TAHNIAH ELFIRA LOY DAN SUFIAN SUHAIMI

Tahniah Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama follow kisah Elfira Loy yang merupakan seorang artis cukup terkenal di bibir-bibir rakyat Malaysia. Baru-baru ini, pelbagai kontroversi yang melanda dalam dirinya. Namun, Elfira Loy atau nama panggilannya El mengambil komen-komen negatif itu sebagai pembakar semangat dalam dirinya untuk terus menjadi seorang selebriti yang tidak mudah melatah.


Kalau sebelum ini,kuat diperkatakan El berkawan rapat dengan seorang pelakon dari Negara Seberang. Namun kini, segala kontroversi bersama Sufian Suhaimi telah terjawab apabila El telah memuat naik beberapa keping gambar di Insta Story peribadinya yang tertulis 'Today is the day,Bismillah' . So, mana mungkin aku sendiri tidak terlepas. Adakah berita gembira yang aku akan lihat pada El ?


Akhirnya terjawab juga. Tahniah Elfira Loy dan Sufian Suhaimi kerana telah selamat mempertemukan ibu bapa masing-masing pada hari raya ke enam di rumah Elfira sendiri atau selamat dirisik. Selebriti yang baru berusia 23 tahun ini,mempunyai perwatakan yang ceria dan mudah terhibur serta seorang yang bekerja keras untuk dirinya dan keluarganya. Apapun, aku meminati El sejak dia berlakon pada waktu kecil lagi sehingga kini.

Semoga dipermudahkan El dan Sufian Suhaimi. Sebenarnya, dari semalam lagi aku tunggu apa dia lah berita gembira dari El. Bila El dan Sufian memuatnaik gambar beserta caption maka terjawablah sudah. Maaf kalau post ini tidak kena. Cuma aku sebagai peminat setia El rasa teruja tu mestilah adakan. Dah lama follow kisah El kot. Apapun, doa yang baik-baik je buat El dan Sufian. 







Tahniah El dan Sufian ❤
Kita tunggu majlis bertunang pulak. Hihi


Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..