KECIL TAPI POWER WEI DASHING NI.



Kecil Tapi Power Wei Dashing Ni | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. yeayyyyyyyyy! Finally! Kalau korang nak tahu aku ni memang banyak travel dan outstation. Memang segala pemilihan barang pun aku ambil kisah. Salah satunya adalah perfume! Kalau sebelum ni aku beli perfume yang jenis saiz poket and now aku pilih untuk saiz poket jugak demi mewangi okay! Aku ada jugak perfume yang saiz besar, tapi gigih pulak aku nak bawak yang besar 100ml tu ke sana ke marikan? Ingat aku rajin? wahahahaha... Lagi satu, kalau boleh aku memang nak hadkan barang yang aku bawak. Actually perfume ni memang tak penting pun buat aku. Sebab? Sebab aku takde la bau badan yang amat teruk tu cuma demi kelangsungan hidup jugak (haaaaaaa kelangsungan hidup kau,wahahahaha) aku jadikan perfume ni adalah salah satu barangan wajib aku bawak bila travel. Haaaaaa... in case terbau badan tetiba, haaa aku sembur je...




Sebelum aku bercerita panjang kat korang ni, pernah tak dengar produk yang bernama Dashing ni korang wei? (Kesian siapa yang tak pernah dengar,hahahahaha..kbai) Jujur aku cakap, adik aku yang lelaki tu memang suka gila pakai brand Dashing sampai kakak dia (aku la tu) pun suka dengan produk Dashing ni WALAUPUN produk ni khas untuk lelaki. Sebab apa aku suka dengan produk Dashing ni adalah kerana bau dia tu haaaaa, memang terbaik dari ladang. Sumpah aku kata, bila orang lelaki pakai perfume ni bau dia .... bila lalu tepi aku tu mampu membuatkan aku cair wakkkkkkkkk... haaaa,jejaga,wahahaha...




Dashing ni apa? Haaaa, kalau korang nak tahu.. Dashing ini adalah jenama yang merupakan lambang maskulin dan keyakinan tau. Dengan sejarah dia yang lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki Malaysia. Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama (betul! Tak percaya korang kena cuba). Jenama ini membolehkan lelaki muda moden untuk menyerlahkan keyakinan mereka dan menjadi kool bak Dashing (gichuuu) dengan harga yang orang kata mampu milik weiiiii. Dashing ni memang memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Phewww! Betul weh. Mampu boleh buat orang yang hidu terus jatuh cinta tu. Menariknya, jejaka Dashing ni amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka. 


Dashing memberikan anda rangkaian Minyak Wangi Lelaki yang direka khas untuk jejaka yang ingin tampil segak dan yakin. Serlahkan aura, gaya dan personaliti kengkorang tu dengan minyak wangi yang dicipta khas untuk memenuhi gaya hidup anda. Terdapat dalam 10 haruman hebat yang mampu menawan hati si gadis! Haaaa! betul tau. menawan tau. Aku kalau adik aku pakai pun kalau boleh nak berkepit je dengan dia tu. Habis macho la orang kata bau dia! Tapi yang bestnya sekarang Dashing ada keluarkan produk baru. Dia kecil je tau. Tapi bau dia power ya rabbi haaaa! Aku suka produk yang ni! Walaupun untuk lelaki, tapi aku memang ahhhhhh lantak engkau! Memang mudah nak selit dalam poket weh! Dalam handbag pun haaaaa, mudah! 


Produk baru yang direka oleh Dashing adalah Dashing Pocket Eau De Toilette dna konsep yang ada pada produk ini adalah 'Smell great, Anytime, Anywhere' Memang betul aku suka dengan konsep produk yang terbaru ni.

SMELL GREAT
Of course! Aku suka sebab perfume Dashing Pocket ini mempunyai 4 bauan iaitu Active, Cool, Hattrick and Ultimate Kick. Empat-empat bauan ini memang aku suka gila. Semua kalau sembur terasa macho habis kalau pakai walaupun aku perempuan. Haaa...

4 bauan itu adalah:
Active: Active ialah khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

Cool: Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbunam dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang cool secara semulajadi dari dalam dirimu.

Hattrick: jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untu menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Ultimate Kick: Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

ANYTIME
Anytime: Paling best! Sebab boleh bawak kemana sahaja tanpa memikir nak bawak beg sebesar alam mana. Sebab perfume pocket ni memang mudah nak bawak kemana je. Comel kecik je wak!

ANYWHERE
Nak sembur bila masa? Haaaaa boleh wei! Jangan risau.



Harga: RM7 (8ml)


So, inilah saiz dia! suka gila. memang mudah nak bawak. Kalau korang nak tengok lebih lagi, korang kena klik link bawah ni. Haaaa suka wei lop! ❤ ❤ ❤




9 ulasan:

  1. Suami pon pkai dashing taw.. tpikat bau wangian dashing masa perkenalan dlu..huhu..

    BalasPadam
  2. Gambar menarik! Dashing memang popular. Mudahla ada saiz kecil. Kalau baunya best, tak perlu berbelanja mahal untuk parfum lelaki.

    BalasPadam
  3. Wangian dari produk dashing ni memang lejend.. bau-baunya yang maskulin selayaknya untuk lelaki sejati macam saya ;)

    BalasPadam
  4. mantap nih. Nanti boleh dong give awaynya :D

    BalasPadam
  5. Wahhhh bestnya dashing. Comel lotte pulak tu packaging dia. Brand paling lama dan masih ade peminatnya tersendiri kan.

    BalasPadam
  6. Kecik kecik cili padi orang cakap. Kecik tapi bau dia pergh terbaikk

    BalasPadam
  7. Akak suka bau warna biru tu. Soft je bau dia. Macam warna hitam tu kuat bau jantan dia. Hahaha.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..