GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN


GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Glamping Atas Air Di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyyy, hujung minggu datang lagi. So haritu aku jalan-jalan di Tambun dan stay di Lost World Of Tambun. Again! Kalini kami pun stay di glamping iaitu di area adventure park. Siapa yang pernah baca pengalaman glamping dan 11 tempat menarik yang ada di Lost World Tambun ni yessss! itu adalah kali pertama aku menjejakan kaki LWOT. Sejujurnya aku rasa LWOT ini membosankan tapi salah sangkaan aku. LWOT ni sangat best nak matik dan banyak tempat-tempat menarik yang kita boleh pergi. 


Antara tempat menarik yang korang wajib pergi adalah Saphira's Lair, Saphira's Baby Pool, Crystal Spa, Fennex Fox, Rabbit Wonderland, Night Tin Valley dan Flamming Percussion. Bila tiba je malam benda yang paling tak boleh lupa adalah Flamming Percussion. Kita boleh tengok show free ini around 7.45pm hingga 8.15pm dan show api ini sangat wowwwwww! Aku yang tak berapa minat dengan show api ni terus jadi minat sebab dia punya persembahan lain dari yang lain yang mana bila korang berada di LWOT wajiblah tengok ye. Walaupun dua kali dah aku tengok, tapi tetap tak jemu wak! Best nak matik!


GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

So sekarang aku nak kongsi glamping atas air tu, aku tak tidur pun glamping atas air tu sebab aku lebih prefer tent yang bawah pokok, tak la panas,hikhikhik..So, sape yang stay di tent atas air tu, korang dapat la merasa mabuk free. Alaaaa, bukannya ada ombak pun, tasikkan. So, glamping atas air ini adalah tarikan yang terbaru ada disediakan oleh LWOT.

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Okay, untuk entri kali ini aku taknak sentuh bab-bab tu semua. Kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang glamping atas air !!!!!! Itu adalah tarikan terbaru yang ada di LWOT. Tapi glamping di kawasan darat tu still ada cuma kalau korang nak kelainan, yesss! korang kena cuba glamping atas air ni. Untuk penginapan aku haritu harga dia RM588 je di mana ada 4 katil dalam tent tu. 

Apa yang korang akan dapat dengan harga RM588 tu?
Korang akan dapat 1 king bed 2 single beds, buffet breakfast at Wetlands untuk 4 orang, tiket masuk Theme Park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang berharga RM452, power socket, tuala, alat mandian dan kipas! 

Apa yang ada di tent atas air ni?
Okay, walaupun siang hari agak panas untuk berehat di sini, namun malam hari korang akan dapat merasa keindahan dan kesegaran yang ada dipenginapan ini. Cuma kalau memilih di sini, korang akan rasa panas sikitlah. Maklumlah, duduk di tengah-tengah alam,haha.. tapi member aku stay kat tent atas air ni rilek je dorang. Takde pulak kata panas ke apa kan. Weee.

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN


Dan sekarang, kalau sape baca pengalaman pertama aku di LWOT ni. Nahhhh! sekarang toilet untuk penginap di glamping ni dah ada toilet baru. Kalau dulu kena menapak jauh di area dulang tu, nahhhhh! sekarang toilet ni dekat je dengan tent yang atas air. Kira tak la takut nak menapak pepagi buta ke toilet, hahaaha... So, nampak tak toilet ni disebelah luar ? Lawakan? Tahniah LWOT kerana terus kekalkan alam semulajadi yang ada di sebelah toilet lelaki iaitu kaki gua. Toilet dan tempat mandi ini tak sekali tau. Dia buat berasingan. So, jagalah kebersihan bersama.

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN


Ini adalah toilet yang sebelah dalam dan untuk shower tau korang. Jangan pulak membuang yang tak sepatutnya dalam ni. Cantik dan sangat selesa. Semoga pengunjung yang datang dapat menggunakan toilet ini dengan sebaik mungkin.



Sarapan di mana?

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Taraaaaaaa! Sweet gilo! Sarapan di Wetlands dan feel dia lain yang amat. Wetlands ini ada di kawasan Petting Zoo. Kira engko je yang ada kat situ pepagi haaaa. Biasa sarapan tengok ramai je manusia. Kali ini sape yang stay di glamping nahhhh! ni adalah tempat sarapan yang sangat sweet nak matik orang kata. Dengan bunyi binatang sana-sini, dengan lagu yang membuatkan diri kau rasa lain dari yang lain. Kalah dekat hotel. Tapi paling seronok bila dapat breakfast di Wetlands ni sebab kanan kiri kau memang tumbuhan hijau je. Actually kat sini adalah kawasan monyet membuat persembahan pada petang. Masa kali pertama aku stay di glamping ni, breakfast di area pintu masuk tu. Tapi sekarang dah ada kelainan yang sangat tak terkata cantik dia. Haritu datang LWOT ni pun takde lalu area ni. So, ini adalah first time jugak lalu sini. Disini, korang boleh nampak tumbuhan semulajadi seperti Algae yang hijau dia ya rabbi cantik yang amat. Apa yang aku dapat tengok sendiri di sini, LWOT ni langsung tak memusnahkan alam semulajadi dan mereka menggunakan sebaik yang mungkin untuk mengekalkan tempat ini sebagai sejarah yang ada di Tambun.

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Nak sihat kenalah bermula dari sarapan dan apa yang aku suka adalah deko di meja makanan ini. Alah sweet nak matik la orang LWOT ni. Kat sini korang boleh pilih nak smoothie ke, nak pastry ke, bijiran ada dan banyak lagi. Okay, lepas je korang breakfast disini, korang boleh menaiki anak tangga untuk melihat jenis-jenis tarantula yang ada di LWOT ni. Memang banyak! 




 Hippo Kingdom

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Yeayyyyyyyy! Hippo Kingdom ini ada di area Adventure Park dan berdekatan dengan tempat glamping kami. Kalau tahun lepas masih dalam pembinaan. Nahhh! Sekarang dah siap pun. Kat sini korang boleh tengok badak sumbu yang besar dia haaaaaa korang tengok la gambar bawah ni. Rusa yang berkeliaran dan korang boleh bagi makanan pada rusa tu. Best dok?hehe..So, bila korang masuk ke adventure park ni jangan lupa untuk terus ke hippo kingdom tau. Banyak haiwan korang boleh tengok dalam tu selain badak sumbu. 

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

See? Besar ke dok badak sumbu tu haaaa? Kalau korang nak tahu, badak sumbu ini akan ke atas permukaan air selama 5 saat untuk mengambil nafas dan akan turun semula. Haaa! Tengoklah badak sumbu secara dekat. Pasti teruja!

Petting Zoo

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Tales of the tribe

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

GLAMPING ATAS AIR DAN TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Hopefully, satu hari nanti dapat bawak family ke sini. Thank you Lost World Of Tambun 😘



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


31 ulasan:

  1. Cik Rose tak pernah sampai lagi di Lost World of Tambun ni. Dah plan nak pergi cuma cari masa yang sesuai.
    Bestnya suasana kat sana. Tenang jer. Syoknya sarapan macam tu. Suasana ala-ala di desa. I like...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Rose..seriously berbaloi mai sini... onie dulu pun rasa macam tak best LWOT ni... sekarang siap 2 kali p..hihi

      Padam
  2. Amboi mek sampai ker Perak pergi hehehehe tapi konsep ni menarik ...

    BalasPadam
  3. Bestnya! Nak kena ajak Feeq ni hehehe

    BalasPadam
  4. cantik sangat tempat ni sis... mmg seronok sgt nampak... bestnya...

    BalasPadam
  5. seronoknya, nak rasa jugak tido dlm tent atas air tu. mmg cantik pemandangan dia.

    BalasPadam
  6. Memang awesome tempat ni but nun jauh di utara.. nice sharing dear

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula..tapi dekat dengan onie...around 2 hours gitu laaaa...

      Padam
  7. bestnya.. toilet pon bersih gila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..toilet dia selesa..siap ada water heater..hihi

      Padam
  8. Wahh jelesnya dpt buat aktiviti mcm ni. Last buat aktivity mcm ni masa ke tanah aina. Memang best sesekali mcm ni

    BalasPadam
  9. Wahhh dah lama tak datang tambun. Nanti free ika datang bercuti hahha.

    BalasPadam
  10. EIII bestnye!! rm588 untuk 4 orang eh. hm nk kumpul member2 la ajak g hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... walaupun tgk harga gitu...berbaloi..sbb dah masuk dengan theme park.. all access kecuali tmpt yg berbayar tu dia kena bayar lain.

      Padam
  11. bestnya mek.. lawa gila tempatnya ..paling suka breakfast punya konsep tu... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn..konsep breakfast dia tu .... fuh! Terkesima yang amat sangat

      Padam
  12. bestnya..kita tak pernah sampai lagi Tambun!lepas baca entry ni terasa pulak nk pergi..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Onie lepas member2 cerita,tu yang onie p..hihi

      Padam
  13. Tempoh hari masa shooting dekat sini, xbanyak tempat dapat pergi..... T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la shooting busy bro...wuu... banyak rushing kan

      Padam
  14. Lost World of Tambun best. Yeay, 16 Sep ni nak ke sana lagi sekali.

    BalasPadam
  15. Bestnya! Dah macam-macam ada. Hehehe.

    BalasPadam
  16. Ya ampun. Wish list ni. Nak juga merasa glamping!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..