SINGGAH SURIA KLCC SEKALI TERJUMPA WOW! TAIWAN SELECTS
Singgah Suria KLCC Sekali Terjumpa Wow! Taiwan Selects | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Fuh! Finally! Siapa ada singgah Suria KLCC 3 4 hari lepas? Cepatttttt mengaku? Korang perasan tak kat area Atrium,Suria KLCC ada satu booth yangggggggggg diterbangkan dari Taiwan! Serius. Dengan warna yang sangat cantik dan comel, maka aku tersinggah jugak 2 3 hari lepas sebab nak tengok apa yang ada sebenarnya di booth tu. Sekali, bila tengok satu persatu produk yang dipersembahkan aku sangat teruja yang amat sangat sebab dapat menghadirkan diri dan berpeluang mendengar ucapan dari seorang yang sangat hebat iaitu Mr.James Chi-Ping Chang yang merupakan Representative at the Taipei Economic and Cultural Office (TECO) in Malaysia. So, wow! Sangat teruja dengan kehadiran beliau semasa hari kejadian tu. Kebetulan 11 Ogos 2017 tu adalah pelancaran sekaligus ada Press Conference sekali berkenaan Wow! Taiwan Selects di Suria KLCC.
Wow! Taiwan Selects?
Berlangsung sehingga 13 Ogos 2017 sahaja.
Apa benda Wow! Taiwan Selects ni onie?
Sejujurnya, pertama kali aku mendengar tentang Wow! Taiwan Selects dan ini adalah merupakan satu program pemasaran serantau yang dikelolakan oleh Biro Perdagangan Luar, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diwujudkan bagi membantu Perniagaan Taiwan meneroka masuk ke pasaran ASEAN dan India. Program ini telah dilancarkan sejak tahun 2015 lagi dan menyasarkan berterusan membina rangkaian dan hubungan yang teguh dengan pembeli luar negara. Selain itu juga, program ini memaparkan pelbagai tema setiap tahun berdasarkan pasaran tertentu dan pelbagai gaya hidup pengguna, acara ini telah menganjurkan pelbagai acara perdagangan di rantau ini.
Fuhhhhh! Hebatkan?
Jadi, 'Onie, apa produk yang diperdagangkan tu?'
Kalau korang nak tahu, Wow! Taiwan Selects ini berlangsung selama 4 hari di Atrium, Suria KLCC dan banyak gila produk yang ditawarkan. Kalau korang nak tahu, 20 produk ditawarkan pada pengunjung yang datang dan antara produk yang ditawarkan adalah makanan,minuman, penjagaan kulit, produk kesihatan, barangan rumah, barangan kecantikan dan gajet teknologi terkini Taiwan. Fuh banyak gilakan. Part paling aku banyak terjah adalah di produk penjagaan kulit. Heiiiii! Selama-lama ni aku mampu tengok je produk di outlet-outlet yang terpilih dengan hanya MELIHAT PRODUK dan tak pernah berjumpa sendiri dengan syarikat tersebut.
Part paling seronok bila dapat jumpa sendiri dengan pengusaha/wakil produk tu dan bertanya apa kelebihan produk mereka. Banyak produk yang sangat laris dan terkenal di Taiwan yang turut ditawarkan pada hari aku pergi haritu. Pernah dengar produk penjagaan kulit dari Dr.Wu? Yessss! Kalau korang perasan, produk Dr.Wu ni pun ada dijual di Watsons Malaysia. Kira dah lamakan produk-produk Taiwan ni bertapak di Malaysia. Tahniah!
Satu lagi, siapa pernah ke Taiwan dan korang akan tahu betapa enjoynya bila berada berhampiran dengan traffic light. Sebab apa? Haaaaa, korang kena tengok video orang kecil lampu trafik ni. Serius terhibur dan dari situ kita tahu teknologi dan ciptaan orang Taiwan ni sangat superb awesome ! Ramai pelancong pun teruja dengan adanya ciptaan macam tu. So, one day...aku patut ke Taiwan untuk tengok sendiri kehebatan produk-produk yang ada di Taiwan. InshaAllah one day!
#SeriousTalk.
Bertemakan 'Beat Your Heart', event Wow! Taiwan Selects dianjurkan oleh Institut Pembangunan dan Penyelidikan Perdagangan Taiwan (CDRI) yang memaparkan gambaran kehidupan jalanan di Taiwan yang cergas dan memiliki ciri-ciri tersendiri, termasuk 'Orang Kecil Lampu Trafik' yang mula digunakan di Taipei pada 18 Mac 1999. Fuhhhhhhhhhh! Sungguh teruja dengan ciptaan orang-orang Taiwan.
Antara produk kecantikan yang ada masa Wow! Taiwan Selects ni adalah:
🌟 My Beauty Diary
🌟 UNITOUCH
🌟 Aromase
🌟 Dear Hills
🌟 Dr.Wu
🌟 YUAN
🌟 Sunray's
🌟 Jeune
🌟 Yue Happiness
🌟 Da Jin Enzyme
🌟 Match Q
🌟 KOKO
🌟 Dr.Syngen
Produk makanan dan minuman:
🌟 Mr.Johnson
🌟 Tastywow
🌟 Sweet Mountain
🌟 Oomph Cold Pressed Juice
🌟 Oceanesh
🌟 King Kung
Perkakas rumah
🌟 HTC VIVE
🌟 MSI
🌟 SOMNICS
Selain daripada produk penjagaan kulit, makanan dan minuman terdapat juga satu lagi teknologi baru yang canggih iaitu permainan AR yang berasaskan pergerakan di gerai yang tersedia selain mencuba permainan realiti maya HTC VIVE dan PC permainan daripada Taiwan MSI iaitu satu jenama peneraju dalam permainan video dan jenama paling dipercayai dalam industri permainan dan eSukan. Nahhhhh! Ligat betul pemikiran orang Taiwan dalam menghasilkan gajet canggih ni.
Sekadar info untuk kalian tentang Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan (CDRI)
- Ditubuhkan pada 2007, Institut Penyelidikan Pembangunan Perdagangan (CDRI) diletakkan sebagai Badan Pemikir Perkhidmatan Penyelidikan Bertaraf Kebangsaan. Penubuhan CDRI adalah berdasarkan matlamat utama mewujudkan penanda aras untuk sektor perkhidmatan dengan mewujudkan keupayaan invoasi berkualiti dan bernilai tambah tinggi di dalam pembangunan industri perkhidmatan, menyepadukan sumber-sumber untuk mempercepatkan pengumpulan pengetahuan dna melonjakkan daya saing antarabangsanya.
- Mengikuti tiga teras utama iaitu berfikiran ke hadapan, melakukan inovasi, mengantarabangsakan; CDRI bertujuan mewujudkan samudera biru di dalam sektor perkhidmatan dengan memainkan peranan sebagai platform untuk pertukaran pengetahuan bagi kerajaan, industri tempatan, ahli akademik dan institut penyelidikan. Selain itu juga, membawa masuk sumber-sumber dan kaitan berkuasa bagi memberi cadangan kepada Kerajaan sebagai rujukan untuk membuat keputusan selain menawarkan rumusan menyeluruh kepada syarikat swasta.
Tak sabar nak share produk-produk dari Taiwan. Kita share nanti ye? Apapun, semoga program ini mendapat sambutan di masa akan datang. ⏳⏳⏳⏳⏳⏳⏳⏳⏳
Thank you for reading this article <3
banyak produk nya...
BalasPadamMa gosh, meriah rambang mata la ni especially buat mereka yang suka barang kecantikan tu. Great info, Mek Onie! Senang la those yang nak survey or explore barang-barang dari Taiwan kan. Kot kot terus boleh inspire ke Taiwan. Haha!
BalasPadamwah macam 2 produk diorang ada.menarik
BalasPadam