PRODUK WARDAH DARI NEGARA SEBERANG BEST

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best | Yeay! Akhirnya, berkesempatan juga aku untuk berkongsi kisah Wardah ini. Sejujurnya, aku pertama kali mendengar tentang produk yang jauh dari negara sebererang iaitu dari Indonesia. Patutlah cantik-cantik orang Indonesia ni. Rupanya mereka terapkan nilai seperti keyakinan dalam diri tu. No wonder, orang Indonesia ni sentiasa cantik luar dan dalam. Kalau korang nak tahu, gambar atas ni aku make up fully guna produk Wardah dan serius aku suka bila dah siap semua. Memang full coverage dan ringan! Tak rasa rimas sikit pun :D

Ini sebenarnya kisah nak dekat sebulan dah dan harapnya masih tak terlambat lagilah untuk aku berkongsi dengan korang semua tentang Wardah. Wardah sangat dikenali dari bibir-bibir di Negara Indonesia yang berkonsepkan 'Inspiring Beauty' . Kebetulan aku berpeluang untuk mencuba sendiri produk yang bakal bertapak di Malaysia. So yeay! Seriously aku suka dengan produk ni dan ternyata bukan omongan kosong pengguna. Ianya benar belaka dan dah tentu memberi inspirasi kepada setiap wanita. (tetiba omong Indo,haha!)


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie dan Nisa Kay


Brand manager kosmetik Wardah iaitu Riffina Affandi mengatakan setiap wanita cantik dan mereka mempunyai cara tersendiri dan mereka menjadikan idola dalam kalangan dan terlupa bahawa tak perlu melihat kecantikan atau keyakinan orang lain semata-mata untuk cantikkan. Jadi Wardah membantu setiap wanita untuk mendapatkan keyakinan diri semula dan berkongsi inspirasi kepada semua.


Sebelum aku lupa, terima kasih Wardah kerana menjemput aku ke majlis Inspiring Beauty Afternoon Tea with Wardah tempoh hari. First time join event dari Indonesia. Jauh terbang ke Malaysia.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Bersama Neng Wahidah Yang Cantik

Wardah Mempunyai 3 Konsep Di Mana Konsep Itu Seperti:

1. Tulen dan selamat, campuran teknologi dan semulajadi mampu membuatkan produk ini selamat,HALAL dan berkualiti tinggi;
2. Membantu wanita untuk menambahkan keyakinan diri berkongsi cerita iaitu inspirasi dari pakar kecantikan produk.
3. Bersesuaian konsep 'Inspiring Beauty', Wardah bersama-sama untuk memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk kelihatan cantik luar dan dalam.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Bersama Dian Pelangi


Kalau korang nak tahu, Dian Pelangi merupakan salah seorang duta bagi produk Wardah di mana Dian Pelangi sendiri memberi banya inspirasi kepada orang di luar sana dan masakan mungkin orang di Malaysia ga kenal sama neng Dian kan?hihi. Berusia lebih muda dari aku sendiri di mana tahun kelahirannya pada 1992 telah mencapai pelbagai kejayaan dan terkenal di mata peminat ini tidak sombong dan sangat mudah bermesra dengan peminatnya termasuk aku sendiri ya neng,hihi.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Cupcake Wardah

6 Fakta Tentang Wardah Yang Korang Perlu Tahu:

1. Sebenarnya, Wardah telah dilancarkan buat pertama kalinya pada September 1995 di Indonesia di bawah PT Paragon Technology & Innovation.
2. Tagline Wardah ini adalah "Inspiring Beauty" dimana tagline ini bersesuaian dengan tujuan utama produk ini dikeluarkan.
3. Wardah adalah produk yang HALAL dan usah khuatir ya kalian (tiba-tiba cakap Indonesia,HAHA). Wardah ini sangat selamat dan berkualiti tinggi dengan jenis kulit yang pelbagai dan warna kosetik.
4. Warna tema Wardah adalah Turqoise dicampur dengan warna putih.
5. Kalau salah satunya duta produk ini Dian Pelangi,ada lagi 3 duta produk Wardah ini iaitu Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan Ralineshah.
6. Yes, paling tak sabar tentang harga dimana korang boleh dapatkan di pasaran bermula RM5.80 hingga RM50.50. Paling penting, produk Wardah akan dilancarkan di Watsaons bermula bulan Jun dan bakal dilancarkan di Giant Malaysia juga.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Inspiring Beauty Afternoon Tea With Wardah

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Bersama Ameera Zaini

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Hadiah Daripada Wardah


Jadi, kalian wajib mencuba produk Wardah ini kerana korang akan merasai sendiri betapa hebat atau tidak produk Wardah ini. Dan aku yakin korang akan suka sebab kenapa? Sebab aku sendiri dah pakai produk ini dan mostly best! Walaupun ga'penuh lagi produknya di 'peti besi'aku. Aku yakin, suatu hari nanti aku akan menambah beberapa koleksi Wardah yang ada di pasaran.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Di Inspiring Beauty Afternoon Tea With Wardah


WARDAH INSPIRING BEAUTY

Wardah believes that beauty comes from within. Dari dalam dan luar kita akan nampak lagi cantik dan terus berkeyakinan.  Dah, punya panjang aku cerita, meh sini aku nak tunjuk beberapa produk Wardah yang aku cuba. Apapun terima kasih Wardah kerana memberi peluang kepada aku untuk mencoba produk yang hebat sekali ini. Sungguh aku udah jatuh cinta sama kualitasnya. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah 

Wardah ada produk penjagaan kulit iaitu dikenali Wardah Skin Care series dan Make Up series. Jadi aku akan ceritain sedikit beberapa koleksi daripada penjagaan kulit dan kosmetik dari Wardah. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Koleksi Produk Wardah

Antara koleksi Wardah yang aku dapat dari Wardah. Antara banyak-banyak ini, mana satu kalian mau pilih dulu?  Yes! Kalau aku, akan memilih Skin Care nya dulu sebelum kosmetik. Jadinya, sebelum aku bercantik-cantik menggunakan produk Wardah ini. Aku akan back up kulit aku dengan Skin Care dahulu kemudian baru kosmetik. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
White Secret Day Cream, Intense Brightening Essence Dan BB Everyday Beauty Balm Cream

Daripada kiri: White Secret Day Cream, Intense Brightening Essence dan BB Everyday Beauty Balm Cream.

Day Cream: melembapkan dan protect kulit daripadan sinaran UV serta mencerahkan kulit.

Intense Brightening Essence: mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan dark spots.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Produk Skincare Wardah

Apa yang aku suka tentang ketiga-tiga produk ini adalah teksturnya yang ringan dan mudah diaplikasikan pada kulit muka aku. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Cantik Bersama Wardah

Nampak sendirikan teksturnya itu? Pelbagai kelebihan yang ada pada produk ini. Dah jom aku ceritakan satu persatu tentang produk ini. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Exclusive Two Way Cake

WARDAH EXCLUSIVE SERIES
Exclusive Two Way Cake

Bedak yang sangat best tekstur dia yang sesuai untuk mereka yang berkulit cerah, natural dan membuatkan make up lebih tahan lama. Full coverage, tahan lama, tekstur yang licin dan membuatkan kulit muka kelihatan licin dan cantik.

Mempunyai 5 warna mengikut kesesuaian kulit iaitu: Light Beige, Sheer Pink, Sandy Beige, Natural dan Coffee Beige

Apa yang istimewanya bedak ini adalah ia beetindak sebagai UV Protection, kelembapan, menyerap minyak, kompleks - nutrient factor dan mrmpunyai Vitamin E paling seronok sekali ianya mampu menutup garis halus,kedutan, dan mempunyai tekstur yang licin untuk make up yang natural tapi dalam masa yang sama ia mampu menutup cela pada muka. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Beauty Balm Cream

Wardah Beauty Balm Cream
Lightening BB Cream

Ada dua pilihan warna:
1. Light
2. Natural

Seronoknya berkenaan produk ini adalah ia menggunakan konsepn"Water Break Technology" di mana apabila korang sapu pada muka ia akan membuatkan muka menjadi segar dan lembap. BB Cream ini mengandungi Aloe Vera dan Bio Hyaluronic Acid. Paling seronok sekali BB Cream ini dapat menutup parut kecil dan dark spots serta sesuai untuk kuliy yang sensitif. Serius best BB Cream ni dan bila aku pakai dia tak jadi crack/pecah.

*Fragrance and paraben free

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Rapikan Bibir Dengan Wardah Lip Balm

WARDAH LIP BALM

Warna yang aku pakai adalah putih dimana siap ada perisanya tau. Aku pilih perisa Vanilla dan berwarna putih. Selain daripada Vanilla, Oren dan Strawberi pun ada haaaa... dan lip balm ini betul-betul lembap pada bibir aku apabila pakai dan ianya tak berapa shiny sangat. Just nice la kan. Selain itu, fungsi dia melembapkan kulit bibir, Vitamin E untuk nourishing dan melindungi sinaran UV.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Matte Lipstick

WARDAH MATTE LIPSTICK - CODE 23 - RUBY RED

Lipstik ni best dan sangat pigmen dengan sekali sapu. Paling penting ianya lembap dan tak buat bibir korang kering. 

So, buat masa ni, aku kongsi produk yang ni dulu untuk korang tau. Jangan lupa cari di Watsons tau. Sebab awal bulan 6 tealh pun masuk di pasaran Malaysia. Apapun, sebelum aku akhiri posting kali ini. Mek Onie ucapkan tahniah kepada Wardah kerana telah mengembangkan sayapnya ke Malaysia dan aku yakin. Peminat di Malaysia sudah ramai pun yang menanti dan siapa dah beli serta mencuba produk ini? Cepat mengaku cepat. Oh satu lagi!!! Walaupun, produk ini berharga murah tapi kualitasnya sangat dijaga dan sangag puas hati! 

Paling penting, kalau korang nak cari Wardah, carilah di Watsons Malaysia dan akan datang inshaAllah di Giant Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:




Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


15 ulasan:

  1. Ya Allah Onie..makin cantik,meletop taw.. bertahun akak tak singgah blog onie,waaa bestnya dapat attend event2 camnih

    BalasPadam
  2. Setiap kali nampak onie, makin lama makin cantik, berseri.. Petanda tak lama lagi ke apa ek?

    Ke sebab produk Wardah?

    BalasPadam
  3. Lovely product, lovely afternoon tea... Memang best..

    BalasPadam
  4. Cantiknya Dian Pelangi..
    Baru tahu, produk ni dari Indonesia rupanya

    BalasPadam
  5. Cantiknya Onie...best la dapat review product luar..yang penting halal dan boleh bawak solat kan...

    BalasPadam
  6. Menarik packaging nya. 1st time dengar jenama Wardah ni.

    BalasPadam
  7. Makin banyak produk yang mesra pengguna dan agama kini. Maka, tiada alasan untuk tidak menghias diri gitew.

    BalasPadam
  8. Dah baca pasal entry di atas, tapi nk puji sikit ttg blog.. blog awak cantik.. dan fresh. hihi..

    BalasPadam
  9. Baru tahu tentang produk wardah ni, tq for sharing. btw pandainya makeup :)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  10. mcm2 kn skrg produk baru..menarik betul hihiiu

    BalasPadam
  11. Wahhh bestnya dapat jumpa Dian Pelangi! Ada produk baru, nanti boleh suggest dekat kakak saya. hihi

    BalasPadam
  12. First time dengar produk range nama wardah. Tapi dari nama pun dah boleh agak produk ni halal dan ala ala suci. Boleh cube nanti

    BalasPadam
  13. Cantiknya dian tu. Mesti mek onie akan cantik mcm dia lps pakai produk wardah ni nanti

    BalasPadam
  14. Dah lama tengok produk wardah ni, dah la packaging dia cantik!

    BalasPadam
  15. hi blh tak saya nk tanya berapa produk tu

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..