Aku baca macamana dorang berhijrah. Aku baca macamana nak menangani mulut-mulut orang. Aku baca semua tu.


Perubahan untuk aku berstokin pada mulanya, keluarga aku tak perasan. Tapi bila lama-lama, aku belajar untuk berstokin. Keluarga aku macam dah boleh terima dengan perubahan aku perlahan-lahan. Ada suatu hari tu, aku tak berstokin.. lepas tu, mak aku tanya... Kaklong mana stokin? Seriously, kadang aku terlupa. 

Stokin aku beli brand Soka dan favourite always okay,hehe

Maaf, kalau korang rasa cerita aku ni hanyalah satu rekaan korang boleh skip entri ini atau close terus blog aku. Alhamdulillah jugak. Genap setahun aku belajar untuk berstokin dan untuk tahun ini aku cuba untuk memakai handsock pulak. Ye, aku ambil masa setahun jugak untuk belajar berstokin. Tak mudah rupanya. Tapi, berstokin tu sebenarnya. Allah sedang uji kita macamana nak menjadi hamba Allah yang terbaik walaupun perangai kau masih menggila,haha... Itu aku tak boleh tipu.. :P


Takpe, dalam hati. Kita niat. Kita doa yang baik-baik semoga ada perubahan yang berterusan. Jujur la aku cakap, sebenarnya.. aku segan nak berstokin semua tu. Lelagi kalau bercuti dengan kawan-kawan. Pergi mandi-manda. Mandi-manda pulak pakai stokin, hahahahaha... Aku rasa janggal sangat. Tapi aku selalu sedapkan hati aku. Takpe. Perubahan inilah orang akan ingat siapa kita dahulu dan siapa kita sekarang. Berhijrah dalam diam sebenarnya susah. Susah aku cakap.


Untuk tahun ini, aku memang dah pasang niat siap-siap untuk belajar pakai handsock pulak dan kebetulan aku dah jumpa handsock yang selesa dan cantik. Aku respek pada siapa yang belajar untuk berubah dalam menjaga auratnya. Macam aku cakap di tajuk atas ni. Azam tahun lepas dah pun tercapai. Untuk tahun ini aku nak realisasikan azam dengan Handsock dari brand Syahira. Kebetulan 2 bulan sebelum nak masuk tahun 2017 aku jumpa handsock brand ni. Yang aku suka tentang handsock dari Syahira ini adalah material dia dan design dia. Cantik sangat.


Aisya Pearl dari Syahira Handsock Exclusive

Aisya Pearl dari Syahira Handsock Exclusive

Aisya Pearl dari Syahira Handsock Exclusive


Paling aku suka adalah Aisya Pearl. Jujur aku kata, ini adalah first time aku jumpa handsock yang ada zip dan siap ada pearl lagi. Nampak ekslusif kan. Korang tengok harga mesti mahalkan? Takpun, harga memang murah dan berbaloi. Korang pun boleh pakai dan beli. Material dia pulak seronok. Bukan macam handsock yang nipis macam aku pernah pakai tu. Kira material jenis macam ni susah nak memberi dan koyak. Melainkan kalau korang pakai ganas,hehe....Aisya Pearl ni ada banyak warna dan ada banyak saiz. Ada 6 warna yang boleh korang pilih dan ada 3 saiz iaitu S,ML dan XL. Setengah handsock mana ada saiz la apa kan. Tapi handsock Syahira ni ada saiz, nak pulak tu...ada 6 pilihan warna,hehe...Rasa nak beli semua warna je..sebab lawaaaaa.....



Iysya Exclusive dari Syahira Handsock Exclusive

Iysya Exclusive ni pun best. Jenis ni takde zip.. tapi dia ada 3 butang yang dah tersedia di handsock tu dan warna pilihan pada penghujung handsock. Selebihnya warna hitam. Handsock jenis ni ada 5 warna dan 3 saiz iaitu S,ML dan XL. 



Syahira Signature dari Syahira Handsock Exclusive

Yeayyyyyyyyy, handsock jenis yang aku pakai ni kalau takde memang tak sah la. Sebab handsock ini adalah signature kepada brand Syahira. Nampak simple, tapi bila ada jahitan kelim pada penghujung handsock dia nampak lebih berseri pada si pemakai. Hehe...Nama handsock ini ialah Syahira Signature dan takde pilihan warna pun.


Ring Dwitone dari Syahira Handsock Exclusive

Dannnnnnnnnn.... handsock yang aku ada lagi adalah Ring Dwitone. Alahai, lawaaaaaaaa yang amat. Handsock jenis ni sangat penting bagi aku sebab boleh tutup kesan parut aku jugak pada pergelangan tangan. Dengan kombinasi warna hitam dan 5 warna pilihan si pemakai boleh memilih untuk memakai handsock warna apa. Bolehlah matchingkan dengan baju yang kita pakai jugak,hehe... Yang ini pun ada 3 saiz iaitu S,ML dan XL. 


Suka sangat bila dah jumpa handsock yang best pakai dan murah. InshaAllah, semoga niat untuk tahun ini berjaya direalisasikan setanding dengan hasil usaha yang aku buat pada tahun lepas. Wah, cepatnya dah masuk tahun 2017. Azam korang mesti best-bestkan. Share la dengan aku sekali. Atau ada tak orang yang sudi share macamana dia berubah untuk menjadi muslimah yang lebih baik? I mean, yang berubah untuk pelihara auratnya dari tontonan umum? Kalau ada share la dekat ruangan komen di bawah ni. Atau kalau segan ke apa boleh la email pada onie di letopink@yahoo.com.


Thanks korang sudi baca entri ni sampai habis.


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


5 ulasan:

  1. Semoga trus istiqamah..sy pun pernah berada di tmpat awak rase..insyaAllah plan2 kte kayuh

    BalasPadam
  2. InsyaALLAH sis, satu permulaan yang baik .

    BalasPadam
  3. Cara terbaikk nak mulakan perubahan adalah dengan ubah penampilan kita. Satu hari satu inci. Inshaallah. Jom lahh kita istiqomahh. 😘

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..