KENAPA MENYEWA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMBELI PADA 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay harini onie nak share dengan korang kenapa menyewa itu lebih baik daripada membeli pada 2016? Kenapa dan bagaimana untuk memilih rumah yang betul. Jom baca artikel bawah ni. :)
Kenapa
Menyewa Adalah Lebih Baik Daripada Membeli pada 2016
Ada banyak sebab kenapa menyewa lebih baik
daripada membeli. Sama ada anda sedang meninjau komuniti, dalam tugasan
sementara, ekspatriat yang sedang mencari tempat tinggal. Atau anda sedang berada
di titik persimpangan hidup anda, hakikatnya menyewa adalah pilihan yang lebih
tepat dek pasaran hartanah sedang jatuh. Kemungkinan besar anda akan temui
rumah sewa yang baik di kawasan anda. Dengan menyewa, anda juga boleh merasai
kehidupan di satu-satu komuniti tanpa perlu komitmen, terutamanya jika anda
mahu mencari tempat tinggal tetap. Berikut adalah beberapa sebab kenapa menyewa
bukan sahaja idea yang bernas, dan kenapa 2016 adalah tahun yang tepat untuk
menyewa dan bukan membeli.
👀 Bagaimana
Mencari Pangsapuri
Kita mulakan dengan asas, mencari pangsapuri
adalah sesuatu yang mencabar. Pada hari ini, anda boleh buat carian secara atas
talian di bahagian apartment for rent di PropertyGuru. Kebanyakan orang mencari rumah sewa secara atas
talian kerana terdapat banyak senarai hartanah yang tersedia dan majoriti
pemilik dan broker mahu berhubung dengan penyewa melalui portal. hartanah Ia juga lebih mudah untuk mengurangkan
pilihan pangsapuri anda kerana anda boleh menapis carian bergantung kepada
kemudahan, lokasi, harga dan saiz kemahuan anda. Tidak seperti melihat di surat khabar atau
mencari mengikut cadangan orang-orang di sekeliling anda, carian Internet menjadikan
carian anda lebih fokus dan mudah. Ia juga senang untuk mengenalpasti iklan
yang menipu jika iklannya agak mencurigakan. Kebolehpercayaan adalah sangat
penting, pastikan anda teliti dahulu sebelum ke langkah seterusnya.
👀 Pangsapuri
Untuk Ekspatriat
Berdasarkan temuramah bersama Ekspatriat di Expat Arrivals, kejutan budaya yang biasa
dialami adalah perubahan cuaca. Ini memang benar kerana jika anda berasal dari
negara yang dengan cuaca sederhana, ini kerana Malaysia menikmati suhu dalam
lingkungan 27 darjah Celsius. Salah
satu perbezaan utama adalah perubahan dari musim panas ke musim hujan yang
mendadak . Jika anda berasal dari negara dengan iklim berlainan, anda perlu
bersedia dan pilihlah rumah yang menyediakan kemudahan lengkap untuk anda
berasa selesa. Contohnya, jika anda sudah biasa dengan cuaca yang sedikit
dingin, bersedialah dengan menyewa rumah yang dilengkapi penghawa dingin. Tidak
semua pangsapuri di Malaysia dilengkapi dengan perkhidmatan sebegitu, jadi anda
perlu tahu jika anda datang ke negara yang baru, apa yang berada di bawah
kawalan anda dan apa yang anda perlukan.
👀 Kenapa
Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Menyewa?
Menurut Property Report, pasaran hartanah
Malaysia dalam keadaan perlahan dengan kadar kemerosotan sebanyak 70 peratus
pada tahun 2015 daripada tahun sebelumnya berikutan ekonomi yang perlahan dan
faktor lain. Dengan kata lain, menjadi pelabur hartanah sekarang bukanlah jalan
terbaik, tetapi inilah masa yang ideal untuk menjadi penyewa. Hartanah yang
dilaburkan juga biasanya tidak diduduki oleh pemilik, tetapi disewakan kepada
penyewa. Oleh itu, anda berada di tempat yang tepat untuk mencari rumah yang
sempurna dengan kadar yang lebih baik daripada semasa pasaran hartanah berada
di kemuncak.
Cara yang baik untuk memastikan anda jumpa
kadar sewa terbaik adalah dengan memantau pasaran dengan meneliti bagaimana
harga meningkat di laman hartanah semasa anda membuat carian. Satu lagi tanda
yang baik adalah berapa lama anda nampak hartanah sewa berada dalam pasaran,
kerana ia akan beri gambaran kepada anda betapa pantasnya sesebuah rumah boleh
disewa, dan anda boleh merancang tindakan anda.
Boleh dikatakan, walaupun permintaan untuk perumahan akan sentiasa ada,
keadaan sekarang bukanlah keadaan terbaik.
👀 Menyewa
Tanpa Rasa Sesal
Salah satu kesilapan terbesar di kalangan
penyewa mereka cepat beralah daripada menyewa di pangsapuri impian mereka hanya disebabkan
ingin berjimat, jika mereka tahu mereka akan berpindah pada masa depan.
Bagaimanapun, ini adalah satu tindakan kurang bijak, kerana jika perancangan
mereka tidak berjalan seperti yang diharapkan, mereka terpaksa tinggal di
pangsapuri yang mereka tidak ingini. Contohnya, jika anda diberhentikan kerja
dan anda tinggal di kawasan yang agak tidak tenteram, anda akan dapati bahawa
anda tidak boleh mengubah apa-apa.
Disebabkan itulah anda perlu menyewa tanpa ada
rasa sesal. Walaupun anda boleh bertolak ansur dengan ciri-ciri kemewahan,
tetapi ada sesetengah perkara yang tidak patut anda korbankan. Sebagai contoh,
jika anda menyewa rumah dengan keluarga anda, jangan menyewa pangsapuri tanpa
bilik. Cara terbaik untuk anda menikmati pengalaman menyewa yang positif adalah
dengan menggunakan pendekatan membeli pangsapuri, kondo, atau rumah semasa
mencari rumah sewa. Anda juga perlu pertimbangkan sama ada mahu unit yang
lengkap berperabot atau tidak. Sekali lagi, ini semua bergantung kepada situasi
anda, dan apa perancangan masa depan anda. Jika anda mencari rumah sewa untuk
sementara, pilihlah yang lengkap berperabot. Manakala jika anda rasa anda akan
tinggal lebih lama, lebih baik anda beli perabot anda sendiri. Secara
keseluruhan, menyewa tanpa rasa sesal bermaksud tidak menyewa di tempat yang
langsung tidak memenuhi jangkaan anda selagi mana ia munasabah. Anda tidak tahu
bila anda akan jatuh hati dengan sesebuah tempat.
Menyewa adalah jalan yang baik untuk mengelak
pelaburan yang tidak diingini atau masa yang tidak baik. Saat ini, melabur
dalam hartanah bukanlah jalan yang baik kerana pasaran hartanah sedang
merosot. Bagaimanapun, semua orang
perlukan tempat tinggal, dan anda mungkin boleh dapatkan nilai terbaik untuk
rumah sewa pada tahun ini. Hanya kerana anda menyewa, tidak bermakna anda tidak
perlu berfikir untuk masa depan. Anda tidak tahu berapa lama anda akan menetap
di sesebuah pangsapuri, walaupun anda telah merancang untuk berpindah. Perkara
luar jangka pasti berlaku dan walaupun anda ada rancangan untuk masa depan,
anda tidak boleh meramal semua perkara. Oleh itu, jika anda ingin menyewa,
kenal pasti keperluan wajib anda, dan patuhinya takut-takut jika anda terpaksa
tinggal menyewa lebih lama daripada jangkaan.
So, menyewalah jawapan yang terbaik :)
Terima kasih korang kerana sudi membaca artikel dari onie.
Pilihlah dengan bijak.
Terima kasih.
So, menyewalah jawapan yang terbaik :)
Terima kasih korang kerana sudi membaca artikel dari onie.
Pilihlah dengan bijak.
Terima kasih.
xpa onie menyewa ke beli... InsyaaAllah masa hadapan Allah akan buka rezeki onie tuk membeli pula....
BalasPadamemmm belum smpai lagi masa nak mnyewa atau mebeli. skerang duk bayar yuran kolej kediaman jaa. tpi info mcm ni penting untuk masa hadapan
BalasPadamnak sewa pun xdek bajet skrg. huhuhu
BalasPadam