KAN BEST KALAU ADA RUMAH DI BUKIT JELUTONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Boleh tak nak berangan sekejap? Sekarang aku duduk di tempat yang jauh. Tak la jauh sangat, cuma kadang tu nak akses ke sana ke sini macam ya rabbi jauh dia Allah saja tahu. Jadi, ni yang terkeluar entri ni haaaaaa...haha...entri berangan sekejap boleh. Actually bukanlah berangan, cuma kan best kalau dapat beli rumah impian kita kan korang? Biasa aku masuk satu pusat beli-belah ni yang dah siap deko-deko tu. Jadi disebabkan selalu masuk ke sana aku terus jadi macam hmmmmmm nak rumah macam ni nak rumah macam tu. Bestnya kalau ada rumah impian kita sendirikan. Agak-agak korang dag terlambat ke nak beli rumah buat masa sekarang ni? Maklumlah, harga rumahkan dah naik sekarang, so kadang-kadang memang terfikir macamana la rakyat-rakyat nak membeli rumah sekarang ni.

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

RADIA PROPERTY - MEK ONIE

Macam korangkan, apa faktor utama korang nak beli rumah di sesuatu tempat tu? Adakah disebabkan rumah tu cantik? Dekat dengan tempat kerja? Ada diskaun? Dapat tahu dari kawan office berkenaan rumah baru ni? Lepas tu, korang lebih suka rumah yang macamana? Adakah kondo? rumah teres? apartmen? Ke macamana? Haaaaaaaa,jeng jeng jeng.. Lain orang lain minat dia kan. Tapi macam aku, aku suka rumah yang jenis studio macam tu. Pastu perabot siap pasang elok dah. Haaaaaaaa, bestnya awak weh. Bila la nak tercapai ni haaaaa.... 


Ikutkan, lokasi rumah aku ni memang jauh dari highway. Kalau ada pun highway 'tut'. Dah la tol mahal, jauh pulak tu. Sampai bila la nak travel macam ni, penatttttttttt... Bila kawan-kawan datang mesti dorang kata jauhnya rumah ko onie. Haaaa, macam tu la. Tapi kira aku bukanlah manusia yang tidak bersyukur. Ada rumah ni pun Alhamdulillah. Walaupun jauhkan? huhu... Minggu lepas aku ada la pergi satu galeri ni sebab saja-saja nak tengok showroom dia. Nak usha sqft dia. Nak usha lokasi dia. Nahhhhhhh! Sekali aku rasa macam WOOOWWWWWW sangat bila tengok depan mata sendiri. Bukit Jelutong dengan rumah aku lebih kurang 30 minit macam tu. Walaupun jarak antara rumah aku dan showroom dalam 30 minit macam tu. Tapi kalau setiap pagi lewat 5 minit.... Nahhhhh! Boleh jadi sejam lewat dia tu haaaaa... Stress ke idok?







Tapi bila aku tengok-tengok balik dia punya lokasi. Sungguh! Sangat strategi ! Nak ke Shah Alam dekat, nak ke Kuala Lumpur dekat...semualah dekat. Sebab Bukit Jelutong ni dia kat tengah-tengah. Ni tahun 2019, Highway DASH akan siap! Jadi mudah jugak nak ke Damansara nanti. Anyway, highway DASH tengah buat tu. Kemungkinan kami dari kawasan tersebut akan mengalami kesesakan yang 2 kali ganda (MUNGKIN LA,HAHA) tapi hari-hari pun masa aku pergi kerja pun still jem lagi. What the .......huwarghhhhhhhh! Tu aku kata, kan best kalau ada rumah di Bukit Jelutong. Kira macam mudah nak ke sana ke mari...Tapikan koranggggggg..... Untung sape beli rumah dekat area Bukit Jelutong. 



Kalau diberi peluang, aku nak pilih tempat tinggal di Bukit Jelutong. Sebab apa?

⭐ Dekat dengan Shah Alam
⭐ Dekat dengan Guthrie Corridor Expressway
⭐ Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE)
⭐ Federal Highway
⭐ Highway ELITE
⭐ Tak perlu keluar awal untuk lari daripada trafik 
⭐ Lokasi yang tenang 






Okay, kalau korang nak tahu... Sime Darby Property dan UEM Sunrise telah memeterai satu perkongsian untuk membangunkan kawasan Bukit Jelutong. Haaaaa, membangunkan apa ni? Kalau korang nak tahuuuuuuu! Ni serius ni wei, sebab aku pun macam whatttttt! Bila aku jalan-jalan kat Bukit Jelutong haritu aku singgah ke satu galeri ni. Sebab kebetulan dah lama aku usha pembangunan di kawasan tu. Jadi aku tertarik nak tengok lebih dekat lagi. Patutlah pakcik aku selalu cakap pembangunan RADIA ni cantik. Kata ada shopping mall pasni. Aku pun, haaaaaaa....shopping mall... Bestnya...dekat dah la pasni nak membeli-belah. Untuk pengetahuan korang semua, RADIA telah dilancarkan pada akhir 2013 dan dah lama sebenarnya. Finally, dah nak siap weh... Sebenarnya tak sabar nak tunggu shopping mall tu siap. Sebab katanya, dia ala-ala Publika gitu...hihi...


Siapa yang selalu pergi ke Bukit Jelutong, korang akan nampak kemajuan dalam pembangunan yang ada di Bukit Jelutong ni. Aku selalu jugak la ke sana cari short cut road untuk lari dari jem,hahaha...Ikutkan, status Bukit Jelutong ini adalah sebagai sebuah perbandaran matang, berkembang maju kerana lokasinya yang strategik dan mudah akses ke mana sahaja. Menariknya, projek pembangunan RADIA telah direka untuk menjadi gabungan pelbagai reka bentuk seni bina dan inspirasi untuk membuat pembangunan utama ini menjadi unik.


Menariknya lagi, setiap inspirasi yang terhasil adalah berasal daripada Mediterranean dan Asia untuk mewujudkan gabungan gaya yang akan membuat projek RADIA ini menonjol di mata dunia. Sekaligus, meningkatkan dan menambah baik profil Bukit Jelutong ! Kiranya, dah lama jugak aku stay area 'tut' jadi aku nampak Bukit Jelutong. I mean, nampak kemajuan dia dalam pembangunan tu..kira bukan bandar yang mati la.


Jika ada yang baca onie punya entri ni dan ada pembeli yang berminat nak beli unit di RADIA ini. korang kena tahu sebab korang sangat bertuah kerana masih ada diskaun rebat sehingga akhir bulan 2 ini. 


Korang untuk sebarang pertanyaan berkenaan harga ke atau nak datang tengok di showroom korang boleh singgah sini dulu:-


Sales & Marketing Department : 03-7859 9801



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..