* Entri panjang dengan bebelan dan gambar dari SAMSUNG J5 dan SONY ALPHA 5000. Semoga kenyang :P
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yihaaaaa! So macamana weekend korang? Best ke tak? Ada yang bercuti di homestay minggu ni dan ada yang ke Melaka tak this week? Haaa, untuk permulaan tahun 2017 ni aku mulakan dengan negeri Melaka dulu sebelum merantau ke negeri orang. Acewah! Merantau la sangatkan. Bagi yang biasa dengan negeri Melaka. Dah tentu korang akan singgah ke area Klebang dulukan untuk legakan tekak di Klebang Original iaitu betul-betul di Klebang dan berhampiran 📍Klebang Original terdapat gerai yang cukup famous iaitu Kuih Keria Antarabangsa. My bad. Masa sampai hari Sabtu hari tu niat memang singgah tapi bila barisan dia panjang sangat kami teruskan ke homestay yang bakal kami menginap untuk 1 malam. Fuh! Panjang pulak perenggan satu. Haha. Saja cuti-cuti di hujung minggu dengan member-member.
SAMSUNG J5
|
IDAMAN VILLA, TINGKAT 3 |
|
IDAMAN VILLA, TINGKAT 2 |
Okay, perjalanan kami bermula dari 🚗 Cheras dan mengambil masa lebih kurang 🕗 2 jam 30 minit untuk sampai ke Melaka iaitu destinasi pertama kami adalah Klebang Original kemudian Kuih Keria Antarabangsa. Dan kami decide nak pergi hari keesokan harinya. Not sure kenapa viral yang teramat sangat even kuih keria itu hanya di salut dengan gula melaka it's? So, perasaan nak mencuba tu teramat kuat. Haha.. kuat sangat la kan. Maka kami pun dapatlah try akhirnya.
|
IDAMAN VILLA, HOMESTAY 3 TINGKAT |
Yeayyyyyy! Inilah rupa banglo 3 tingkat yang dijadikan homestay di 📍📍Taman Kota Syahbandar, Melaka. Sampai-sampai tengok luar pun dah teruja ya rabbi. Pemilik homestay ini adalah ORANG MELAYU dan sangat-sangat humble. Terima kasih En.Bari kerana menyediakan homestay yang mewah sebegini rupa. Malas nak fikir mana masa haritu, jadi aku dan member-member yang lain decide nak stay di sini je. Alaaaa, saja... Jalan-jalan dihujung minggu.
|
IDAMAN VILLA, DAPUR |
Dan ini adalah bahagian dapur yang lengkap dengan segala perkakas. Nampak kabinet tak? Haaaa, kalau nampak jangan fikir dalam tu takde barang tau. Perkakas dapur semua lengkap. Cuma lesung dan blender je la takde. Haritu, kami decide collect duit antara kami 💸RM10 seorang dan alhamdulillah, makanan cukup untuk 👭👭👭👬👬14 orang. So, dah jimatkan duit kat situ. Malas nak keluar cari makan. Kami chill-chill layan movie je haritu. Nak keluar rumah pun sayang sebab bukan senang nak stay rumah macam ni. Diingatkan, kalau korang yang nak stay sini, bawaklah barang-barang memasak seperti rencah-rencah ke, beras ke, barang basah ke untuk memasak di sini. Boleh je nak beli kat kedai-kedai area Bandar Melaka tu. Jangan risau. Tapi kalau malas nak bergerak, bawak je sesiap dari tempat korang.
|
IDAMAN VILLA, DAPUR |
Nampak tak? Lengkap dengan perkakas dapur seperti kettle, rice cooker, toaster, peti sejuk, pinggan mangkuk, sudu garfu, pisau, senduk, sudip dan tong sampah. Diingatkan, kalau korang dah keluar dari homestay tu mohon la jaga kebersihan dan jangan diubah susun atur dalam rumah ini. Buat macam bila kita berada di rumah kita sendiri. 😀
|
IDAMAN VILLA, RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN |
Dan ini adalaah ruang tamu dan ruang makan yang serba antik dengan perabot jati yang ada. Di sini korang boleh menonton televisyen yang menyiarkan 📺📺50 siaran dan mempunyai wifi juga. So, tak perlu risau dengan internet tau korang. Internet dia pun laju jugak. Bahagian bawah ni takde aircond tapi ada kipas syiling. Malam tu kami layan movie kat sini. Tapi masa kami p tu, siaran banyak jugak tersekat-sekat. Mungkin kawasan tu masih kurang kelajuan internet lagi kot. Kesimpulan dia, kami cucuk pendrive dan layan movie dalam pendrive. Nasib baik ada member kaki movie, hehe...
BILIK TINGKAT 1
|
1 KATIL QUEEN |
|
ANTARA DECO YANG ADA DI ANTARA TINGKAT 1 DAN 2 |
BILIK TINGKAT 2
|
2 KATIL KING DAN PENGHAWA DINGIN |
|
2 KATIL SINGLE |
|
2 KATIL SINGLE DAN PENGHAWA DINGIN |
|
TANDAS DARI BILIK YANG ADA 2 KATIL KING |
BILIK TINGKAT 3
|
KATIL QUEEN |
|
KATIL QUEEN |
|
2 KATIL SINGLE |
dan ada satu lagi bilik aku lupa nak ambik gambar tapi korang boleh refer >>>>
sini <<<<
Lepas tak dapat beli 📍📍Kuih Keria Antarabangsa masa hari Sabtu tu, kami terus menuju ke homestay kami. Sesungguhnya homestay kali ini dan yang pernah aku menginap ni lain dari yang lain maka aku teringin nak share pengalaman duduk homestay yang hebat ni. Tengok jela tajuk entri aku tu. Pasti korang teruja sekali kan sebab fikir rumah 3 tingkat pun boleh dijadikan homestay? Fuhhh! Tabikkkkkkkkk hormat aku dibuatnya wei. 3 tingkat bukan sekadar 3 tingkat. Segala kelengkapan semuanya cukup lengkap! Dapat la 2 hari merasai duduk di rumah 3 tingkat ni,haha..
Homestay yang aku stay haritu adalah Idaman Villa dimana unit ini masih baru dan fresh baq hianggg! Dah la baru, segala-gala kelengkapan cukup lengkap dan aku berpuas hati sangat. Bukan apa, owner mempercayai client beliau kerana sanggup menyediakan perabot yang cukup lengkap,mewah dan selesa! Seriously dengan harga sewa yang berbaloi kami 14 orang decide untuk stay di Idaman Villa ni dan kami sewa RM1000/night untuk 2 hari 1 malam. Korang bahagi la sendiri RM1000 bahagi 14 orang berapa. Masih berbaloi la kan untuk kami merasai penginapan mewah ni. Tapi sekarang ni still berlangsung lagi promosi iaitu harga jadi pada RM950/night! Haaaaaa,best tak best tak?
Idaman Villa berada di corner lot, eksklusif,selesa dan 3 tingkat ini baru di Taman Kota Syahbandar,Melaka dan mempunyai 1 unit rumah teres serta lokasinya sangat menarik iaitu terletak di tengah kota Bandaraya Melaka
Kelengkapan yang ada di Idaman Villa ini adalah seperti:
- 7 bilik tidur ni boleh memuatkan 18 orang
- 6 bilik air dengan pemanas air
- Dapur memasak lengkap dengab peti ais, dapur gas,pinggan mangkuj,microwave,rice cooker,toaster
- Tv dengan 50+ siaran di ruang tamu (Hypp TV Jumbo Pack)
- Tv dengan 28 siaran di setiap bilik
- Internet berkelajuan 30MBPs
- Laman yang luas
- Tempat Bbq disediakan
Jenis penginapan yang boleh dipilih:
- Hanya sewa 1 rumah dan berharga RM1000/malam. 💸💸💸💸💸💸
- Diskaun !!!! RM950 RM950.
- Tamat tempoh diskaun sehingga diberitahu.
Aktiviti apa yang korang boleh buat di sini adalah melancong, reunion, pastu macam urusan perniagaan pun boleh. Contoh kalau nak buat kelas mekap pun boleh. Haaaa, cuma kalau smoking dalam rumah, minum minuman alkohol, pastu alihkan perabot dan parti tu tak bolehhhh! Kalau korang buat benda tu akan didenda sebanyak RM100!💸💸
No worries! Kalau penginapan ni korang janganlah risau sebab tempat-tempat menarik berdekatan dengan Idaman Villa di ni banyak yang korang boleh singgah seperti Dataran Pahlawan, Melaka Duck Tour, Menara Taming Sari, A'Famosa, Muzium Samudera, Melaka River Cruise, Masjid Selat, Jonker Walk, Stadthurs, Maybank, Melaka Raya, Hospital Melaka, Mahkota Parade, Hard Rock Cafe, Tesco dan Jusco Bandaraya Melaka. Haaaa, macam Jusco tu lebih kueang 8km je. Pastu Klebang Original tu pun dekat je. Lebih kurang 3km gitu jela. So,takde masalahkan. Cuma kalau nak best lagi. Siap sedia bawak rencah makanan untuk masak sebab segala peralatan srmua dah disediakan.
Haaa, so? Macamana? Letop ke idokkkk? Rasa nak beli je rumah macam ni seketul. Bestnya weh! So, gambar bawah ni dari kamera SONY ALPHA 5000 dan nak diceritakan, dari KL lagi aku dah cas sesiap kamera sony aku ni. Sekali aku terlupa nak off balik. Bukak-bukak tinggal 16% je nokkkk. Terus aku takde mood nak bergambar. Tu aku guna handphone tak berapa canggih aku tu dulu,haha.. Aku cas sekejap biar bateri ada dalam 26% gitu, barulah boleh ambik gambar. Tu pun tak puas, haha... So, ini jelah yang mampu aku bagi ye nakkkkkkk... mohon tengok la ye,hehe 👀👀👀👀👀
SONY ALPHA 5000
|
IDAMAN VILLA, PANDANGAN HADAPAN IDAMAN VILLA |
|
IDAMAN VILLA, RUANG LEGAR |
|
IDAMAN VILLA, DAPUR |
|
IDAMAN VILLA |
|
IDAMAN VILLA |
|
IDAMAN VILLA, PERABOT YANG CANTIK DAN TERSUSUN RAPI |
|
IDAMAN VILLA, SATU SUDUT ISTIREHAT |
|
IDAMAN VILLA, BILIK DI TINGKAT 1 |
|
IDAMAN VILLA, BILIK DI TINGKAT 1 |
|
IDAMAN VILLA, RUANG REHAT DI TINGKAT 2 |
|
IDAMAN VILLA, BERLATAR BELAKANGKAN SUDUT HADAPAN |
|
IDAMAN VILLA, KATIL YANG EMPUK DAN CANTIK |
|
IDAMAN VILLA, BILIK DI TINGKAT 2 |
|
IDAMAN VILLA, BILIK DI TINGKAT 2 |
|
IDAMAN VILLA, BILIK DI TINGKAT 3 |
|
IDAMAN VILLA, SATU SUDUT DI KAMAR TINGKAT 3 |
|
IDAMAN VILLA, RUANG LEGAR |
|
IDAMAN VILLA, BBQ PIT |
|
IDAMAN VILLA, RUANG ISTIREHAT |
|
KUIH KERIA ANTARABANGSA WAJIB |
So ? Nak apa lagi? Seronok yang amat stay sini. Mempunyai 7 bilik tidur, 6 tandas, 50 siaran di televisyen di ruang tamu, 20 lebih siaran di setiap bilik tidur master di tingkat 1 dan 2. Segalanya lengkap di IDAMAN VILLA. Fuh!!!! Mudahlah nak hantar rombongan pengantin di Melaka nanti. Apapun, terima kasih banyak IDAMAN VILLA kerana menyediakan homestay yang cantik sebegini rupa.
Gps Koordinat: 2.1938999 / 102.2332935
Contact: 012-211 8246 (En.Bari)
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
wahhh besar nye rumahhh. ni duk ramai2 pon muat nii.
BalasPadamiye..ni kalau ada family day ke reunion ke,sesuai sangat...selesa pun selesa,hihi
Padamwah. boleh bawa 1 fmly
BalasPadambukan 1 family, 2 3 family pun inshaAllah cukup,hihi
PadamOhh...dekat je dengan hotel yang den stay masa pergi Melaka hujung tahun lepas...kalau bercuti dengan family boleh la stay sini...hehe :D
BalasPadamAah boleh is.... selesa pun selesa..
PadamMek 0nie, i'll be there.
BalasPadamhi Adam, thanks for visiting my blog
Padamterasa kaya sekejap kalau dok sini.hehe
BalasPadamiyeee awop..nok tubik pom sebo saloh,haha
PadamWaw, serasa jadi orang kaya Kalo atau disini. Belum sanggup euy,coba ada temen yang mau join ya. Pasti asyik nih disini. Baru bisa atau di level guest house. Salam kenal ya,from Pekanbaru
BalasPadam