BUFFET RAMADAN 2017 : THE EVERLY, PUTRAJAYA




Buffet Ramadan 2017: The Everly, Putrajaya | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyy! bertemu lagi kita untuk pilihan buffet ramadhan pada tahun 2017 ini. So, macamana korang semua. Hari ini adalah hari pertama kita semua berpuasa di bulan Ramadan dan macamana? Takkan terlepas sahur kot awak?hihi So baru ni The Everly, Putrajaya telah menjemput aku untuk ke review buffet ramadhan di Restoran Fuze iaitu terletak di The Everly,Putrajaya. Siapa pernah sampai ke sini? Haaaaaa, Mudah je, kalau nak datang ke The Everly, Putrajaya ni just waze 'The Everly Putrajaya' juga berhampiran dengan Alamanda Putrajaya dan untuk parking kereta anda boleh parking di basement.



BERKENAAN THE EVERLY, PUTRAJAYA:
Lokasi yang sangat mudah untuk dituju dan suasana di sini sangat kondusif dan selesa. Juga strategik kerana The Everly, Putrajaya ini berada di tengah-tengah kawasan pentadbiran, membeli-belah dan perniagaan. The Everly Putrajaya ini adalah hotel yang sangat sesuai untuk golongan korporat seperti perniagaan, bermesyuarat dan bercuti. Hotel ini mempunyai 380 bilik tetamu, 1800 kerusi dewan bankuet, lapan bilik mesyuarat, restoran, lounge/kafe, kolam renang serta lounge eksekutif untuk anak-anak kapal beristirehat. Seperti yang saya maklumkan di perenggan atas tadi, Hotel ini terletak bersebelahan dengan Pusat Membeli-belah Alamanda. Hotel ini juga terletak 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terdapat beberapa tarikan pelancongan seperti Cruise di Tasik Putrajaya, Taman Metropolitan, Taman Botani, Wetland Park dan Taman Warisan Pertanian. Menarikkan?



INFO TERBARU:
Ingat, jangan lupa mark kalender korang bermula daripada 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 kerana Restoran Fuze sedang menanti 'kepulangan' korang semua untuk berbuka puasa bersama selaras dengan tema 'Warisan, Kini selamanya' yang memberi maksud membawa korang semua ke kampung halaman untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai. Jika diberi pilihan dengan siapa kita nak berbuka puasa bersama dah tentulah dengan keluarga cintakan namun pilihan utama adalah bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara untuk berbuka puasa. Jadi, The Everly setia menanti kepulangan anda untuk berbuka puasa di The Everly,Putrajaya bersama orang yang tersayang.


HARGA BIASA BERMULA BERMULA 2 JUN 2017 & SETERUSNYA:
RM98

HARGA PROMOSI BERMULA 29 MEI 2017 HINGGA 2 JUN 2017:
RM78/DEWASA


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Antara menu yang ada adalah seperti Kambing Sup Tulang, Gearbox, Ekor Utara, Nasi Ambeng Ayam Tempayan,Shawarma,Satay, pencuci mulut dan banyak lagi. 


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI THE EVERLY,PUTRAJAYA?
Menariknya di sini, makan la sepuas hati dan ada juga menu seperti seafood on ice dan jangan lupa untuk mencuba nasi ambeng tau. Memang sedap!


LAIN-LAIN

  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di basement.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan.
  • Pilihan menu yang banyak.

MENU WARISAN, KINI SELAMANYA .





WEBSITE  | FACEBOOK 
HASHTAG: #TEbuffetramadhan17 

Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 03-8892 2921/03-8892 2929/018-2231310 untuk SPECIAL PRICE atau email norazzah.omar@theeverlygroup.com

 Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com



5 ulasan:

  1. adeh, tahun ni tak rasa nak berbuka kat hotel. berjimat cermat sikit. tapiiii... buffet kat putrajaya ni nampak sungguh sedap la... geram bro

    BalasPadam
  2. Meleleh bak hang tengok gambar makanan tu.. tak sabo nak buka puasa.

    BalasPadam
  3. dok pandang sate je..hehe..sate lah mana-mana pun sedap
    JanjiKita

    BalasPadam
  4. Member baru wasap ajak berbuka kat sana esok. Try google..nampak special je ni. Insya allah kami akan kesana esok. Thanks for info dan pic.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..