REVIEW: ALTHEA FOOD SKIN LOVE BOX


Review: Althea Food Skin Love Box | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Yeayyyyy, finally sempat pun haritu aku order Food Skin Love Box dari Althea! Kalau korang nak tahu, Food Skin Love Box ini adalah Althea Box #23 iaitu, set yang ke-23 termurah abad ini dengan pelbagai produk yang korang akan termengidam nak beli jugak nanti, macam aku.. aku akan pilih produk yang berasaskan bahan alami iaitu bahan semulajadi dan yang pasti setiap apa yang aku nak mesti aku akan refer pada review atau kadang-kadang tu, aku lah tukang review nombor satu. Haaaa, perasan sangat, tapi bila sebut Food Skin Love Box ini dan siapa yang beli set ini sah-sah untung sebab jimat sehingga RM366 dan diskaun sebanyak 76%


Fuh! Jimat RM366 wehhhhhhhhh dan korang hanya perlu bayar RM110 untuk produk yang awesome! Biasanya kalau untuk Althea Box ini, produk yang ada dalam kotak tu biasanya akan ikut tema produk tu. Macam aku beli ini adalah Althea Box Food Skin Love dan dalam kotak tu ada produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi seperti brokoli, beras dan macam-macam yang korang akan sendiri tengok di bawah ini. So? Tak sabarkan? Jom baca bawah ini apa yang ada dalam kotak Food Skin Love 😍


Pernah dengar Althea?

So, kalau korang pernah dengar Althea yesssss! korang adalah seorang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling, gichuuuuu.. betul! Kadang-kadang mesti korang akan tercari-cari dan google apakah produk yang berbaloi-baloi untuk kulit muka. Jujur aku kata, produk dari Korea ini memang tak pernah mengecewakan. Pernah dengar Innisfree? Pernah dengar Skinfood? Pernah dengar The Saem? Yessss, semua tu Made In Korea. Shipping dari Althea ini adalah worldwide dan siapa yang nak beli boleh ke website Althea. Jangan risau, sebab website Althea ini sangat user friendly dan memang banyak gila produk yang boleh pilih.


Tak puas hati dengan produk yang korang order tu? Takpe jangan risau, korang boleh return balik (terma dan syarat). Thats why aku suka membeli di Althea kerana servis yang ada sangat memudahkan kita. First time aku start beli di Althea ini adalah pada tahun lepas rasanya. Tahun lepas tu jugaklah aku baru berjinak-jinak nak jaga muka, haha.. Maklumlah ikut trend! Tapi bila 'ikut trend' itu telah disalah ertikan lama-kelamaan penjagaan kulit muka ini menjadi rutin harian untuk mengelakkan kulit muka terus rosak.


Jujur aku kata, dulu jahil nak matik bab penjagaan kulit muka ni. Bila aku dah terjebak dengan barangan penjagaan muka yang ada. Aku jadi gian dan kalau boleh nak try semua! Jadinya, antara produk yang aku dapat dalam Food Skin Love Box ini adalah:

  1. The Face Shop: Rice Water Bright Cleansing Foam
  2. Skinfood: Premium Tomato Whitening Toner
  3. Innisfree: Broccoli Cleaning Lotion
  4. Wonde Ruci: Light Light Eye Balm
  5. The Saem: Saemmul Water Candy Tint (Watermelon)
  6. Haddencos: Americano Mask & Latte Mask
  7. Monstory: Girly Mon Brightening Care Fresh Mask

Berita tak baik:
Untuk set ni dah sold out dan korang terlambat, huwarrrrrrr...

Berita baik:
Takpe, banyak lagi pilihan Althea Box untuk korang pilih dan belilah secara berhemah.



  1. Innisfree: Broccoli Cleaning Lotion
Mesti korang suka gilakan Broccoli? Lagi suka bila broccoli tu dijadikan sebagai bahan penjagaan kulit muka untuk kegunaan harian. Macam aku, aku memang suka gila makan broccoli ni. Memang banyak vitamin dalam sayuran broccoli ni, tapi korang jangan tak tahu, broccoli ni pun boleh dijadikan sebagai lotion, haaa wow kan? And finally, i got it ! Innisfree Broccoli Cleaning Lotion ni bukan je kaya dengan vitamin tapi dalam produk ni terdapat BHA yang bertujuan untuk mengurangkan blackhead dan mengawal penghasilan sebum atau minyak pada kulit muka. 


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Bau dia yang sangat wangi!
  2. Sangat sesuai untuk kulit muka yang berminyak dan kombinasi.
  3. Non-greasy dan sesungguhnya lotion ini sangat membantu untuk melembapkan kulit muka yang kusam macam aku ni.
  4. Cara nak menggunakan lotion ni pun sangat mudah. Just drop dalam amount yang sedikit ke telapak tangan dan apply pada kulit muka. Nak hasil yang baik, kenalah urut-urutkan lotion tu di sekitar kulit muka supaya ada proses penyerapan di dalam kulit muka. 
  5. Rasa sendiri hasil dia! Serius baru macam keluar spa weiiiiiiii lotion dia. 
  6. Mempunyai toner dan juga pembersih muka gel. Nak lagi cantik, pakailah satu set. Tapi disebabkan kulit muka aku ni jenis kusam dan kering. Aku memilih lotion dulu untuk mencuba.


Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Packaging produk ini sangat mudah nak bawa kemana sahaja dan yang aku tak suka setiap masa nak kena pakai sebab lotion ni best gila dan dia tak melekit pada muka aku!
  2. Susah nak picit dan terpaksa tuang lotion dengan berhati-hati takut terover pulak keluar dia,haha.. Botol dia keras sikit dan untuk tekan lotion tu bagi keluar sangat rumit
  3. Overall, aku suka gila dengan produk dari Innisfree. Natural ingredient dan selamat digunakan! Made in Korea tau wak! 

Saiz: 150ml
Jenis kulit: Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.
Harga: RM35 untuk lotion
Rating: ⭐⭐⭐⭐



=============================================





  1. Monstory: Girly Mon Brightening Care Fresh Mask
Mask! Yesss! Ini adalah mask yang dijamin selamat kerana kandungan yang ada dalam produk ini berasaskan Raw Rice Wine yang diperbuat daripada beras dan yis dan mengandungi protein, mineral, vitamin, essential oil amino acid untuk membuang sel kulit mati dan mengawal liang pori-pori dari terbuka dan membuatkan kulit muka menjadi blackhead. 


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Bau dia yang sangat wangi!
  2. Apa yang aku suka berkenaan produk ini adalah ia perbetulkan warna ton kulit muka dahulu sebelum memutihkan muka.
  3. Paling best bila lepas pakai, kulit muka jadi licin dan lembut.
  4. Bagi sesiapa yang nak mencerahkan kulit muka dan perbetulkan warna ton kulit, korang kena pakai produk ini.

Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Cara mengambil produk ini boleh menggunakan spatula atau lebih mudah pakai jari namun tahap kebersihan untuk produk ini perlu berhati-hati apabila menggunakan jari. Nak lagi selamat, kena bersihkan tangan dahulu sebelum mula mencalit produk ini ke muka.
  2. Harga sebenar dia adalah RM121 tapi sekarang ni diskaun sehingga 58%.

Saiz: 100g
Jenis kulit: Sesuai untuk mereka yang nak mencerahkan kulit dan tone-up
Harga: RM50
Rating: ⭐⭐⭐⭐



=============================================





  1. Hiddencos: Americano Mask & Latte Mask
Mask again dan nak yang lain dari yang lain? Yes! Korang kena try Americano Mask dan Latte Mask yang dihasilkan dari ekstrak kopi. Untuk mask yang ni, bagi mereka yang kekeringan kulit muka. Nahhhhhh, wajib pakai ni untuk melembapkan kulit muka. 


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Packaging dia? Cantikkkkkkkkk dan suka sangat!
  2. Harga untuk Americano Mask adalah RM9 daripada RM12 serta Latte Mask ini berharga RM10 daripada RM14

Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Packaging dia kenapa sweet nak matik! Sampai sekarang aku sayang nak guna,haha..boleh macam tu? 

Saiz:-
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga:-
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐



=============================================





  1. The Face Shop: Rice Water Bright Cleansing Foam
Sape suka pencuci muka yang banyak buih? Nah! The Face Shop Rice Water Bright Cleansing Foam ni sangatlah sesuai untuk korang. The Face Shop ini pun datangnya dari Korea dan diekstrak dari beras yang bertujuan untuk melembapkan, mencerahkan dan detox kan kulit muka kita. Tekstur pencuci ini berbentuk creamy dan sangat mudah digunakan.


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Bau dia yang sangat wangi!
  2. Perlu dipakai dalam kuantiti yang sedikit kerana teksturnya yang creamy dan berbuih. 
  3. Tahan lama!
  4. Ramai yang review best produk ni. Jadi aku terbabas jugak untuk menggunakan ni.
  5. Murah dan sangat berbaloi-baloi untuk digunakan.

Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Lepas pakai pencuci ini kulit muka agak kering.

Saiz: 150ml
Jenis kulit: Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.
Harga: RM26 untuk lotion
Rating: ⭐⭐⭐⭐


=============================================




  1. Skinfood: Premium Tomato Whitening Toner
Tomato? Like seriously? Yes. Kalau korang nak tahu, tomato ini adalah buah dan bukan sayuran tau. Kalau ikutkan tips kecantikan nenek moyang kita dulu, dorang dah pakai tomato as a skincare routine daily dan banyak khasiat yang ada dalam buah tomato ini. Dalam produk ini, kaya dengan vitamin c dan produk ini membuatkan kulit muka kita menjadi cerah dan dapat menghilangkan kotoran pada kulit muka dengan menggunakan cotton pad selepas mencuci muka. Toner ni sebenarnya sangat penting untuk membuang kotoran pada kulit muka yang boleh menyebabkan jerawat. 


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Bau dia yang sangat wangi sebab tomato
  2. Botol dia tu comel dan design pada botol tu sangat cantik. Love it!
  3. Paling best, selepas menggunakan toner ini, kulit muka tak melekit dan membuatkan kulit muka kita bersih dan terasa segar.
  4. Walaupun selepas mencuci muka, aku menggunakan toner untuk membuang kekotoran di kulit muka dna ternyata masih ada kotoran walaupun sudah dicuci dengan pembersih muka.

Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Packaging produk ini susah untuk dituang ke tangan kerana botol dia keras dan perlu berhati-hati ketika dituangkan botol tersebut.

Saiz: 180ml
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM48 
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐



=============================================




  1. the SAEM: Saemmul Water Candy Tint
KBeauty, mesti korang perasan kan kalau orang Korea pakai lipstik macamana? Dorang suka buat gradient dimana digelapkan disebelah dalam bibir dan cerah sedikit diluar permukaan bibir. Untuk Water Candy Tint ini ada 5 kod warna yang semuanya buat aku kelabu mata iaitu #01 Cherry, #02 Apple, #03 Red Mango, #04 Soft Persimmon dan #05 Watermelon. Dan untuk aku, aku pilih kod kod 5 iaitu warna watermelon yang cantik dia tak terkata! 


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. First time aku tengok produk ni, haaa cantiknya packaging dia. Geram pulak aku tengok.
  2. Warna dia tahan lama dan puas hati sangat!
  3. Bau dia tak menjengkelkan pun.
  4. Kesan selepas pakai produk ini ia nampak lembap pada bibir.
  5. Sekali calit je dah membuatkan warna kat bibir umphhhhh!


Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Lambat kering 
  2. Bila sapu pada bibir terkena gigi kerana candy tint ni bersifat cair dan lambat cair.
  3. Kalau aku, sebelum nak pakai candy tint ni, aku pakai lip balm biar bibir tak terus kering.

Saiz: 10g
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM18
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐



=============================================




  1. Wonde Ruci: Light Light Eye Balm
Lingkaran bawah mata tak bermaya? Kusam? Gelap? Haaaaaa! Meh try Light Light Eye Balm dari Wonde Ruci ni yang langsung tiada air didalam produk ini. Korang mesti fikir produk apa la nak hilangkan gelap bawah mata ni kan? Mesti tercari-cari produk apa yang sesuai untuk digunakan. Pernah tak korang jumpa produk yang cerahkan bawah mata sekaligus dijadikan sebagai skincare? Haaaaaa. Nak tahu lagi jom baca bawah ni.


Apa yang aku suka dengan produk ini adalah:
  1. Bekas dia yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja.
  2. Berbentuk seperti balm. U know balm is it?
  3. Tekstur velvet dan tidak membuatkan tempat yang disapu berminyak.
  4. Boleh digunakan tak kira masa samada siang atau malam dan boleh juga digunakan selepas mekap !

Apa yang aku tak suka adalah:
  1. Packaging produk ini sangat mudah nak bawa kemana sahaja dan yang aku tak suka setiap masa nak kena pakai sebab lotion ni best gila dan dia tak melekit pada muka aku!
  2. Hygeine? Emmm.. Biasalah kalau produk ni berbentuk macam ni. Make sure pergelangan kita kena bersih sebelum mencalit. Hihi.
  3. Mahal jugak tapi berbaloi. Tapi ada diskaun! Kalau takde diskaun, harga produk ni cecah RM131 tau, haaaa... 

Saiz: -
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM67
Rating: ⭐⭐⭐⭐



So, which one yang korang akan try? Aku suka gila dengan Althea Box kali ini. Nasib baik puas hati! So, kat mana nak beli produk ni? Haaaa, korang boleh refer link bawah ni jugak. Thank you korang sape sudi baca sampai habis ✨✨✨✨



Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com

30 ulasan:

  1. suka tengok review onie. Macam menarik jugak produk Innisfree "Broccoli Cleaning Lotion" sebab ia berasaskan broccoli.

    BalasPadam
  2. Wah.. lengkap setnya! Boleh suggest dekat mak dengan kakak. hihi

    BalasPadam
  3. Eshhh macam-macam pulak produk yang dia ada, ini membuatkan kejelesan melanda ni. Nak gi tgok2 gak lah kat Althea.

    BalasPadam
  4. sume nya cam best, tak tau yang mana satu yang paling best utk akak yg dah 5 seris ni ekk, tapi broccoli is my pebrett

    BalasPadam
  5. Untung orang perempuan sekarang ni dah macam2 produk kecantikan semua untuk keperluan mereka kalau tak cantik mcm mek ni tak tahu lah hehehehe...

    BalasPadam
  6. Belum pernah cuba lagi jenama ni..

    BalasPadam
  7. Macam menarik je..products korea mmg best! Dah lama x pegi korea nak shopping sana lol

    BalasPadam
  8. the latte mask macam best laaa...packaging pun cute laaa..

    BalasPadam
  9. Produk2 dr Korea yg Althea jual semua nya best2 kn....
    I love Althea!

    BalasPadam
  10. Banyak juga penjimatannya di situ. Boleh la angkat satu set nanti ;)

    BalasPadam
  11. sampai 300 plus plus jimat tu memang berbaloi kalau beli

    BalasPadam
  12. Althea box food skin love memang best. harga pun berbaloi

    BalasPadam
  13. Makin lama makin Comel tengok onie review hahaha. Bila lah nak shopping althea. Akak tengah addicted dengan shopee.

    BalasPadam
  14. Memang suka sgt dgn produk Althea Korea :*

    BalasPadam
  15. Wahh macam2 produk Althea ni.. semua mmg nampak sesuai utk kulit. Harga pun berbaloi ni. :)

    BalasPadam
  16. i suka innisfree , worth to try lah benda ni . nnti sis godek godek ye mek , Thankyouu

    BalasPadam
  17. Nak tya if stock tu da habes, bila dy akan restock balik ? Duk belek2 tiap hari dy punya website tp out of stock jugak �������� nanges sat ��

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..