PELANCARAN ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM


Pelancaran Estetika Medispa Shah Alam | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyyyy! Finally, benda yang paling aku tunggu adalah spa kesukaan aku buka di Shah Alam. Antara sebab aku ternanti-nanti dengan pembukaan spa kesukaan aku di Shah Alam adalah lokasinya yang strategik which is orang sekitar Lembah Klang mudah nak turun termasuk aku sendiri. Kalau sebelum ini aku ke Estetika Medispa Klang yang perjalanannya lebih kurang 50 kilometer daripada rumah aku tetapi sekarang 32km sahaja! Walaupun 32km aku masih berpeluang untuk membuat rawatan dan tidak perlu menapak jauh lagi ke Estetika Medispa Klang. Menariknya, Estetika Medispa ini sangat berdekatan dengan pejabat aku iaitu 9 minit je wei jarak masa dia. So, lepas balik kerja memang aku boleh singgah dan tak perlu risau dengan kesesakan lalulintas dan jarak perjalanan lagi. Fuh! Terima kasih Estetika Medispa Shah Alam dan tahniah juga diucapkan atas pelancaran Estetika Medispa Shah Alam pada 1 Oktober 2017. Dah nak masuk sebulan usia Estetika Medispa Shah Alam ! Tahniah sekali lagi.


Untuk makluman semua, Estetika Medispa ini adalah cawangan yang ke-8! Fuh! Banyak kali cawangan. Oleh itu, peminat atau pelanggan Estetika Medispa boleh pergi ke mana-mana sahaja cawangan Estetika Medispa yang berdekatan dengan mereka. Antara cawangan lain Estetika Medispa ini adalah:

  • Estetika Medispa Seberang Jaya, Penang
  • Estetika Medispa Kuantan, Pahang
  • Estetika Medispa Kota Bharu, Kelantan
  • Estetika Medispa Bangi, Selangor
  • Estetika Medispa Klang, Selangor
  • Estetika Medispa Shah Alam, Selangor
  • Estetika Medispa Kuala Terengganu, Terengganu
  • Estetika Medispa Kemaman, Terengganu


So, aku juga pernah ke Estetika Medispa Klang, Selangor. Korang boleh baca pengalaman pertama aku membuat rawatan di sana >>>>>>> BACA PENGALAMAN PERTAMA AKU DI SINI 

Kalau korang tak tahu nak buat rawatan muka atau 'me time' di mana. Aku cadangkan korang datanglah Estetika Medispa Shah Alam atau cawangan berdekatan dengan lokasi korang. Di sini, korang jugak akan diberi konsultansi tentang kulit muka korang. Jangan rasa ralat untuk bertanya apa-apa tips untuk kulit muka kerana mereka pakar tentang kulit muka. Nak tanya tentang cara penjagaan kulit boleh, pemakanan boleh. Mereka sedia membantu. Semasa membuat rawatan pun rasa selesa.


Gambar sekitar Majlis Pelancaran Estetika Medispa Cawangan Shah Alam pada 1 Oktober 2017. Ralatnya, aku tak dapat hadir ketika ini kerana tidak sihat. Arghhh! Kalau tak boleh jumpa Idola-idola. Sob!







Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..