PILIHAN MAKE UP BULAN 3: SHIZENS VISAGE COLLECTION

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, rasa happy jugak bulan lepas. Sebab dapat merasa pakai produk Shizens yang letop kebabom sampai tak tahu nak cakap macamana lagi dah. Sebenarnya dulu aku sangat was-was dengan produk Shizens ni. Tapi bila dapat mencuba produk Shizens sejak bulan 2 hari tu dan sampai sekarang aku sangat berpuas hati dengan produk ni. Lagi satu, bila aku melancong dan outstation aku akan bawa produk ni kemana saja. Dengan saiz dia yang sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Tu yang aku suka pakai produk ni. Lagi satu, produk ni dia buat kita nampak natural dan make up kita tak terlalu heavy pun haaa.. just nice la orang kata. Jujur ni aku kata ye. Actually produk make up macam ni la aku cari. Sebab apa? "Shizens believes everyone has a unique natural beauty that should not be concealed but to be revealed. Shizens is here to enhance the confidence level of everyone in revealing their uniqueness." 


So, masa bulan 3 haritu. Shizens telah perkenalkan produk baru iaitu Shizens VISAGE Collection. Macam aku cakap atas tadi, VISAGE Collection membantu untuk meneutralkan kulit wajah bermula dari dalam dan luar. VISAGE Collection , mempunyai produk penjagaan kulit dan juga produk solekan yang mampu memberikan kulit wajah tampak cantik dan sihat tanpa effort yang lebih. Sebab tu, aku suka dengan produk VISAGE Collection dari Shizens ni. Kalau korang nak tahu, VISAGE Collection  ni mempunyai 9 item di mana, 3 produk penjagaan kulit dan 6 produk make up. So, mana satu nak kena cerita ni dulu? Haaaaaaa, meh kita kenalkan dengan ikut susunan yang betul. Mudah sikit nak followkan. Produk ni, kalau pakai dengan step yang betul inshaAllah semuanya akan jadi letop kebabom walaupun asas sahaja.



3 produk penjagaan kulit:
  1. Time Resistance Essence
  2. Time Resistance Night Cream
  3. Ultimate Potent
6 produk make up:
  1. Aqua Eyeliner - Black
  2. Aqua Eyeliner - Brown
  3. Natural Pore Nutrient Foundation Pro
  4. Smack Lips
  5. Aqua Pore Perfection
  6. Hue Duo Eye Shadow - Mocha Glow

So, kesemua produk atas ni memang aku pakai. Lelagi sebelum kita nak make up segala tu, lagi wajib bila kita jaga dengan bermula dari dalam which is kita mulakan dengan 3 produk penjagaan kulit kemudian barulah mula dengan make up. Kalau tak macamana nak nampak perbezaan dia kan?


Sebelum aku bercerita panjang lagi, ni aku nak kongsi dengan korang semua di mana Shizens telah perkenalkan produk pengenalan dari shizens dan harga sebenar dia sangatlah wowwwww iaitu RM1,503 dan sekarang ni harga dia jadi RM199 je weh. Available from 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017 dan hanya stor yang terpilih sahaja tau, haaaa.... kat mana nak beli? Okay, korang bolehlah terjah ke stor harini di Shizens Pavilion Flagship Store, Shizens Mid Valley, Shizen One Utama, Shizens Sunway Piramid, Shizens Gurney Plaza, Shizens Genting Sky Avenue, Shizens Isetan KLCC, Shizens Isetan Garden, Shizens Parkson KLCC, Shizens Parkson Pavilion dan Shizens Sogo KL. 


Haaaaaaaaa, selalu pergikan? So, sape penggemar make up tu, korang kena cuba produk pengenalan ni dengan harga yang sangat murah. Apa yang korang akan dapat dengan harga RM199?
  • Smack Lips - Plum Wine ( Macam aku punya bawah ni)
  • Smack Lips - Orange Tango
  • Aqua Eyeliner - Black ( Macam aku punya bawah ni)
  • Aqua Eyeliner - Brown ( Macam aku punya bawah ni)
  • Hue-Duo Eyeshadow - Mocha Glow (Macam aku punya bawah ni)
  • Shizens professional brush set ( 6 brushes)

Ingat tau, harga dia RM199 je haaaa...harga ni valid sampai 31 Mei 2017 sahaja, lebih pada tu sekian terima kasih. So, sape peminat tegar make up aku recommend sangat kat korang untuk produk ni. Brush dia tu best yang amat. Sebelum korang nak beli tu, jangan lupa pakai code VISAGE01 tau! Selain tu, korang pun boleh mintak dorang makeover korang dengan syarat gunakan kod VISAGE01 tu haaaa..... Stor yang terpilih tu macam aku senaraikan di atas tadi tu. So, hurry up guys 💓


Lagi satu, sape yang selalu pergi Mid Valley tu, korang pleaseeee jangan lupa pada 24 April 2017 ni Shizens akan mengadakan roadshow di East Entrance Lobby, Mid Valley. So, kalau korang nak have fun semasa roadshow tu, please mohon pergi. Mana tahu korang boleh dapatkan set  Irresistible Introductory di roadshow nanti,haaaaaa...... JANGAN LUPA tau..... 


Dahhhhhhh! Sekarang berbalik pada Shizens VISAGE Collection ni, korang nak tahu tak macamana aku pakai produk ni? Haaagituh!So, let's start!



Mek Onie sedang melihat Hue-Duo Eyeshadow dari Shizens

Bersama staf Shizens Pavilion yang sangat friendly



Time Resistance Essence - Anti-aging essence dengan Skin Regenration ni berfungsi sebagai untuk menganjalkan kulit wajah, memperbetulkan tona kulit wajah yang tidak sama rata, mencerahkan, melembabkan dan menyuburkan kulit wajah dari lapisan dalam kulit . Produk ini sangat terbaik kerana ia mampu menguatkan dan membantu memperbaharui lapisan kulit dan mengembalikan kulit muka kita seperti diusia remaja. Cara pemakaiannya sangat mudah dan sesuai dipakai/sapu pada waktu malam dan produk ini bertindak sebagai serum.






Time Resistance Night Cream - Selepas memakai Time Resistance Essence, jangan lupa sapukan juga krim ini untuk mengekalkan kelembapan dan sekaligus mengunci essence supaya dapat result yang lebih baik samada selepas make up atau tidak.  







Dah setel 2 produk penjagaan kulit atas tadi, dah jom make up pulak! Firstly, wajiblah apply foundation iaitu Natural Pore Nutrient Foundation PRO sebagai asas make up. Apa yang ajaibnya foundation ni adalah, warna dia tu aku suka dan sangat sesuai dengan kulit wajah aku, menampakkan kulit wajah berkilat, tapi taklah berkilat over-over pun korang weh,hihi...just nice la... paling penting 100% talc-free dan membuatkan garis halus kat muka korang tu tidak kelihatan. Lagi satu yang aku suka dengan foundation ni adalah dia didatangkan dengan berus sekali, haaaa...mudahlah nak sapu foundation tu kan. Bulu berus pun sangat lembut dan user friendly. Lagi satu! Foundation ni ada Vitamin E. So, bila disapu dimuka ianya akan menjadi lembab dan kemas serta bersih je...haaaaaa, teruja tak uols?hihi...Saiz foundation ni pun tak sebeban jugaklah. Kira mudah nak bawak kemana sahaja. 





Lepas pakai foundation tadi, terus apply eyeliner. Tapi nak mudah lagi better pakai eyeshadow seperti gambar dibawah ni. So, lepas pakai eyeshadow bawah ni, barulah sapu eyeliner... Haaaaa.... Kalau korang nak tahu, eyeliner jenis cushion atau smudge-proof ni adalah first time aku pakai,mula tu agak kekok... Bila diajar dan selalu praktis... Haaaa, mudah je sebenarnya pakai eyeliner jenis ni. Sebenarnya, eyeliner ni pun boleh jadikan untuk eyebrow jugak tau.. Cuma teknik memakai tu kenalah betul dan baru tak nampak kening shin chan, wkakakakakaka.....Tapi warna dia aku suka... sebab dua warna ni adalah warna asas. Paling best, eyeliner ni tahan lama dan mampu bertahan sehingga 12 jam ke atas...Haaa, ambik kau... So, sape yang beli set kat atas tadi yang harga RM199 tu sangat sangat beruntung,hihi...Sebelum aku terlupa, eyeliner ni highly pigmented liquid eyeliner untuk memudahkan pemakaian...






So, sebelum aku pakai eyeliner atas tadi tu.. aku akan pakai Hue-Duo Eyeshadow dan eyeshadow ni highly pigmented jugak. Warna pun warna selamat...Kadang tu, aku buat eyeshadow ni as a highlighter dan contouring, wakakakkaaka...janji boleh je la kan,kekekkeke... So, bekas eyeshadow ni pun sangat cantik dan siap ada cermin lagikan. So, mudah!







Nak nampak exotic lagi aku pakai liquid foundation iaitu Aqua Pore Perfection serve as shading untuk nampak efek-efek contouring,gitu.....tapi serius...terus naik makeup aku bila pakai Aqua Pore Perfection ni. Produk ini mempunyai Vitamin A, E dan F yang bertujuan untuk mengekalkan kulit yang sihat,melembapkan kulit dan melindungi kulit dari sinaran UVB. Ni pun first time aku pakai foundation jenis cushion ni haaaa, nice dan best gilos!





Part paling best adalah lipstik. Tapi lipstik ni serius aku cakap..best gila...warna dah la cantik! Kenapa aku cakap best? Haaaaa, teknik ni adalah teknik pertama kali aku buat di mana aku jadikan lipstik ini sebagai blusher juga dan menjadi okay. Sikit pun tak fake...Dengan bau lipstik ni wangi. Tatau la nak cakap macamana lagikan.  Lipstik ni kalau korang beli set RM199 tu korang akan dapat lipstik macam gambar atas ni dan warna orange satu lagi tu. Aku suka gak lipstik ni sebab dia langsung tak keringkan bibir aku malah dia buat bibir kita tambah lembap..





Last sekali, kita tutup make up kita dengan Ultimate Potent ni. Haaaaaaa, ni ibarat finishing la... Tapi finishing ni hebat! Dia mampu buat make up aku jadi tahan lama dan membuatkan kulit kita tampak segar dan make up pun tak rekah-rekah haaa.... Produk ni, ada 2 cara penggunaan dia.. pertama, boleh pakai produk ni selepas toner atau essence atas tadi tu dan kedua, as a finishing layer, kiranya lepas make up segala bagai tu boleh sembur kat kulit wajah untuk lengkapkan makeup korang dan bagi make up tahan lama.


So, apa yang nak aku kata tentang produk ni adalah.. Produk ini sangat meninggalkan kesan yang besar kepada aku kerana produk ni sangat sesuai dengan kulit wajah aku dan cara penggunaannya sangat mudah. Dengan hanya 5 langkah, kulit wajah tampak cantik dan aku tak menyesal menggunakan produk ni. Terbaik! Thank you Shizens! So, korang...jangan lupa set RM199 tu tau..MMuah!


FACEBOOK | 03-4024 8331 (Ms.CY Leow)

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..