BUFFET RAMADHAN 2017: BANGI GOLF RESORT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyy! bertemu lagi kita untuk pilihan buffet ramadhan pada tahun 2017 ini. So, macamana korang semua. Puasa dah habis ganti ke belum ni? Kalau belum, mohon-mohonlah percepatkan ye,haha... So baru ni Bangi Golf Resort telah menjemput aku untuk ke buffet ramadhan di Dewan Kenanga iaitu terletak di Bangi Golf Resort. Siapa pernah sampai ke sini? Haaaaaa, Mudah je, kalau nak datang ke Bangi Golf Resort ni just waze 'Bangi Golf Resort' dan ikutlah ke jalan yang benar,wahwahwah... 


BERKENAAN BANGI GOLF RESORT:
Siapa masih tak kenal dengan Bangi Golf Resort?Haaaaaa... Bangi Golf Resort ini akan menghidangkan pelbagai juadah menu berbuka puasa untuk pelanggan yang akan berbuka bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Jangan risau korang, restoran di Bangi Golf Resort telah dapat pengiktirafan Halal oleh Jakim dan merupakan salah satu daripada di antara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009. Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Restoran BGR ini akan menghidangkan 200 jenis juadah istimewa bersempena dengan bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Harganya adabermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Haaaaaa, sangat berbaloi.

INFO TERBARU:
Dengan adanya teknologi terkini dalam penyediaan menu masakan Oriental, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hainan. No wonder masa aku makan haritu ayam dia empuk dan tekstur dia sempurna. Good Job BGR! Bukan tu je, setiap butir nasi diperkaya dengan lemak ayam dan menjadikan nasi tu gebu. 

HARGA:
RM 58 (DEWASA)
RM 28 (KANAK-KANAK)

BERMULA 29 MEI- 23 JUN 2017






ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Masakan Terkenal: Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak ( KORANG WAJIB MAKAN YANG NI), Kueh Teow Goreng, Mee Mamak, Sate Ayam & Daging.

Menu Ala Barat: Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri-peri Chicken Drumlets.

Menu Selera Melayu: Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

Part paling aku suka adalah dessert (pencuci mulut): Spanish Churros yang dihidangkan bersama sos pekat, Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls, Lychee Rose Cake dan banyak lagi.


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI BGR?

Selain pengunjung dapat menikmati juadah berbuka puasa. Mereka juga dapat membeli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang bulan ramadhan ini. Haaaa, barangan apa tu? Haaaaaa, kenalah datang uolssssss..... Dah takde selera dengan menu-menu yang aku cakap atas tadi? Haaaaa takpe-takpe...yang penting, durian ada weiiiiiii yang mempunyai promosi 'Durian Runtuh' awopppp weh....Durian ni datang dari ladang di Raub, Pahang tau uolssss...haaa jauh ke idok haaaa.... Selain durian, ada jugak Gelato (Ais Krim) yang diproses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A iaitu Passion Fruit, Guava, Asam Boi. Yang bestnya lagi, durian dan gelato boleh di beli dan dibawa pulang ke rumah dan pengunjung juga akan diberikan diskaun eksklusif. Hagitoh! So, siapa hantu durian silakan la ye. Mana tahu, puasa-puasa nanti kempunan nak berbuka dengan Durian...haaaaaaaa....... So, bawah ni adalah beberapa juadah yang aku cuba tempoh hari.... Aummmmmm.... Selamat menjilat screen,haha 👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻


LAIN-LAIN

  • Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30pm-9.30pm setiap hari
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Ada 800 tempat parking serta ruang solat. Nak selamat bawaklah telekung sendiri sesiap. Sebab takut takdan maghribkan.



















HASHTAG: #BGRbuffetramadhan17

Alamat: No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Email: sales@bgrrest.com

Nak termenangis ke idoookkkkkkkkkk? Haaaaaa, ni sebelum nak puasa adalah lebih baik aku share awal-awal. Kang takut tukang tulis post ni pun meleleh air liurnya haaaaaaa,hahahahahahahah...okay... jumpa lagi di lain entri. Jangan lupa try la buka puasa di sini. Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

1 ulasan:

  1. First time join preview buffet ramadhan kat sini, memang best. Tak sabar nak repeat berbuka kat sana..:D

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..