7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Yeay! Ramai tanya, kau bawak produk apa je masa travel. Lepas ke produk tu kalau handcarry jika tak check in luggage? Takde bekas nak letak shampoo? Alaahhhhhhh! Semua tu mudah je! Aku kalau nak outstation ke nak travel ke. Aku mesti cari bekas untuk refill shampoo dan sabun mandian. Tapi kadang tu aku tak sempat. Leceh jugak kadang. Tapi bila haritu aku tertengok satu jenama di shopping mall dan aku terfikir, why not la aku beli je produk tu dan jadikan produk bila travel. Produk tu adalah Himalaya Healthcare dan ramai jugak yang suka dengan produk ni. Hampir setahun dah aku menggunakan produk ini dan bukan produk penjagaan muka sahaja dijual. Banyak lagi! Nak tahu apa? Jom baca apa aku nak kongsi kali ini. Kita tengok produk apa yang mek onie sorang ni bawak masa travel.


6 Produk Himalaya Wajib Bawa Bila Travel


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS


1. Nourishing Skin Cream (NSC)
  • Bila je sebut pasal krim, pertama sekali aku takut. Aku takut aku sendiri tak selesa bila pakai krim tu dan buat muka jadi worst dan entah apa-apa. Itu benda paling aku takut bila try mana-mana krim. Sebab apa aku cakap macam? Sebab aku dah berpengalaman. Nourishing Skin Cream ini aku pakai hampir setahun dan aku yakin dengan NSC ni sebab dia tak buat kulit kita annoying dan tak melekit langsung pun. Bau NSC ni pun sangat menyenangkan. Antara bahan-bahan utama yang wajib korang tahu adalah ia mengandungi ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India dimana khasiat dia untuk melembapkan kulit. NSC ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kalau muka sensitif tu jomlah cuba NSC ni, mana tahu dapat memulihkan lagi kulit muka korang tu. Aku bawa saiz 50ml dan masih lagi selamat untuk handcarry,hihi..
  • Harga: RM16
7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

Komen aku berkenaan NSC ini adalah:
  • Seronok gila NSC ini. Aku pilih NSC ini sebagai pelembap kulit muka harian adalah kerana kandungan yang digunakan dalam NSC ini selamat dan dah tentulah dari bahan semulajadi. Sesuai digunakan setiap hari dan apa jua keadaan. Lelagi bila aku berada dalam cuaca yang kering dan berada dalam pejabat. Sebab bila kita berada dalam cuaca yang tak menentu, kulit muka kita pun akan meninggalkan kesan seperti menggelupas. Jadi, nak selamat memang aku pakai NSC ni sepanjang masa.


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

2. Whitening Day Cream
  • Masa travel ke Laos haritu aku bawak jugak Whitening Day Cream ni weiiiiiii. Gigih tak weh? Walaupun bekas dia tu not very travel-friendly tapi aku tetap bawak sebab cuaca kat Laos kebetulan sangat panas. Aku lebih pentingkan penjagaan kulit muka dari make up semua tu. Sebab aku tahu, kulit muka aku dah sedia elok dan aku taknak merosakkan lagi kulit muka dengan make up tanpa menjaganya dulu. Whitening Day Cream ni tak melekit dan sesuai dijadikan makeup base jugak. Cuma kalau bekas macam tu, kadang-kadang kita kena alert jugak dengan kebersihan tangan sebelum nak 'mencalit' krim tu,hihi. So far, worth trying and quite expensive too but good trying!
  • Harga: RM50+


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

4 produk ni memang wajib aku bawak ke mana sahaja!


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

3. Neem Face Wash
  • Walaupun aku ni bukanlah muka yang jenis sensitif dan ada jerawat. Tapi, bila hormon tak menentu tu kadang naik jugak jerawat. Lelagi time nak datang bulan dan tengah datang bulan. Stress jugak kadang tu tengok jerawat bermaharajalela tumbuh bak cendawan tu. Tapi bila aku keep pakai Face Wash ni jerawat kurang sebab produk ni memang dan dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat pada wajah. Kalau korang nak tahu, walaupun muka aku tu jenis sesuci qolbu macam tu, yesss! kulit muka aku ada takungan minyak pada kanan kiri pipi bersebelahan dengan hidung dan memang ternyata bahagian tu yang akan keluar jerawat bila hormon tak berapa nak betul. Disebabkan minyak tu jugaklah jerawat akan naik suka hati mak nenek dia. Jadi nak selamat, aku pakai pencuci ni setiap hari masa di Laos dengan membersihkan kulit muka sekaligus dia mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran pada muka. Siapa yang pakai pencuci ni mesti pelik kenapa tak banyak buih pada pencuci muka ni kan? Ini kerana,muka kita berminyak. 
  • Bahan-bahan yang ada dalam produk ni dah tentu semulajadi dan bahan tersebut ialah neem (pokok daun semambu) dan kunyit. Sekarang dah ada saiz 50ml dan memang mudah nak bawak travel. Tak perlu refill-refill bagai. Janji lepas masa hand carry. Nak berkesan lagi? Gunalah, Neem scrub dan Neem mask! Sumpah best produk yang jenis ni!



7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

4.  Complete Care Toothpaste
  • Wakkkkk! Himalaya ni pun ada keluarkan ubat gigi tau. Apa yang aku happy gila bila kandungan dalam ubat gigi ni 100% sayuran dan bebas dari PARABENS tu haaaa! Maklumlah gigi aku ni sensitif, berlubang dan aku ada pakai gigi crowning. Jadi, pilihan aku mesti pada ubat gigi yang 100% bahan semulajadi dan tiada bahan kimia! Kelebihan ubat gigi yang ni adalah 12 jam perlindungan dari bakteria, mencegah plaque pada gigi yang merosakkan gigi dan memutihkan gigi juga! 


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

5. Neem Capsule 
  • Kapsul ni memang dah jadi tabiat aku untuk makan selepas breakfast pagi dan bila jadi tabiat memang aku bawak kemana sahaja la kapsul ni. Banyak perubahan yang aku perasan pada diri aku bila makan kapsul antaranya adalah dari segi kesihatan dalaman. Kalau korang nak tahu Neem iaitu berasal dari pokok semambu yang terkenal dengan pelbagai khasiat untuk menyembuhkan luka dan yesssss, neem itu terdapat dalam kapsul ini. Selain penyembuhan luka, kapsul ini dapat membantu membersihkan darah, penyahtoksik dan merapatkan bahagian V jugak,hihi..Aku terus makan 2 biji setiap kali aku lepas sarapan pagi. Mudah. Kira takdelah termiss ke apa kan,hihi... 
7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

6. Protein Shampoo - Gentle Daily Care
  • Hoiiiiiiii, kau dah explora setiap pelusuk pastu kita ni bertudung memang setiap kali aku mandi memang kena shampoo la weh. Peluh, berbau kepam dah tentu sekalikan. Jadi aku pilih Protein Shampoo yang sesuai untuk digunakan setiap hari. Apa yang aku suka dengan shampoo ini adalah dia menguatkan lagi rambut kita, mengurangkan keguguran rambut dan perlindungan setiap hari dari pelbagai masalah. 
  • Bahan yang terdapat dalam shampoo ini adalah Chickpea yang membantu untuk natural protein, Amla & Black Myrobalan ini berfungsi untuk menguatkan akar rambut dan dari situ jugak dapat mengurangkan keguguran rambut dan yang terakhir adalah Licorice yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Aku kalau bab-bab shampoo ni memang aku cerewet sikit. Nasib baik shampoo ni tak bagi masalah pada aku sebab masa aku bilas dia tak buat rambut aku bergetah dan rasa nak kerat rambut tu,hahahaha... Worth trying! Yang aku bawak masa oversea haritu adalah 100ml punya. Oh lupa, shampoo ni bebas dari PARABENS, Silicone dan SLES yang durjana tu tau. So, no worries guys! Lelaki perempuan sesuai je nak pakai.


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS

7. Septilin
  • First time aku dengar nama Septilin ni dan rupanya, aku tak perlu bawak panadol segala bagai dah! Septilin ni dah ada pun sangat membantu. Kadang aku ni banyak jalan bila balik rumah or balik hotel mesti penat dia Ya rabbi. Jadi sebelum aku mulakan perjalanan, aku ambil 1 atau 2 tablet untuk sehari. First impression aku berkenaan Septilin ini adalah, OMG! Look like coklat M&M derrrr! Pastu bila ngappppp! Aku ingat bau ubat ! Sekali manis dia macam gula-gula! Siapa yang tak suka ubat panadol atau ubat apa-apalah, korang kena try Septilin ni, produk ni buat kita senang untuk telan dan tak rasa nak muntahkan balik wei! 
  • Septilin ni pun ada dalam bentuk tablet dan syrup. So, kalau macam untuk kanak-kanak tu sesuai la kalau bagi jenis syrup, tapi kalau bagi yang jenis tablet pun aku yakin kanak-kanak suka sebab rasa dia tu macam gula-gula! Septilin ni sebenarnya untuk meningkatkan ketahanan mekanisma badan dan sebagai penyembuh sakit dari demam ke, ulcer ke. So, highly recommended! Sebab masa hari keempat aku di Laos, aku muntah-muntah dan finally aku telan Septilin dan alhamdulillah aku dapat keluar dan bertenaga balik! Lega wei! Kira masa aku keluar travel masa nak explore mesti wajib bawak. Takut mabuk perjalanan ke apa kan. Memang wajib aku bawak!
  • Harga: RM51.30


7 PRODUK HIMALAYA AKU BAWA KE LAOS


Okay korang! Antara 6 produk yang aku kongsi atas ni. Korang pernah guna yang mana? Jangan lupa kongsi. 😍 So, kalau korang nak beli produk Himalaya ni pergi je ke cawangan dan selalu ada di shopping mall. Macam aku, aku suka ke IOI City Mall dan KLCC. Banyak gila pilihan produk Himalaya kat sana. Suka yang amat!

17 ulasan:

  1. wahh bestnya produk himalaya.. cuci muka dia bau wangiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. yessss, honestly, produk ni memang buat onie jatuh cinta :D

      Padam
  2. septilin tu cara makan macam mana? hisap ke telan terus, kita penakut makan ubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut, nak hisap atau nak telan, tapi sape yang jenis susah nak makan ubat, onie suggest try makan Septilin ni.

      Padam
  3. Produk himalaya ni memang well known sebagai produk yg alami kan...suka baca review pasal produk himalaya...memang byk positif review

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. kat youtube pun ramai yang review produk ni. Apa yang onie perasan, orang Malaysia pun ramai suka produk ni.

      Padam
  4. sis belum pernah try produk himalaya. Tapi pencuci dy sis nak cuba la nanti

    BalasPadam
  5. I don't know that Himalaya got toothpaste too. Will get 1 to try it out.

    BalasPadam
  6. Banyak juga rupanya produk Himalaya ini. Pernah dengar tapi belum pernah guna....

    BalasPadam
  7. terbaiklah produk himalaya.. neem kapsule tu paling teruja nak cuba.. maklumla usia dah nak diambang 40 ni mcm mcm kene pikir untuk terus kekal sihat..

    thanks for the info!

    BalasPadam
  8. Meletups tau video Mek Onie sekarang. Makin ke hadapan dan fofular.

    BalasPadam
  9. Produk himalaya memang bagus. Suka nourishing cream tu. Wangi sangat.

    BalasPadam
  10. wah... setakat ni baru guna scrub dia. btw suka perkongsian macam ni. complete dengan video! Awesome, kak!

    BalasPadam
  11. Selama ni ingat ada shampoo je..kisahnya ada mcm2..terbaik lah

    BalasPadam
  12. first time dengar pasal septilin tu hehe nsc tu bestkan?? ��

    BalasPadam
  13. Travel pun kena jaga kesihatan. Kulit muka jangan lupa pakai sunblock k. Hehehe.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..