CARA MUDAH BUKA PUASA DI FAMILYMART, NU SENTRAL




Cara Mudah Buka Puasa Di FamilyMart, Nu Sentral | Haritu bila aku termasuk FamilyMart ni aku terperasan satu sudut di mana sudut tersebut menyediakan hidangan berbuka puasa dan aku sendiri telah cuba! Serius sedap yang amat hidangan dia walaupun dalam bentuk beku dan kita kena panaskan semula. Serius sedap! Jadi, takde masalah lagi la kan kalau nak berbuka puasa. Lelagi lauk kampung. Haaaa! Ni ditengah-tengah bandaran celah mana la nak carikan. Lelagi area Nu Sentral ni haaa... Kau rasa celah mana nak dapat lauk yang betul-betul tekak melayu ni haaaa? Tak semestinya di food court Nu Sentral ada kan. Macam yang aku cakap. Di FamilyMart Nu Sentral ada weh lauk-lauk tu untuk berbuka puasa. 





Sebelum aku cerita hidangan apa dia kan. Izinkanlah untuk aku bercerita tentang FamilyMart ni dulukan. Siapa yang pernah ke Jepun dah tentu tahu apa yang ada di FamilyMart ni kan? FamilyMart ini telah ditubuhkan di Sayama,Saitama iaitu di Japan pada tahun 1973 dan sudah lama bertapak rupanya. Sekarang ni dah ada lebih 25,000 store seluruh negara yang terpilih. Di mana korang boleh jumpa FamilyMart ni di 8 negara iaitu Japan, Taiwan, Thailand, China, Vietnam, Indonesia, Philippines dan sekarang dah ada di Malaysia tau! Satu berita baikkan pada penggemar makanan dan minuman Jepun ni?


Master Franchisor bagi Malaysia adalah syarikat Maxincome Resources Sdn.Bhd. dimana dimiliki penuh oleh QL Resources Berhad. Supaya tiada kekeliruan untuk masa akan datang pada korang.



Sempat lagi berbuka puasa bersama sahabat di FamilyMart Nu Sentral tu. Nasib baik ada kerusi dan meja. Jadi kami duduk tunggu azan dan berbuka di situ jela haaaa.. Sebelum aku cerita hidangan apa yang ada dijual meh sini aku nak share produk dan servis apa yang ada di sini.

Produk dan servis yang ada di FamilyMart adalah:

  • Makanan Ready-to-eat seperti FamilyMart signature oden, bento, onigiri, sofuto ice-cream, sandwich, roti dan bun, mee dan pasta pun ada dijual tau serta banyak lagi menu yang ada. Semua buat korang nak mencuba semua. 
  • Macam snek-snek dari pelbagai pelusuk yang datang seperti biskut jepun, teh dan banyak lagi haaaa..
  • Barang make up pun ada. Remover wipes, manicure set, facial mask dan banyak lagi barang keperluan diri.
  • Paling menarik sekali bila FamilyMart ni ada menyediakan servis kurier, servis printing, pembayaran bil, top up, reload dan servis ini akan diperkenalkan fasa akan datang di mana bergantung kepada lokasi dan saiz kedai ini.
  • Barangan harian seperti shampoo, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, barangan dapur semua ada di sini. 

Apa yang unik berkenaan FamilyMart yang ada di Malaysia ni?
  • Konsep konbini atau convenience store semakin banyak diperkenalkan seperti di negara Indonesia, Jepun, Vietnam, Malaysia dan banyak lagi. Konsep ini sebenarnya memudahkan ramai pelanggan yang tidak punya masa dan berkeinginan hidangan disediakan dalam tempoh masa yang singkat. Konsep ini juga biasanya self-service atau layan diri dan kalau korang nak tahu ini adalah konsep yang ada di Jepun dan sangat sistematik sebenarnya. Kebiasaan yang korang boleh tengok pada stor sebegini adalah ia menyediakan kerusi dan meja untuk pelanggan duduk makan di sesuatu kedai itu. Seperti di FamilyMart sendiri pun ada menyediakan kemudahan tersebut. Makanan yang dijual pun kebanyakan di peti sejuk beku di mana pelanggan boleh memanaskan makanan tersebut di microwave atau kemudahan yang ada di FamilyMart itu sendiri. 
  • Kebiasaanya, waktu tengahari akan penuh kerana ramai pelanggan memilih untuk memakan di sini kerana menu yang disediakan tidak berat dan portion makanan serta harga pun sangat berbaloi-baloi.

So, inilah dia menu berbuka puasa yang kau duk pung pang pung pang dari tadi haaaaaa dan menu ini juga adalah menu baru sempena bulan ramadan dan hari raya bakal tiba.... Serius semua menu ini sedap dan aku bagi 4.5 bintang dan 5 bintang. Macam lauk orang kampung masak dan rasa dia buat teringat kat kampung tiba-tiba weh!








Antara menu yang ada adalah seperti:
  1. Nasi Pulut Kuning - Harga: RM3.50/pc (RM4.20/pc di KLIA2) ; Nasi pulut kuning adalah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Mengikut tradisi, ia dihidangkan semasa musim perayaan sebagai simbol tuah, kemakmuran, kekayaan dan kehormatan.
  2. Nasi Impit - Harga: RM3.50/pc (RM4.20/pc di KLIA2) ; Nasi impit adalah salah satu makanan tradisi Melayu, yang biasanya diual semasa Hari Raya. Ia selalunya dihidangkan dengan kuah kacang, randang atau sate.
  3. Lemang - Harga: RM4.00/pc (RM4.80/pc di KLIA2) ; Lemang adalah item makanan yang wajib ada pada bulan Ramadan. Ia diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam dan biasanya dihidangkan bersama rendang.
  4. Nasi putih - Harga: RM2.20/pc (RM2.65/pc di KLIA2) ; Nasi putih yang wangi dan gebu, enak dinikmati bersama mana-mana hidangan sampingan yang ada.
  5. Sambal Tumis Ikan Bilis - Harga: RM4.90/pc (RM5.90/pc di KLIA2) ;Salah satu hidangan sampingan kegemaran semua yang melazatkan mana-mana juadah. Pedas, harum dan penuh dengan ikan bilis yang enak.
  6. Ayam Masak Merah - Harga: RM5.90/pc (RM7.10/pc di KLIA2) ;Salah satu hidangan tempatan kegemaran dengan kuahnya yang harum dan pekat. Paling enak dijamu bersama pelbagai hidangan nasi.
  7. Ayam Kapitan - Harga: RM5.90/pc (RM7.10/pc di KLIA2) ; Hidangan klasik Nyonya dengan campuran rasa Melayu dan Cina yang unik. Pasti mengidamkannya bila-bila jua.
  8. Kari Ayam - Harga: RM5.90/pc (RM7.10/pc di KLIA2) ; Satu lagi kegemaran semua dengan campuran rempahnya yang wangi bersama dengan ketulan ubi kentang. Hidangan ini tentu mengingatkan korang dengan masakan emakkan.
  9. Rendang Ayam - Harga: RM5.90/pc (RM7.10/pc di KLIA2) ; Memang susah untuk menahan diri dari rendang yang enak dengan gabungan rempahnya yang wangi dan kuahnya yang enak. Paling sesuai dimakan dengan rendang!
  10. Kuah Lodeh - Harga: RM5.50/pc (RM6.60/pc di KLIA2) ; Kuah dia yang pekat dan berlemak bersama dengan pelbagai sayuran. Salah satu pilihan kegemaran pada bulan ramadan dan hari raya. Tak sabar nak cari lodeh lagi!
  11. Nasi Tomato Bento  - Harga: RM8.90/pc (RM10.70/pc di KLIA2) ; Haaa,satu lagi hidangan nasi yang popular. Sape tak sukakan nasi tomato ni,hihi..Nasi Tomato ini dihidangkan bersama ayam masak merah dan sayur.



Pelbagai pelanggan datang membeli tak kira Melayu, Cina dan India. Makanan minuman yang ditawarkan di sini sangat menggiurkan.



Hampir kosong dah peti sejuk beku masa aku datang. Time tu dah jam 6.30 petang gitu dan maklumlah dah nak berbuka puasakan time tu. Dah ramai menapau dah time tu.


Pilihan hidangan bento yang menarik hati pelanggan. Harga pun sangat berbaloi.






FamilyMart Nu Sentral ini adalah salah satu cawangan yang ada di Malaysia dan lokasi FamilyMart ini mudah dicari kerana ia menghala ke Monorel. Tak susah pun. Alang-alang balik kerja tu silalah terjah FamilyMart  Teringin cookies tu la,emmmmmmmm T_T Dahhhhhhh! mudahkannnnnnn nak buka puasa di FamilyMart, Nu Sentral ni. Jangan lupa terjah FamilyMartnanti tau :)

12 Cawangan FamilyMart di Malaysia dan waktu operasi adalah seperti di bawah:

  1. Nu Sentral (G/F 40 Ground Floor) - 6am - 11pm
  2. Wisma Lim Foo Yong (Ground Floor) - 24 jam
  3. Mid Valley Megamall (Unit F027C,Level 1 North Court) - 6am-11pm
  4. Sungai Buloh-KajangMRT Line (TTDI Station) - 6am-11pm
  5. Gateway @ KLIA2 (UnitL3-12 & L3-13,Level 3) - 24 jam
  6. SS15 (No.20 Jalan SS15/8) - 24 jam
  7. MyTown (Lot No.B1-031,Basement 1 - 10am-10pm
  8. Jalan Sultan (Lot 119,Ground Floor) - 24 jam
  9. Changkat Bukit Bintang (18-1 Ground Floor) - 24 jam
  10. Sunway Velocity (Lot No.1-22) -8.30am-11pm
  11. Taylor's Lakeside (Lot G6,Ground Floor) - 24 jam
  12. Jalan Sultan Ismail (42 Ground Floor) - 24 jam



Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com



2 ulasan:

  1. Akak opis sebelah NuSentral ni pun x pernah pergi lagi kat sini...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. SILA PERGI DAN CUBA MAKANAN-MAKANAN KAT SINI KAK! SEDAP..HARITU ONIE BELI DAN BAWAK BALIK..SEMUA FAMILY SUKA...SYUKUR,HIHI

      Padam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..