BEST MENGINAP DI V E HOTEL & RESIDENCE





Best Menginap Di V E Hotel & Residence | Yeayyyyyy..Finally dapat jugak stay di V E Hotel & Residence di Bangsar South! Mula-mula tu rasa macam eh kat mana eh V E Hotel & Residence tu. Rupa-rupanya di Bangsar South iaitu betul-betul terletak di hadapan bangunan NEXUS,Bangsar South. Penginapan yang sangat selesa dan lokasi yang sangat strategik. V E Hotel & Residence ini juga menawarkan pelbagai kemudahan yang sangat selesa dan banyak sekali terutama untuk santai. Kalau korang nak tahu juga V E Hotel & Residence ini penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur serta ini adalah penginapan 4 bintang serta reka bentuk yang estetik. Bestnya di sini, pun ada wifi tersendiri.



Pemandangan daripada luar V E Hotel & Residence


Pengalaman menginap di V E Hotel & Residence:-
  • Parking selesa.
  • Penginapan yang cukup selesa
  • Dekorasi minimalis membuatkan aku rasa sangat selesa bila menginap di sini.
  • Kemudahan fasiliti yang lengkap.
  • Dijamin selamat kerana dijaga rapi oleh security

Harga semalaman masa aku stay di sini adalah RM392/night bagi bilik one bedroom executive. Bilik yang aku booking haritu sangat sesuai untuk family dan berbaloi-baloi. Walaupun menginap di bandar yang sibuk namun masih selesa dan tidak terganggu untuk penghuni berehat. Bilik aku haritu pada tingkat 29 dan serius lokasi yang aku stay haritu sangat strategik. 

Terima kasih banyak V E Hotel & Residence

Suis yang teratur dan tidak menyukarkan kami.

Contoh kalau korang nak stay beramai-ramai dan nak selesa, adalah lebih baik kalau korang booking untuk two bedroom executive yang berharga RM488/night. Tak hairanlah kalau di sini kemudahan fasiliti sangat lengkap kerana dah namanya pun residence, mana mungkin tak lengkapkan? Dari tempat memasak ke oven malah bilik persalinan pun ada. Sangat selesa dan puas hati. Kadang ada jugak perasaan nak tidur ruang mana la ni, nak tidur ruang tamu pun ada, nak tidur bilik tu of course la ada. Dengan tilam dan bantal yang empuk. Memang sempurna la orang kata. Sempurna rasa macam taknak bangun dari tidur wak. Serius bantal dengan katil dia tu, walaweiiiiiiiiiiiiii~


Best!


Tempat parking kereta? Ya. Mempunyai ruang parking yang banyak dan tak perlu risau untuk park kereta ampa tu haaaa. Cuma nak masuk ke V E Hotel & Residence tu sangat pelik sikit, tapi takpe. Korang follow signage depa je. Mudah. InshaAllah takde la sesat barat orang kata. Apa yang aku belajar bila ke hotel-hotel ni adalah direction sesebuah hotel dan belajar berdikari. Walaupun kadang tu agak kebengongan jugak kadang nak cari ruang receptionist dorang. Mulutkan ada. Haaaaa, gitulah konsep dia, V E Hotel & Residence ni mudah la orang kata. Cuma apapun mohon follow signage V E Hotel & Residence bermula dari nak masuk parking tu. Jangan salah park pulak, kang jalan jauh nanti. 


Bila dah sampai pintu V E Hotel & Residence, apa yang aku nampak di V E Hotel & Residence adalah lobi yang penuh kemewahan dan gaya tersendiri. Sangat cantik! Tahniah V E Hotel & Residence !!!! 


Ruang tamu yang moden serta minimalis membuatkan penginapan yang sangat selesa.

Ruang tamu yang cukup luas

Pandangan dari pintu masuk residence

Suasana di kamar tidur

Haaaaaaaa, inilah yang aku cakap tadi. Nampak tak katil dia? Jadinya dah boleh expect kan dia punya tahap selesa tu macamana? Rasa taknak bangun dari mimpi wak! Di bilik ini terdapat juga kemudahan seperti televisyen, bilik persalinan yang dilengkapi dengan iron board, seterika, cermin yang cukup besar dan terus akses ke kamar mandi. Apalagi yang harus aku dustakan ni wahai pembaca semua? Apa sebab yang membuatkan aku untuk menidakkan bahawa di sini semuanya serba lengkap. Dari parking terus ke ruang tamu dan terus ke kamar tidur. Jadi, jom kita tengok kamar mandinya pula. Adakah selesa dan rasa nak berguling di dalam tu?


Haaaaa, jom kita tengok.

Kamar tidur yang cukup selesa

Kamar mandi yang sangat besar dan bersih

Jadi inilah dia kamar mandi yang awak sendiri pun rasa nak berguling bentang toto dalam ni kan? Besar yang amat dan shower dia walaweiiiiiiiii! Best. First kalau aku ke hotel, aku akan tengok kamar mandinya dulu dan bila kamar mandinya cukup selesa maka selesalah yang lain serta aku bagi 5 bintang pada kamar mandi di sini. 

Bilik persalinan 

Inilah dia bilik persalinan yang ada di kamar tidur tadi. Nampakkan apa yang ada? So, tak perlu gigih nak bawak seterika segala bagai tu haaaaaa...


Dapur

Inilah dia dapur yang cukup dengan segala kelengkapan. Nak masak-masak kat sini pun boleh dan yang penting siap disediakan buah-buahan kegemaran lagi haaaa....


Dekorasi di Level M3


Sarapan di The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe

Haaaaaaa, walaupun stay semalaman di sini aku sempat lagi menikmati hidangan ketika waktu pagi di The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Apa yang aku boleh cakap di sini, hidangan ketika sarapan pagi sangat sempurna dan banyak pilihan. Dari masakan kampung hinggalah barat. Haaaaa! Terbaik! Makan la sampai puas wak.

Gym dibuka sehingga 24 jam

Bukan tu sahaja, di V E Hotel & Residence ni pun `ada gym korang weh. Haaaaa boleh la kalau sesapa kaki gym nak main gym di sini. Memang lengkap segala peralatan dia. Banyak pun banyak. Apa yang penting, free je wak masuk dia. Yang bestnya, kat level M3 ni ada 24 hours gym dan persalinan baju. Kira, one-stop centre yang terdiri daripada konsep dining, fitness dan pilihan hiburan. Swimming pool pastu bar yang konsep terbuka dengan al-fresco view of the city, best ke idokkkkk?Tapi best, view sana cantik. Nampak seluruh bangsar south. Selain itu juga, ada sauna, swimming pool untuk kanak-kanak, spa dan sun deck! Bergambarlah sepuasnya.

view yang terdapat di level M3

dekorasi yang seni dari pintu keluar masuk lif ke residence dan hotel

Mempunyai kemudahan bagi warga emas dan juga OKU.

Swimming pool yang dipanggil infinity pool

Relaks di tepi infinity pool

pemandangan daripada level  m3

Pemandangan dari V E Hotel & Residence


Kalau korang nak tahu, bersempena ulangtahun yang pertama di V E Hotel & Residence, mereka telah mengadakan promosi di mana harga sebuah residence adalah bermula daripada RM185/night dan masa untuk booking adalah sehingga 21 Mei 2017. Staying period from 16 Mei 2017 hingga 31 Jan 2018. Haaaaaa, menarik ke idok? So, sape kat sini dah booking? Anda sangat bertuah! Apapun, terima kasih banyak V E Hotel & Residence kerana menyediakan kemudahan yang sangat selesa dan seronok! Rasa nak stay lagi! 



Alamat: 
V E Hotel & Residence,
Bangs South City,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur

Hubungi:
+603 2246 2888

Emel:
info@vehotel.com


Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com



2 ulasan:

  1. Asyik nih Kak bisa menginap di hotel bintang 4, ade harge ade rupe. :-)

    BalasPadam
  2. memang selesa tu.dah macam duk kat rumah
    JanjiKita

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..