PILIHAN KEK DI GULA PETITE SEDAP






Pilihan Kek Di Gula Petite Sedap | Gula petite? First time aku dengar, aku ingatkan kedai baju untuk orang yang bersaiz petite. Sekali bukan awaknya. Rupanya Gula Petite ini adalah kafe mini yang sangat comel konsep dia. Konsep dia tau. Bukan dari segi menu lagi tu. Kalau siapa yang peminat setia Gula Petite ini, dah tentu korang tahukan Gula Petite ini merupakan cawangan yang kedua selepas Gula Cakery yang terletak di Kota Kemuning,Shah Alam. 


Untuk pengetahuan korang semua, kafe Gula Cakery yang berkonsepkan comel seperti pemiliknya telah beroperasi selama setahun enam bulan dan mempunyai hampir 80 ribu pengikut di instagram. Setelah Gula Cakery ini mendapat sambutan yang luar biasa, pemilik Gula Cakery telah mengambil keputusan untuk membuka cawangan kedua di IOI City Mall,Putrajaya yang diberi nama GULA PETITE dimana lokasi ini sangat strategik dan mempunyai kapasiti pelanggan yang ramai apabila hujung minggu. Haaaaa, takkan selama korang ke IOI City Mall tu korang tengok je Gula Petite dari kejauhan? Haaa,ni aku jamin setiap apa yang korang beli tu memang buat korang menduga dari mula korang ngappppppppp sampailah selamanya. Tak terduga sedap dia weh.



DATO' HUSNI SALLEH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERAJU

MEK ONIE BERSAMA PEMILIK GULA PETITE, NOR ARENI ADRIENA BINTI MOHD RITZAL

Kebetulan, minggu lepas aku ke IOI City Mall,Putrajaya untuk menghadirkan diri ke Majlis Perasmian Gula Petite yang merupakan cawangan kedua Gula Cakery dan dirasmikan oleh Dato'Husni Salleh,Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Di Gula Petite ini, korang boleh membeli atau memilih pelbagai jualan aneka jenis kek,sandwich dan hidangan minuman panas dan sejuk. Menurut pemiliknya,Nor Arieni Adriena Binti Mohd Ritzal tiada yang berbeza antara Gula Cakery dan Gula Petite cuma di cawangan Kota Kemuning korang semua boleh mencuba menu panas seperti Nasi Tomato, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Menariknya lagi,di Gula Cakery ini turut menyediakan Kelas Bakeri kepada kanak-kanak bermula usia 2 tahun dan dewasa dengan harga yang sangat berpatutan. Di Kelas Bakeri juga, korang boleh belajar bagaimana untuk membuat kek yang sedap dan hanya perly membawa diri sahaja apabila menghadiri ke Kelas Bakeri.


20 Menarik tentang Gula Petite ini adalah:-

  1. Menyediakan 13 jenis kek setiap hari dan harga bermula kek satu slice berharga RM13.
  2. Kek yang paling ramai peminatnya adalah perisa KEK GULA PANDAN MELAKA. Kalau aku,aku akan pilih Pandan dulu jugak. Cuma haritu takdan nak try sebab banyak sangat pilihan. InshaAllah soon aku nak try.
  3. Untuk kelainan, mereka di Gula Cakery // Gula Petite akan membuat kepelbagaian dari segi kelainan jenis kek supaya pelanggan tidak bosan dengan kek perisa yang sama pada setiap minggu.
  4. Sedap? Heiiii... of course lah sedap.
  5. Nak mencuba cream puff resepi Paris? Haaa,jom ke Gula Cakery atau ke Gula Petite. 
  6. Jangan lupa try Brownies Vivy tau. Kenapa nama Vivy?Haa disebabkan Vivy (Pengasas Fashion Valet) telah membeli brownies dari Gula Petite ni jugaklah pengikut di instagram semakin melonjak tinggi sehingga kini dan dikenali oleh pencinta kek di luar sana. Sweetkan? Tahniah Gula Petite!
  7. Harga sangat berpatutan dan tidak menghampakan setiap pilihan kek.
  8. Gula Petite berlokasikan di sebelah ice skating dan berada di tingkat 1 serta berhadapan dengan District 21.
  9. Keluarga yang ingin membawa anak mereka bermain di Ice Skating atau District 21 juga boleh mengunjungi Gula Petite semasa anak mereka bermain sambil memantau dari jauh. Haaa,alang-alangkan..hihi. Lokasi yang sangat strategik untuk hiburan keluarga di hujung minggu.
  10. Pemilik Gula sangat mementingkan pelanggan supaya pelanggan berpuas hati semasa membeli di Gula.
  11. Mempunyai pekerja yang ramai untuk bahagian masing-masing dan kepakaran.
  12. Mempunyai Gula guru, Gula gala, Gula Cakery, Gula Petite, Gula Books.
  13. Baru lancarkan Buku Nota Resepi Istimewa yang mempunyai resepi khas dari pemilik Gula Petite sendiri dan pelbagai warna pilihan hati boleh dipilih.
  14. Sehari 50 kek di buat.
  15. Baru sahaja menyewa kedai untuk dapur di Kota Kemuning supaya mempunyai ruang yang selesa.
  16. Ramai peminat kek dari lelaki yang suka mengikuti kelas Gula ini.
  17. Walaupun pemilik tiada background chef tetapi beliau menjadikan minat sebagai sumber pendapatan beliau.
  18. Pemilik suka mencampurkan dua perisa seperti carrot cake dan cheese cake menjadi satu kek yang mempunyai perisa berlainan.
  19. Lokasi seterusnya, adakah di Damansara??????? Yeayyyyyy...siapa yang tak sabar sila angkat tangan now! Kita tunggu kemunculannya, inshaAllah.
  20. Harga buku nota tersebut berharga RM85 dan siapa pembeli awal akan dapat harga promosi RM75.
PILIHAN KEK DI GULA PETITE YANG MENCENGKAM JIWA

















SEKITAR MAJLIS PERASMIAN GULA PETITE YANG SANGAT COMEL



A post shared by GULA Cakery (@gulacakery) on 














Terima kasih Gula Petite.
Mengidam Kek-kek dari Gula Petite!
Huwarggggggghhhhhhhh!!!!! 
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭


Email: hello@gulacakery.com


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..