RESEPI RENDANG AYAM PUCUK UBI MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI
Resepi Rendang Mudah Dengan Rempah Ratus Mak Siti | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ya Rabbi, berapa hari je lagi kita nak raya ni weh. Dah praktis masak ke korang yang baru kahwin tu? Kahkah. Haritu, kemain la sibuk teringin nak rendanglah. Rendang bakal mertua lah. Teringin nak makan rendang calon mak mertualah, EH! Semualah awak weh! Kalau minggu lepas aku busy berbuka puasa di luar rumah. Nah! Minggu ni, aku lagi busy berbuka di luar rumah lagi. Kali ini betul-betul di luar rumah tau. Tak percaya tengoklah gambar bawah ni,haha.
Ye. malas malas aku pun, aku masih rajin lagi masuk dapur tau. Lagi-lagi bila penat balik kerja pastu kena masak semata-mata nak makan kat luar rumah ni. Iye. Siapa kata makan luar tak boleh masak-masak? Ni aku nak buktikan. Makan kat luar rumah ni lah sebenarnya makin selera nak makan nasi wak. Aktiviti makan di luar rumah ni memang selalu terjadi bersama jiran-jiran rumah. Lagi best boleh sekapal dengan makcik bawang. Haaa, riuh satu blok rumah aku. Yang mendengar panas je telinga kadang tu,kehkehkeh.
Tapi rendang aku ni, bebiasa jela. Takde la macam rendang yang selalu korang makan tu. Biasalah wak. Rendang anak dara,gichuuuu (agak-agak lepas tak ni bakal mak mertua?) Macam ni, tak semestinya umat yang jarang upload gambar masakan di sosial media tak pandai masak ye dak? Kau ingat aku gigih nak ambik-abmik gambar. Nak sediakan bahan lagi. Eh, tak rajin la wak. Kecuali kalau tetiba aku teringin nak share cara masak aku tu haaa.. baru la gigih ambik gambar. Tapi kali ini, aku sempat ambil gambar yang dah siap. Kelam kelibut jugak wak nak siapkan. Sampai rumah pun dah pukul berapa haaaa... Disebabkan aku tengok RENDANG KAK PARIZAN kita sorang ni haaaa, terus terliur jugak nak buat rendang! Bencik betul la kalau terliur-liur ni.
Taraaaaaaaa... ini lah rupa makan di luar rumah aku tu haaaaa, ini baru betul-betul makan di luar rumahkan? wakakaka... Rumah aku ni apartmen je wak. Satu tingkat ada 4 pintu. Jadi, umat-umat yang memunculkan diri adalah daripada jiran sebelah dan jiran depan pintu. Rendang ayam adalah menu utama untuk waktu berbuka beberapa hari yang lalu dan aku masih berkesempatan untuk berkongsi dengan korang semua. Iye. Minggu ni memang selalu bukak kat luar rumah macam gambar atas tu. Barulah ada selera makan. Kalau dengan kawan-kawan sempat jugaklah selit-selit sesi membawang. Tapi di rumah pun masih sempat untuk membawang, eh! HAHA.. gurau wak!
Dah la mek oi.
Jom sini aku nak kongsi resepi rendang pucuk ubi mek onie kawww ni.
Firstly, sorry la kalau cara memasak aku ni sangat caca marba.
Janji masak.
Janji licin.
Janji sedap.
Kaw apa tahu kan?
RESEPI
Resepi Rendang Ayam Pucuk Ubi Mudah Dengan Rempah Ratus Mak Siti ( 6 - 12 orang makan )
2 ekor ayam
2 kotak santan segar
4 ulas bawang merah
4cm lengkuas
1 batang serai
4 helai daun limau purut
2 helai daun sadri
8 sudu minyak
2 pek serbuk rempah rendang ( Make sure bancuh dengan air suam )
5 pucuk ubi
10 biji cili api
Caranya mudah sahaja:
Sediakan bahan;
- Cili api, bawang merah, lengkuas dan serai ditumbuk dan dihiris. Ikut suka hati koranglah nak jadikan macamana. Nak sedap kenalah tumbuk lumat. Biar masa menumis tu ada rasa dia.
- Daun saderi dihiris halus dan 5 pucuk ubi tu bergantung pada minat korang. Nak letak banyak boleh nak letak sikit boleh, macam aku. Aku letak sikit je. Jarang jugak sebenarnya aku tengok orang masak rendang ayam atau daging campur dengan pucuk ubi. Jadi, aku ubah resepi aku sendiri dan ternyata menjadi dan sedap!
Lets cooking!
- Panaskan minyak macam biasa.
- Tumiskan bawang merah, lengkuas, cili api dan serai sampai naik bau.
- Masukkan bancuhan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti yang korang bancuh tadi dan tumis lagi sampai naik bau. Api tu perlahan la sikit. Bagi rencah tu betul-betul masak.
- Lepas dah naik bau. Haaa, baru boleh masukkan 2 ekor ayam tadi tu. Kalau korang nak kurangkan kuantiti just yang lelain tu pun kurangkan jugak. Alaaaa, konsep dia agak-agak gitu jelah korang weh. Untuk ayam ni cara potongan pun bergantung pada minat korang. Yang aku ni ayam taklah besar sangat dan taklah kecik sangat,jadi aku potong 14 je haaa.
- Lepas masuk ayam, masukkan santan dan biar masakan mendidih hingga ayam tu empuk. Sesambil tu masukkan daun limau purut jugak. Kacau je masakan dan biarkan masakan tertutup seketika.
- Masukkan garam ikut rasa dan masukkan pucuk ubi. Orang kata, sayur tu biarlah letak yang akhirkan. Masak rendang sampai empuk pok pok gitu!
Siap! Not bad jugak Serbuk Rempah Rendang Mak Siti kita ni haaaaa. Puas hati dan ada permintaan lagi oleh jiran-jiran di rumah aku. Tapi bila aku usha-usha lagi haritu kat kedai, rupanya bukan Serbuk Rempah Mak Siti je ada nokkkkk... Banyak lagi rupanya serbuk rempah tu wehhh.
PRODUK REMPAH RATUS MAK SITI
Antara Serbuk Rempah Mak Siti yang lain adalah:
- Serbuk Rempah Kari Daging
- Serbuk Rempah Kari Ikan
- Serbuk Rempah Kurma
- Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
- Serbuk Rempah Masak Kicap Daging
- Serbuk Rempah Masak Kicap
- Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
- Serbuk Rempah Sup
- Serbuk Rempah Rendang
- Serbuk Rempah Sup Soto
Agak-agak korang la kan, kalau diberi pilihan...Rempah Ratus mana korang nak sambar dulu selain yang rendang ni haaaa? Siapa kat sini memang pengguna Rempah Ratus Mak Siti? Mudah tak nak dapat dan korang ni sebenarnya tahu ke tak perniagaan rempah ratus di bawah jenama 'Mak Siti' ini memang terkenal di dalam industri ini dan dah pun menghasilkan sebanyak 108 jenis produk. Power yang amatlah weh! Kawwww mampu? belum tentu anda mampu! Rempah Mak Siti yang korang tengok atas ini adalah produk yang semulajadi, takde pewarna,perasa tiruan dan sesuai bagi korang yang jenis vege tu haaaaaa....Untuk Serbuk Rempah ni kan, untuk daging pun boleh kalau nak guna daging. Just tukar lauk je. Menu lain tu sama je macam aku share atas tadi. Faham?
Ulang suara!!!!
Rempah Ratus Mak Siti ini TIDAK MENGANDUNGI:
Barang terlarang, zero pewarna dan perasa tiruan.
Produk Rempah Ratus Mak Siti TIADA!
- Zero MSG
- Zero Bahan Pengawet
- Zero Perisa Tambahan
- Perisa Tambahan atau Pewarna.
Jangan risau tau. Aku pun kalau boleh memang nak yang semulajadi dan asli je. Tak suka la tambahan-tambahan pewarna segala bagai tu. Bahaya untuk kesihatan pun ada. Untuk Serbuk Rempah ini didatangkan dalam bentuk pek di mana macam gambar atas ni haaaaaa. Serbuk rempah tu bergantung pada kuantiti masakan korang. Kalau banyak rencah-rencah segala tu. Adalah lebih baik korang masuk lebih seperti konsep yang aku cakap tadi iaitu konsep agak-agak,mihmih!
Serbuk-serbuk rempah atas ini adalah produk utama Mak Siti dan kat mana nak cari? Alah, kat kedai-kedai runcit ada, pasaraya ada, Hypermarket macam di TESCO, Giant, Aeon Bih, JUSCO dan Mydin ada wak. Serbuk-serbuk macam ni sebenarnya untuk memudahkan kita terutama yang stail nak kejar masa je haaaaaaa. Tapi seriuslah aku cakap. Serbuk Rempah ni betul-betul memudahkan ampa weh.
So! Bila aku duk pung pang pung kisah Serbuk Rempah ni. Rupanya ada satu lagi produk terbaru keluaran Mak Siti ni weh. Untuk keluaran kali ni, memang aku tabik spring sebab apa? Sebab Mak Siti kita ni sangat memahami perasaan kekakak,abang-abang dan paling penting mak-mak tu haaaaa...Kalau Serbuk Rempah tu nak kena ikat bagaikan. Jadi untuk keluaran kali ini. Serbuk-serbuk yang dalam pek tadi tu dah ada dalam botol. Just Wow! Tak payah la gigih nak ikat segala tu. Dari segi penyimpanan pun. Memang sangat mudah dan menjimatkan ruang dapur.
Antara produk rempah yang ada dalam botol adalah:
- Emping Cili (Chili Flakes)
- Serbuk Cili
- Daun Limau Purut
- Serbuk Daun Limau Purut
- Serbuk Kayu Manis
- Serbuk Halia
- Serbuk Lada Putih
- Serbuk Lada Hitam
- Serbuk Kunyit
Paling aku teruja adalah serbuk daun limau purut dan daun limau purut tu. Wei ! Tak payah dah aku nak gigih turun dari tingkat 5 tu semata-mata nak petik daun limau purut kat bawah rumah aku tu haaaaaaa,muahaha.. Terbaiklah weh hasil Mak Siti haaaaaaa! Macam aku cakap atas tadi jugak, untuk rempah yang ada dalam botol ni memang takde MSG, takde bahan pengawet, perisa tambahan atau pun pewarna. Memang semua ni semulajadi nak oiii.
Itulah orang kata, 'Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti'.
Bukan Mak saya tau wak. Tahulah nama kita Siti Auni Afifah, mihmihmih.
Bukan-bukan.
Mak Siti ni adalah seorang yang sangat memahami kehendak seorang wanita.
Oleh itu, terhasillah serbuk dalam botol!
Letop kebabom nak!
Mesti korang teringin nak tahukan sejarah rempah Mak Siti. Jadi, bagilah peluang lagi sikit untuk aku membebel lagi,haha..Pengeluar rempah Mak Siti ini sebenarnya adalah dari syarikat Nasuha Enterprise Sdn.Bhd. yang diasaskan oleh Tuan Haji Nasuha Bin Kasian iaitu Pengarah Urusan dan Puan Siti Hajir Binti Salleh (Pengarah). Pengasas rempah ratus Mak Siti ini telah memulakan perniagaan sejak tahun 1975. Jangan korang tak tahu ye. Segala rempah ratus semua ni telah dihasilkan di sebuah ladang dan kilang yang terletak di Jalan Muar-Pagoh,Muar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai ' The largest Herbs & Spices Plantation' oleh The Malaysian Bok of Records (MBR). Terbaik!
MAJLIS BERBUKA PUASA & PELANCARAN PRODUK BARU MAK SITI
Dan aku tak sangka juga kerana Mak Siti sudi menjemput aku ke Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Produk Baru Mak Siti tempoh hari dan aku memenuhi jemputan ini dengan harapan dapat melihat sendiri produk baru Mak Siti ni haaaaaa... Lama jugak aku tak ke event-event macam ni. Terasa dah boleh jadi mak-mak pun ada jugak,eh! Majlis ini diadakan di Restoran Rempah Mak Siti sendiri kerana bangunan ini meninggalkan sentimental value kepada mereka kerana hasil usahanya selama ini iaitu dilokasi Bandar Tun Razak. Majlis ini diadakan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga memperkenalkan produk baru Mak Siti.
Paling penting jenama ini diyakini HALAL dan tak perlu was-was pun tau. Pada yang suka tung tang tung tang di dapur, mana nak dapatkan semua produk yang meletop ini? Haaa, mudah sahaja. Korang pergi ke kedai runcit, pasaraya dan hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin. Mudah dah la weh pasni nak masak-masak. Cecampak je haaaaaaaaaa... Dahhhh! ni nak raya dah kan? Sila borong serbuk rempah ni bebanyak pastu sila buat rendang! Haaaaa..... Mudah je weh. Sape tak tahu nak buat rendang, ala belakang pek tu dah ada kan. So, no excuse meh!
Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk di sini:
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba,
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh,
84500 Muar, Johor
Telefon: 06-9737508 // Whatsapp: 017-330 9330
Salam Sayang,
Mek Onie,
mekonie@yahoo.com
Sedapnya nampak menarik resipi ni nak cuba nanti. Ingat masakan Mak Ingat Mak Siti..
BalasPadamtry la nanti maha. Konsep agak2 tau. Ikut sedap tekak je ni.
Padamsedapnya sedapnyaaaaa! hahahaha...sally mmg failed masak rendang dr dlu lagi..hahaha..
BalasPadamboleh yangg... yukenduit.
Padam