BUFET RAMADAN TERMURAH SETAKAT INI




Bufet Ramadan Termurah Setakat Ini | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Well, sejujurnya minggu lepas adalah minggu aku berbuka puasa di luar dan sebenarnya macam-macam juadah jugalah aku jumpa makanan. Semua best-best dan juadah yang wajib aku terkam dulu adalah pencuci mulut iaitu kuih-muih dan dessert. Tapi yang bestnya, haritu aku berbuka di Red Carpet Avenue iaitu terletak di The Strand Mall, Damansara. Sejujurnya aku nak cakap, di sini sangat selesa dan korang boleh waze je lokasi ni. Untuk makluman korang semua, harga dia sangat murah dan sangat berbaloi kalau nak berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan. Paling best sekali, bila dah jumpa harga bufet ramadan yang tersangat murah dan berbaloi-baloi sampai tak tahu nak cakap macamana. 


BERKENAAN RED CARPET AVENUE:
Well, macam yang aku cakap tadi. Lokasi dia sangat strategik dan kebetulan bulan-bulan puasa ni trafik memang teruk yang amat. Tapi takpe, korang just bukak waze dan abg wazi akan bawak ke jalan yang benar dan pantas sepantas kilat ye. Tapi betul aku nak kata ni. Parking di sini mudah je nak dapat. Tahun ini adalah tahun pertama Felda DSaji buat bufet ramadan di Red Carpet Avenue. Iye. Felda DSaji tau korang. Makanan pun dah tentu tak mengecewakan. So, korang kena jugak datang merasa okay?



INFO TERBARU:
Selain bufet ramadan di sini, Dewan Perdana Felda yang terletak di Jalan Semarak,KL dan Kajang Perdana Avenue di Kajang pun tak dilupakan. Cuma harga ada beza sikit dengan Red Carpet Avenue ni. Betul. Bufet ramadan di Red Carpet Avenue ni murah yang teramat sangat. Makanan pun pelbagailah orang kata. Kambing golek? Heiiiii gila kau takde kambing golek. Kambing goleklah kesukaan orang ramai termasuk awak yang baca ni kan? Haaaa...so harga di Red Carpet Avenue seperti di bawah:-



HARGA :
RM39+/DEWASA
RM23+/KANAK-KANAK


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Antara menu yang ada adalah seperti Kambing Golek, Laksa, Nasi Dagang, Lauk-Pauk, Ikan Patin Masak Tempoyak, Seput Sedut Masak Lemak, Telur Itik dan banyokkkkkk lagi haaaaa... 


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN RED CARPET AVENUE?
Menariknya di sini, pelbagai hidangan citarasa yang ada korang boleh cuba. Lauk pauk pun sedap. Masakan seperti mee goreng pun ada. 


LAIN-LAIN

  • Bufet ramadan ini bukanlah DI DALAM The Strand Mall tau. Tapi dia open air. So, tiada aircond. JANGAN RISAU. Takdelah panas sangat pun. Panas lagi api neraka. Eh. 
  • Parking. Nak jimat parkinglah diluar The Strand Mall. Free je haaaa...
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan. Toilet macam kat hotel derrrrrr! Surau dia pun cantik dan selesa. Nak selesa bawaklah telekung sendiri kalau taknak berebut ke apa ke kan.
  • Pilihan menu yang banyak.
  • Ni nak bagitahu, tempahan bufet dah SOLD OUT sehingga 12 Jun 2017. Jadinya, kalau taknak menjadi manusia yang dalam kerugian dan menyesal silalah book awal-awal okay. No. telefon untuk tempahan boleh tengok di bawah posting ini.

PELBAGAI HIDANGAN CITARASA RAMADAN


Pelbagai gerai yang menyediakan juadah menyelerakan.

Suasana berbuka di Red Carpet Avenue open air dan selesa.













Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 03-26988302  atau email salesdsaji@felda.net.my

Jangan lupa try la buka puasa di sini dan jangan lupa jugak untuk book awal-awal ke. Nak selamat book la seminggu awal ke,haaaaa....Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..