Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Yeayyyy, masuk bulan 4 dah kita kan. Cepatnya masa berlalu. Minggu lepas 8 hingga 13 april 2017 aku telah melancong ke Bandung dan Jakarta. Walaupun aku telah ke Bandung untuk kali kedua, namun pengalaman kali ni ke Bandung sangat bermakna dan seronok yang amat sangat. Okay, kisah ni aku di lain entri la eh. Sekarang kita cerita berkenaan Kafe Orked Lavender. Haaaaa,sape pernah pergi dia sangat bagus! Haritu aku sampai kafe ni lebih kurang jam 11 pagi macam tu la. Pun masa tu ramai gak la pelanggan dia. Hairan gak. Sebab masa tu dah jam 11 dan sampailah ke petang  pelanggan still tak berhenti.

Apa yang aku perhati, pelanggan kat sini ramai jugak yang order menu laksa johor. Bila aku sendiri rasa,fuh! Memang sedap rasa dia. Patutlah ramai yang order laksa johor. Kuah dia tu memang secukup rasa. Pekat dan sedap!

Konsep Kafe Orked Lavender:
Apa yang aku suka dengan konsep Kafe ni adalah suasana yang sangat santai dan selesa. Selain itu, sesuai dengan nama yang diberikan dengan tema kafe ini. Dengan lukisan mural yang menggunakan bunga orked, sekaligus ramai pelanggan yang mengenali kafe ini dengan tema 'orked lavender' dia tu. 




Haritu, sempat jugaklah sarapan dengan bebudak ni. Alang-alang, breakfast. Kita ketip gambar sekeping dua dengan bebudak ni. Dah jadi kebiasaan pergi makan je mesti kena ambik gambar,wahwah... bukan apa, kadang seronok jugak kongsi tempat makan best dengan korangkan. Tapi tulah, serius korang kena try makan kat sini. Gambar-gambar bawah ni adalah menu yang ada di Kafe Orked Lavender.  Beberapa info sedikit berkenaan Kafe Orked Lavender ini adalah:-

  1. Harga makanan di sin bermula daripada RM4.50
  2. Fokus pada waktu dahulu (tahun lepas), hanya menu laksa johor dan nasi dagang. Namun, sekarang, menu tadi telah membiak dek pelanggan yang satu. Bagus owner Kafe Orked Lavender ni.
  3. Disebabkan banyak permintaan dari segi menu, pemilik Kafe Orked Lavender ini telah sedaya upaya untuk keluarkan menu baru. 
  4. Terletak di Bandar Baru Bangi. 
  5. Parking mudah je.
  6. Ruang makan di dalam cukup kondusif dan cantik!
  7. Okay, tu je. Nanti nak repeat lagi,muah!



ANTARA MENU YANG WAJIB KORANG CUBA DI KAFE ORKED LAVENDER INI ADALAH:-


1. NASI DAGANG

Siapa orang Pantai Timur di sini dan tidak suka menu ini sebenarnya anda adalah orang yang sangat rugi. Nasi dagang di Kafe ini rasanya sangat sedap dan tidak memuakkan langsung pun. Disediakan dengan 2 cucuk lokcing dan sebiji telur yang dimasak secara rebus. Nasi dagang, nasi berlauk diterbangkan jauh dari Kelantan setiap pagi. Haaaaaaaa, rasa dia macam nak terminggal haaaaaa..





2. KARIPAP IKAN
Karipap? Mana mungkinlah korang tak kenal karipapkan. Yang tak kenal tu lahir kat planet haaaa? haha..Karipap yang berintikan ikan ni membuatkan kami semua masa sarapan tempoh hari jadi tak cukup dan rasa dia sedap serta tak berminyak. Sejujurnya, aku adalah hantu karipap dan susah jugak nak cari karipap yang sedap ni. Akhirnya, aku dah jumpa Karipap ikan yang sedap kebabom! Cuma nanti kalau aku ke arah Bangi sana bolehlah aku nyinggah order karipap ni. Harga karipap ini RM4.50 untuk 5 pcs. So, kira okay la kan harga dia?

p/s: Karipap ikan ni korang tengok je macam tu kan? Haaaa, yang ni WAJIB try okay?





3. LOKCING ATAU SATE IKAN

Lokcing? Sate ikan? Adakah dia dua nama yang sama? Haaaaaaaa, kalau aku kat kampung memang panggil lokcing pun. Zaman dulu aku suka beli lokcing ni, masa tu orang yang jual lokcing naik basikal dan kat situ jugaklah dia bakar lokcing dia. Hebatkan? Tapi, sos dia paling win wehhhhhh... Siapa pernah makan lokcing yang sambal dia warna merah nak ke pink sikit tu, korang sangat letop kebabom! Harga lokcing ni pun RM4.50 je uolssssss.... Sebelah KL ni kalau beli lokcing agak krik krik jugak sebenarnya. Sebab saiz sate ikan tu, dah nak sama dengan lidi sate tuu haaaa,haha *AMPUN* . Tapi yang kat sini rasa dia power sebab disediakan dengan pencicah yang begitu persembahannya, gitu...hihi..





4. LAKSA JOHOR

Siapa penggemar laksa johor ni?  Disediakan khas bersama sambal belacan. Uniknya Laksa Johor ini adalah lain dari yang lain dengan laksa ni. Sebab, kuah dia tu creamny-creamy gitu. Haaaaaaaa... WAJIB tau! Laksa yang ni dia rasa lemak-lemak ikan tu haaaa. Itu yang membuatkan selera pelanggan meningkat dengan jayanya,hihi.. Harga laksa johor ini adalah RM12.50.






5. KEROPOK LEKO
Keropok dia rasa isi ikan yang padat dalam keropok ni.
Harga RM4.50 sahaja.






6. NASI BERLAUK
Walaupun nasi itu sesuai dimakan waktu malam dan telah menjadi rutih harian. So, aku kalau travel,aku aka undur diri untuk Harga nasi berlauk ni cuma RM5.50 sahaja awak. Nasi berlauk ni memang hot sale orang kata. Sampaikan orang Cina






7. SPAGHETTI BEEF BOLOGNESE

Aku tanya owner kafe ni, menu yang paling laris di Kafe Orked Lavender ini adalah Spaghetti Beef Bolognese. Owner kafe ini sendiri pun suka order menu ni. Lagi satu, ini adalah menu yang terbaru di  Kafe ini. Jangan lupa try wei!






8. Tiramisu crepe dan vanila ice cream.

Part paling tak sabar adalah kek. Beli-beli sorry. Cuma haritu aku tak sempat nak sedut sikit. Jadi inilah gambar





9. PAVLOVA

Pavlova dia letop kebabom.
Fuh!



Kafe Orked Lavender best! 400 cawangan. So, kalau korang orang Bangi. Haaaaaa ! Nah, jangan rasa segan-segan nak tengok facebook dan instagram Kafe Orked Lavender. Tahap kebersihan di sini kita boleh bagi 3.9/5 dan makanan di sini banyak belah-belah pantai timur. Hebatnya juga disini. Lauk setiap hidangan tu banyak dan ownernya sendiri kata, kita perlukan buat kerja yang berbeza tapi dalam masa yang singkat. Kalau korang semua nak tahu jugak, Kafe Orked Lavender ni dahulu sebenarnya adalah butik Benang Hijau. Mana pergi butik Benang Hijau ni mek? Yang penting butik Benang Hijau masih ada dibeberapa lokasi yang terpilih. Lagi satu, Kafe Orked Lavender ni baru je beroperasi pada bulan 12 tahun lepas dan hasil pemantauan aku pada tempoh hari, mereka telah ramai  pelanggan tetap.


Alamat:
7-G, Jalan Medan Pusat 2D,
Pusat Bandar Bangi,
Malaysia.

Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

2 ulasan:

  1. sedap weh nampak kecuali spaghetti bolognese tuu...hahahaha...pavlova dia hoi hoi ya hoi!

    nak pi sana laa esok...hahahaha :D

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..