BEST GILA MARY JARDIN
Best Gila Mary Jardin | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Koranggggggg! Aku tak tahu macamana nak cerita dari A - Z ni. Sebelum tu aku nak tanya, kot-kot antara korang yang tengah baca entri aku yang ni ada yang pakai produk Mary Jardin ni jangan lupa kongsi pengalaman korang sekali kat komen bawah ni tau. Kongsi la berapa lama korang pakai dan kenapa korang pilih Mary Jardin sebagai produk rawat kulit korang abad ini. Teringin nak baca pengalaman dan komen positif korang tu. Kalau sesiapa yang tiba-tiba jumpa entri aku ni masa korang google kan. Yes! Anda memang berada di zon yang betul dan selamat sebab apa? Sebab entri kali ini memang sangat bermanfaat pada korang. Serius tau ni. Dan kalau korang nak tahu, dah lama gila aku teringin nak pakai Mary Jardin. Sebab ramai yang kata best dan produk ni langsung tak bagi sebarang side effect pada kulit. Jadi, beli dengan perasaan was-was tu TAK WAJIB ada dalam diri tau.
Jom dengar apa kata mek onie?
Setiap perempuan mesti ada impian. Sama juga dengan Mary Jardin dengan tagline 'Every Woman's Dream' yang membuatkan wanita luar sana semakin kuat dan berjaya. Kalau korang nak tahu, produk ini adalah semulajadi dan organik iaitu produk Bumiputera No.1 di Malaysia dan berasaskan lavender. Produk macam ni lah aku yakin nak pakai sebab apa?
Sebab..
Mary Jardin ini diasaskan oleh Dr.Maryam Aziz. Beliau berpengalaman bertugas di Klinik Dermatologi (kulit). Melalui pengalaman beliau mengenai kulitlah beliau rasa bertanggungjawab untuk hasilkan skincare yang mesra kulit, boleh rawat kulit dan tak bagi sebarang side effect ataupun kesan sampingan pada kulit si pemakai. Banyak jugak aku google berkenaan pengalaman pengguna Mary Jardin ni. Ramai yang puas hati dan aku rasa dah sampai masa untuk cerita betapa seronoknya Mary Jardin ni.
Dah! jom baca pengalaman aku memakai Mary Jardin ni ..
Langkah 1 ni aku akan cuci muka dulu dengan Facial Soap ni. Cara-cara pakai sangatlah mudah yang amat sangat, just basuh muka dengan Facial Soap 2 kali sehari. Aku kalau sabun-sabun macam ni aku tengok jugak sama ada nak potong atau taknak tu terpulang pada keselesaan masing-masing. Tapi nak jimat better potong kekecik la kan. Lepas pakai facial soap ni make sure biarkan air yang ada di sabun tu betul-betul takde dan tidak membuatkan sabun ini terendam lama dalam air.
Harga sabun ni RM40 je.
Kelebihan Face Soap: Mencuci pori, merawat radang, melembapkan kulit, tidak mengandungi PARABEN, merawat jerawat, mengalakkan pertumbuhan sel baru, menyingkirkan toksin, menyingkirkan kotoran.
Komen aku berkenaan facial soap ini adalah: Best nak matik wei ! Seolah-olah macam keluar dari spa weiiiiiii lepas cuci dan keringkan muka serta sentuh muka selepas sabun dan aku rasa sangat wowwww. Serius, dengan bau menyenangkan dan kesan selepas pakai sabun ni aku rasa sangat puas hati gila. Sabun ni amat sesuai untuk setiap peringkat umur
Langkah 2 adalah Collagen Serum! Serum ini aku suka yang amat sebab dia water base dan cepat meresap ke dalam kulit. Guna dalam kuantiti yang sedikit dan untuk aku, aku akan pam 2 kali untuk dilayangkan ke muka. Jadi, cara memakai collagen serum ini adalah picit serum perum-perlahan atas jari. Macam aku cakap tadi, kuantiti ikut saiz muka korang dan kalau apply dalam kuantiti yang sikit tu pun dah memadai. Jadi bila collagen serum ini cepat meresap. Dah tentu kita yang si pemakai ni pun WAJIB cepatkan. Biarkan seminit dan sapu Face oil.
Harga collagen serum ni RM150 je.
Kelebihan Collagen Serum: Merawat jeragat, merawat parut, menganjalkan kulit, mengawal melanin, anti oksidan,SPF 30, mencerahkan kulit, merawat kulit, mengecutkan jerawat dan mengecilkan pori.
Komen aku berkenaan collagen ini adalah:
Serum ini aku pakai selepas membasuh muka dengan facial soap tu dan selepas cuci muka, kita WAJIBLAH sapu selepas facial soap. Manakala face oil ini adalah dari oil-based dan akan terap kelembapan supaya kulit kekal lembap sepanjang hari. Jadi, aku bagi 5 bintang untuk collagen serum ini. Aku suka gila sebab non-greasy. Kalau tak, bila kita pakai yang jenis serum brand x,y,z dan bla bla bla dia akan berminyak dan lambat serap.
Langkah 3 ini adalah Face Oil ! Lepas collagen serum ini betul-betul serap dan kering sedikit. Nah! titis 2 titis face oil ke tapak tangan, gosok sehingga panas dan dap sahaja ke muka. Dap tu tempek-tempek pada muka tau, haha... #SeriousTalk, jangan letak banyak yang amat pada muka, nanti muka nampak berminyak yang amat dan tetiba rasa annoying. Sebab ritu aku pakai terletak lebih dah orang tegur,wakakakakaka...lepas pada tu, aku letak sikit je. So, tak la worst sangat kulit muka tu. Facial oil ni wajib pakai 2x sehari selepas basuh muka dengan facial soap.
Harga face oil ni RM60 je.
Kelebihan Face Oil: Anti Ageing, Anti oksidan, anti bakteria, anti jeragat, melembapkan kulit, merawat kulit kering, mengurangkan parut, merawat kulit kusam, merawat jerawat, merawat sunburn, psiorosis dan eczema.
Komen aku berkenaan face oil ini adalah:
Bestnya face oil ini adalah boleh dijadikan moisturiser, make up remover dan cleanser! Gila kau dia punya tugas. Semua pun boleh. Tapi disebabkan aku ni sayang nak guna untuk make up remover dan cleanser, maka aku memilih hanya untuk dijadikan sebagai moisturiser sahaja. Face oil ini jugak, boleh dicampur dengan foundation untuk dapatkan hasil yang wowwwwww! Then kalau kulit berminyak tu pakai face oil ni pada waktu malam tau untuk kekalkan kelembapan. Serum ni bau dia wangi yang amat dan tak menjengkelkan!
Langkah 4 ini adalah langkah yang paling tak sabar dan aku memang 'hantu mask' abad ini. Paling mudah nak pakai dan bancuh sebab just ambik sesudu clay mask dan bancuh dengan air biasa, madu, yogurt atau pun susu. Ni aku bancuh dengan madu, kadang dengan air biasa je. Pun boleh jugak. Sapu je rata pada keseluruhan muka dan jangan bagi kena pada bahagian mata dan bibir sebab sekitar tu kulit nipis dan boleh membuatkan kulit jadi kasar atau effect lain. Pakai clay mask ni senang je, just tempek pada muka dengan sapuan hala ke atas dan biarkan 15 minit je (bergantung ketebalan/kuantiti mask). Lepas dah sampai 15 minit tu, bersihkan muka dan keringkan. Yang ni aku pakai tebal sikit so bila ada kesan hitam pada kulit muka takpe takpe, jangan risau tau. Tu benda normal je, jangan cuak,hehe.. kesan hitam tu boleh cuci dengan facial soap. Clay mask ni pakai hanya 1 kali seminggu je tau. Jangan hari-hari kau pakai dahlah. Kang lain pulak jadinya,hihi..
Harga detox clay mask ni RM80 je.
Kelebihan clay mask: Mengecilkan liang pori, menyingkirkan kotoran diwajah, mengurangkan blackhead & whitehead, mengecutkan jerawat, mencerahkan wajah, membuang sel kulit mati, membantu pertumbuhan kulit baru.
Komen aku berkenaan detox clay mask ini adalah:
First time aku cuba clay mask dari Mary Jardin ni dan aku sangat puas hati. Mask pun just ambil dalam kuantiti yang sedikit dan tak perlu nak cedok banyak-banyak..lepas aku bersihkan muka, ada kesan hitam pada kulit muka dan aku bersihkan menggunakan facial soap dan ternyata seperti baru keluar dari spa! Best nak matik!
tapi haritu, aku ambil 2 sudu teh kecil untuk bancuh. Banyak lebih dan aku tempek dimuka mak aku jugak,haha... Kalau korang perasan gambar atas ni aku bancuh dengan madu. Part ni la baling best. Aku suka gila dengan mask!
Dan total semua yang aku order haritu adalah RM320 sahaja. Memang mahal dan yang penting puas hati bila pakai. Untuk kiriman, ada dua kiriman yang boleh kita kirim iaitu:-
1. Basic Set MJ (RM170)
- Facial Soap
- Face oil
- Detox Clay Mask
2. Fullset MJ (RM320)
- Facial Soap,
- Face Oil,
- Detox Clay Mask
- Collagen Serum
Kalau korang nak tambah income? Haaaaaa! Ni aku nak share dengan korang. Korang boleh je tambah income dengan join sebagai Mary Jardin Agen. Cara-caranya mudah sahaja. Rujuk point bawah ni.
- Mendaftar sebagai ahli dengan keahlian RM50 sahaja seumur hidup.
- Layak mendapat keuntungan sebanyak 15% daru harga runcit.
- Support group percuma (telegram/facebook)
- Bimbingan pemasaran termasuk teknik menulis ayat jualan memukau, teknik close deal dan banyak lagi.
Incase kalau korang nak kumpul duit ke apa. Boleh je. Takde masalah. Sedangkan i naik uber pun, i yang tunjukkan jala tau! haha (propa nak matik!) Dan kalau korang rasa nak jadi agen atau order produk mary jardin ni boleh contact 019-4972552 atau search je facebook ( Ana Syanaz ). Haritu aku order pun melalui kak ana je. Mudah! Suka semua produk Pakai sekali terus rasa macam keluar spa!
ohoii best ni..
BalasPadambest, dh lama dengar tentang mary jardin ni. suka la kat face oil dia. nak try jgk nti
BalasPadamhai Qiss Tiera,
PadamKalau nak cuba product Mary Jardin boleh contact Ana - 0194972552
ohh? clay mask is interesting since you need to mix it yourself!
BalasPadamHai Isabel,
PadamYes you have to mix by yourself for Mary Jardin mask. You can use yogurt, honey, apple cider, fresh milk or just use plain water. Anything regarding Mary Jardin product you can contact and ask me. Ana- 0194972552
menarik.. kak no suka produk organi dan berbua lavenda.. giler suka.. x banyak kena pakai..tq darling
BalasPadamHai Kak Nur Misnan,
PadamProduct Mary Jardin product natural dengan bauan lavender dari lavender oil. Berminat untuk lebih lanjut boleh hubungi Ana (0194972552).
Patut nampak comel dah lagu ni rupanya pakai hehehehe... Tu tanda-tanda berseri dah nak majlis tak lama tu hehehehe..
BalasPadamHi sis, saya memang tengah survey produk penjagaan muka gak ni. why not i tru this one kan. By the way good info sis
BalasPadamyang mask tu macam best je. walaupun rupanya begitu. hahaha. good info!
BalasPadamX penah try lagi Mary Jardin ni..dh terlampau byk produk dipasaran x tau nk pakai mana satu..hehehe
BalasPadamRajin betul mek review produk kecantikan. Hahaha. Makin comel gambar-gambar tu. Suka tengok. Good info! Nanti nak cuba.
BalasPadampernah dengar pasal mary jardin ni. macam best je mask tu hehe
BalasPadamWowwww terkejut kita... wife kita pakai Mary Jardin juga....
BalasPadamHi sis. Saya google produk untuk penjagaan kulit. Jumpa blog sis.
BalasPadamThanks for sharing. Nanti nak cuba la untuk dapatkan kulit halus dan mulus macam sis jugak
Bestnya produk ni lepas baca review mek onie. Boleh hadiahkan ibu ni
BalasPadamHai Yaya,
PadamKalau nak cuba product Mary Jardin boleh contact Ana - 0194972552
Thumbs up mary jardin...
BalasPadamMakin dikenali...
Byk review pun ckp best
Macam best jer product Mary Jardin ni.
BalasPadamHai Afifah,
PadamKalau nak cuba product Mary Jardin boleh contact Ana - 0194972552 pasti tak menyesal. Product natural yang sangat best.
Lawaaa nya
BalasPadam