ENCHANTEUR STUNNING BEST !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyy! Enchanteur wei. Siapa pernah dengar? Sejujurnya aku dah lama gila tak pakai produk Enchanteur ni. Dulu masa zaman sekolah, zaman duduk hostel memang aku suka pakai produk Enchanteur ni. Korang pun mesti pernah pakai produk ni kan zaman sekolah dulu? Jangan risau korang, walaupun aku dah lama tinggal Enchanteur ni, nah! sekarang Enchanteur datang lagi wei. Best gila. Lama beno tinggalkan produk ni. 




Banyak-banyak jenis pilihan aku pilih Enchanteur Stunning yang merupakan produk terbaru mereka. First aku bau perfume dia. Alah comel! Enchanteur Stunning ini terdiri daripada 5 produk iaitu Enchanteur Stunning Eau De Toilette, Enchanteur Stunning Perfumed Body Lotion, Enchanteur Stunning Deo Mist, Enchanteur Stunning Deodorant Roll On dan juga Enchanteur Stunning Perfumed Talc. Phewwwwww. Cukup 5 yang wanita-wanita di luar sana pun wajib ada dalam koleksi peribadi masing-masing.


Kalau korang perasan di drugstore, Dashing ini mempunyai 4 jenis bauan yang berlainan dan dah pasti akan membuatkan seluruh wanita happy dengan ada pilihan bauan. Terkini adalah bauan Stunning. Selain itu, bauan Charming, Romantic dan Alluring pun. 




Enchanteur Stunning Perfume Deo Roll-On : Aroma bunga yang tahan lama untuk keyakinan dan kesegaran sepanjang hari. Suka gila bau deodoron yang ni. Best! Antara yang lain aku suka tentang deodoran ini adalah dah tentu tak melekit, tak meninggalkan kesan pada pakaian, anti-perspirant, membunuh 99.9% bakteria dan juga cepat meresap dan cepat kering. Pemilihan deodoran ni pun sebenarnya sangat penting. Sebab kadang tu kalau salah pilih, lain pulak baunya kang,hehe...




Enchanteur Stunning Perfume Body Lotion : Diformulakan dengan satin halus yang tak berminyak langsung dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter yang bertujuan nak bagi kulit si pemakai lembap pada tahap optimum. Make sure, kenalah sapu setiap hari untuk kesan yang licin, lembut dan halus. Habit aku adalah, aku ni sejenis yang suka lumur lotion satu badan sebelum nak tido malam pastu bangun esokkan tu dalam keadaan yang wangi je. Paling penting, kulit pun mula lembut.



Enchanteur Stunning Perfume Talc : Bedak! Turut tak dilupakan. Aku memang suka tabur bedak satu badan dan paling penting bau dia wangi kerana bauan tersebut datangnya daripada Blackcurrent Buds dan Raspberriesjuga dipertingkan oleh gabungan khas dari Mawar Turki, Gardias dan Sandalwood. Selain itu juga, kewangian bedak ini datangnya selepas disemai dengan aroma bunga halus, serbuk talkum yang bertujuan untuk meninggalkan kulit dengan keadaan yang lembut macam sutera korang wei! 




Enchanteur Stunning Deo Mist :  Jujur aku kata, aku ni jarang jugak pakai Deo Mist ni. Pakai bila perlu sahaja dan ternyata bauan mist ini sangat menyenangkan hati kita wak.




Enchanteur Stunning Eau De Toilette : Bekas dia tu sangat eksklusif. Suka gila aku wei. Cuma kalau perfume yang jenis EDT ni bauan dia tak tahan lama. Tapi jangan risau. Perfum ni bau dia sangat menyenangkan. Terima kasih Enchanteur Malaysia. Sweet betul sebab keluarkan bauan Stunning suka. Suka yang amat bau dia :)

Segala pertanyaan atau nak tengok produk lain lagi boleh klik link bawah ni tau:

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..