MUKA BERMINYAK? PAKAI JE MEDITREE.
Muka Berminyak? Pakai Je Meditree | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masuk ni dah nak dekat 3 minggu macam tu dah aku rasa pakai Meditree. Sebab kenapa aku pakai Meditree ni? Sebab aku pentingkan penjagaan kulit muka (skincare) dari make up. Serius, tahun ini lah tahun aku kurang ber-make up dan aku lebihkan kepada skincare. Kebetulan aku punya lifestyle sekarang ni sangat tak tentu sebab kadang-kadang aku perlu outstation, kadang aku berada dalam suasana yang berhabuk dan berhawa dingin. Jadi kulit muka aku pun mualah tak menentu. Tapi ini adalah review jujur dari aku tau. Sebab dah ramai sangat yang teringin nak tahu produk apa yang aku pakai sebab kulit muka aku better lagi dari 4 5 minggu yang lepas tu. Alhamdulillah sekarang better than past. Aku rasa macam beruntung jugak bila aku pakai produk baru muka aku tak meninggalkan kesan yang tidak diingini.
Macam yang aku cakap pada tajuk entri kali ini adalah 'Muka Berminyak? Pakai Je Meditree.' Yes! 4 5 minggu lepas memang kulit muka aku berminyak dia Ya Rabbi. Walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Still berminyak. Kalau duduk di bawah matahari lagilah. Kadang tak selesa dengan muka dan kadang malu jugak nak berhadapan dengan orang ni.
Bukan apa, aku tak suka bila orang tegur.
'Eh, onie kenapa muka kau berminyak dia boleh nak goreng ikan ni onie?'
'Onie, kenapa ada bekas jerawat tu?'
Onie itu..
Onie ini..
Blablabla
Dah lepas pada tu aku rasa meluat jugak dengan pertanyaan ampa tu, haaaaaa...
Nampak tak aku dah start bebel kat situ? HAHA!
Bila haritu aku tanya-tanya orang dan aku dah lama tertengok di Watsons, tiba-tiba aku kata. Yesss! Aku kena pakai Meditree ni. Aku kena pakai jugak! Haaaa... Sebab apa aku nak pakai? Satu, aku lebih sukakan skincare daripada makeup. Dua, aku taknak dengar pertanyaan ampa tu lagi. Tiga, aku nak pulihkan kulit muka aku jadi normal balik!
So. Cukuplah dulu untuk 3 sebab kenapa aku nak pakai Meditree ni haaaa.. Nampakkan aku pegang produk Meditree atas ni? Jadi, yang aku pegang produk tu kesemuanya memainkan peranan masing-masing. Nampakkan muka aku tu putih-putih macam tu? Haaa takpe. Kita move slowly okay. Read slowly and please fahamkan apa yang aku nak kongsikan ini.
Meditree Tea Tree ni apa?
Meditree Tea Tree ini juga dikenali sebagai Meditree Tea Tree Range ini adalah produk 100% semulajadi dan tidak membahayakan kulit muka korang tu. Jangan was-was. Siapa yang peminat setia Tea Tree ni dia tahulah bau produk yang ada Tea Tree ni macamana. Bau dia macam ubat-ubat nak ke herba macam tu. Sesuailah dengan nama produk ini iaitu Meditree iaitu Medicinal Tree. Tapi takla menjengkelkan bau dia. So, please jangan pelik dengan bau Meditree Tea Tree ni.
Tea Tree ini adalah semulajadi anti-bakteria untuk mengekalkan keasliannya. Disebabkan pelbagai sejarah yang ada berkenaan Tea Tree ini, ianya masih dipandang tinggi di seluruh dunia. Haaa, itu yang menariknya berkenaan Tea Tree ini.
Sebab kenapa aku pakai produk ini? Sebab salah satunya kerana produk ini menggabungkan ekstrak antibakteria dan ketenangan yang bertujuan untuk membantu kulit muka terdedah berminyak dan berjerawat.
Meditree Tea Tree ni mempunyai 5 produk iaitu:
- Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90
- Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75
- Tea Tree Acne Gel (15g) - RM14.55
- Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75
- Tea Tree Oil (10ml) - RM28.00
Dari kiri adalah cleanser, hydrant dan scrub & mask. |
Aku akan kongsikan fungsi setiap produk ini. Macamana dia boleh membantu untuk merawat kulit muka yang berminyak dan berjerawat. Make sure kena ikut langkah-langkah yang betul la ye.
- Tea Tree Oil (10ml) - RM28.00
Sesuai untuk mereka: Mereka yang terkena gigitan serangga, sengatan, luka dan abrassions.
Fungsi: Memulihkan dan menenangkan dibahagian yang sakit.
Cara penggunaan: untuk produk ini, digunakan pada luaran sahaja ye dan perlu sapukan 1-2 titis pada satu masa. Kalau ada permasalahan korang kena berhenti pakai produk ni.
- Tea Tree Acne Gel (15g) - RM14.55
Sesuai untuk mereka: Beminyak, Konbinasi dan kulit berjerawat
Fungsi: Menenangkan dan membantu untuk membersihkan serta menyembuhkan kulit daripada terdedah jerawat.
Cara penggunaan: Sapu sikit je pada kawasan yang bermasalah 1-2 kali sehari bila diperlukan.
Tokoferol (Vitamin E) ini melambatkan kerosakan sel-sel kulit dan pembaharuan sel, menganjalkan kulit serta pemulihan kulit.
Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75
- Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75
Sesuai untuk mereka:Normal, kering, berminyak dan konbinasi
Fungsi: Membantu merangsang peredaran untuk membuatkan kulit licin dan lebih cerah.
Cara penggunaan: Gunakan pagi atau malam dan 1-2 kali seminggu. Cara penggunaan mudah sahaja, just lembapkan muka dan urut perlahan-lahan jika korang jadikan sebagai scrub atau untuk mask, korang perlu biarkan 10 minit dan bilas. Siap.
Siap mask muka!
dan sekarang jom cuci muka!
Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90
- Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90
Sesuai untuk mereka: Kulit berminyak, Konbinasi dan kulit berjerawat.
Fungsi: Tea Tree dan Williw Bark ini berfungsi untuk membersihkan dan membuang minyak serta kotoran manakala Aloe Vera melegakan kulit muka.
Cara penggunaan: Lembapkan je kulit muka dan urut perlahan-lahan di seluruh muka dan leher. Bilas dengan air suam dan aku gunakan setiap pagi dan malam.
Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) ialah bahan yang sangat popular dalam rumusan penjagaan kulit kerana anti-kulat, anti-bakteria dan anti-virus. Kalau korang nak tahu, Tea Tree Oil ini bukan je mampu membunuh kuman, ia juga adalah mampu membantu kulit sihat dan pertumbuhan sel kulit baru.
Sebab kenapa aku suka dengan Tea Tree Oil ini adalah ianya anti-berjangkit, antibiotik, antiseptik, anti-virus, bakteria, balsamic, ekspektoran, racun kulat, imun perangsang, racun serangga dan perangsang.
Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75
- Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75
Sesuai untuk mereka: Konbinasi dan Kulit Berjerawat
Fungsi: Tea Tree Oil mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-radang bagi membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan manakala ekstrak chamomile membantu dalam menenangkan dan melembutkan kulit muka.
Cara penggunaan: Sapukan je dalam kuantiti yang sikit pada muka dan leher selepas membersih muka. Aku guna pagi dan malam.
Kalau korang nak tahu, ekstrak chamomile yang ada dalam produk ini bertindak sebagai anti-radang dan penyembuhan serta membantu dalam menenangkan kulit muka.
So, nah! Sila jelesssssss... Aku paling happy bila kulit muka jauh dari berminyak dan jerawat segala bagai tu. Dan aku sekarang dah yakin dengan apa yang aku ada lelagi kulit muka aku dan CANTIKKKKKKKKKKKK! dahhhhh, pertanyaan yang aneh-aneh tu sila tolak tepi. SIS tak layan tau, hahahaha 😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍
Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com
Wow! Just wow
BalasPadamsekarang ni saya pun guna barang-barang kat drugstore je. takut nak guna selain daripada tu. nampak macam menarik..
BalasPadamSekarang ni memang mencari produk yang boleh clearkan muka berminyak. Lately ni panas gila kan malaysia ni, muka berminyak teruk
BalasPadamNk tnya. Kalo tea tree oil tu letak kt bhgian jerawat tak boleh eh ? Cuma ssuai utk gigitan serangga ja ka ?
BalasPadamSaya pun sama letak tea tree oil tu kat jerawat. Saya ade terbaca kat 1 blog ni, jerawat pun boleh. Boleh je sbb dia tea tree oil kan. So mmg bagus utk jerawat. Hehe
PadamAWAK HYDRATOR TU ADA JUAL DEKTA MANA ?
BalasPadam