RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!

RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!

Rawatan Kedua Di Estetika Medispa Shah Alam Best | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuuuuu! Mesti korang perasankan kenapa aku pilih Estetika Medispa sebagai pusat rawatan muka aku. Apapun, aku happy bila Estetika Medispa dah dibuka di Shah Alam pada 1 Oktober 2017 haritu. So, lepas ni.. Estetika Medispa Shah Alam jela aku pegi,hehe..Jangan lupa juga korang untuk baca RAWATAN PERTAMA AKU DI ESTETIKA MEDISPA pada bulan Julai lepas. Sesungguhnya, aku ni wanita (sangat) sibuk dengan hal doniawi dan kadang-kadang sampai terlupa nak manjakan kulit muka sendiri. Macam tahun-tahun sebelum ni aku memang jarang dan kadang-kadang skip setahun dua untuk buat rawatan kulit muka. Masa rawatan pertama di Estetika Medispa di Klang haritu, bila diberi konsultasi aku agak terkejut dengan jawapan dari Dr.Azlin. Walaupun aku sendiri merasakan kulit muka aku ini bebas dari segala masalah, namun bila di scan. Maka terjawablah apa yang ada pada kulit muka aku tu haaaa... Sebab dah lama tak buat rawatan muka sekali kot. 


So, bila masuk rawatan kedua ini dan diberi oleh Cik Shahira (comel betul orangnya,tengok gambar atas) aku menarik nafas yang panjang sebab masalah yang heavy seperti takungan minyak pada rawatan pertama aku dah tiada! Cuma kulit aku ni ada masalah dari segi UV which is faktor cahaya yang menyebabkan kulit muka aku 'kelam'. Jadi, bila dah diberi konsultasi dan rawatan yang sesuai aku proceed je. Sebab mereka lagi pakar bab ini. Ikutkan untuk rawatan 1 hingga 3 nanti aku kalau boleh nak lebih ke arah rawatan dan sekiranya tiada apa-apa masalah yang heavy pada kulit muka, aku akan pilih untuk rawatan pencerahan. 


Hei, sis pun nak muka cerah jugak tau,mihmihmih. Tapi untuk rawatan 1 hingga 3 ni aku akan fokus dengan merawat kulit dahulu. Rawatan apa aku buat tu aku lebih mengikut kepada pendapat pakar konsultasi aku iaitu Cik Shahira dan rawatan itu adalah:

DERMOEXPERT THERAPY

Untuk rawatan Dermo Expert Therapy ini aku setuju kerana rawatan ini membersihkan kulit muka, menanggalkan kulit-kulit mati, membuang whitehead dan blackhead, menyegarkan dan menegangkan kulit muka, mengalakkan pertumbuhan kolagen dan membentuk V-Shape pada muka. Yeayyy! So, aku proceed untuk membuat rawatan ini. 


SPA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!


Tips di sini: Kalau korang rasa nak buat rawatan muka, pastikan permasalahan kulit muka korang dulu baru proceed untuk rawatan apa yang bersesuaian supaya tiada 'side effect' di masa akan datang. Ni apa yang aku perasan, kebanyakan gegirl kat luar sana tu, terjah spa dan pilih ikut suka rasa dan tiada konsultasi daripada pakar. So, apa yang aku sarankan di sini adalah, pilihlah spa yang selamat. Kalau setakat membuat rawatan dan tiada konsultasi tu baik duduk dirumah je. Haaa... 


SPA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!


Done! Muka dah tak 'kelam' dah pasni, apapun kulit muka aku ni memang tiada masalah jerawat atau jeragat serta masalah yang berat. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan kulit muka yang tidak bermasalah cuma masalah dalaman pada kulit tu sentiasa tak boleh lari. Lepas rawatan dilakukan aku akan jaga lebih lagi terutama kelembapan pada kulit muka, phewww...Korang jangan pelik ye kalau aku pakai sunblock dalam pejabat. Sunblock tu tak semestinya pakai pada cuaca panas sahaja tau korang. Dalam office terutama pencahayaan yang kuat dan aircond tu. WAJIB pakai sunblock SPF50+. 


SPA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!

Apapun, aku suka gila rawatan dermoexpert therapy ni sebab lepas buat rawatan ni, kulit terus jadi gebu gebas macam kulit bayi tu haaaaa..Kulit makin cerah dan terasa kelembapan dia. Paling aku suka, kulit muka terasa terus ringan. Puas hati dengan rawatan dermoexpert therapy ni. Korang kalau nak tanya pendapat aku sebelum ke spa ni pun boleh. Just contact je aku dulu. Terima kasih banyak Estetika Medispa Shah Alam kerana melayan pertanyaan aku yang kemain banyak, buat rawatan kat kulit muka aku dan sentiasa beri servis yang terbaik! Bulan depan wajib datang lagi untuk next treatment! Yeayyy... Tazabar.... 


Sekejap, korang ada masalah jerawat tak? Kalau ada. Haaaaa, ni aku nak share tips sikit untuk sesiapa yang ada masalah jerawat dan kenali jerawat anda jenis yang macamana.


Ada 5 jenis jerawat yang aku nak kongsikan dengan korang semua dan jom kenalpasti mana satu jerawat yang bertapak dimuka korang. Sesungguhnya, jerawat ini sangat memberi kesan kepada sesiapa sahaja manusia di atas muka bumi ini termasuk aku sendiri. Walaupun aku ni jarang jerawat nak bertapak dimuka, namun aku sedia untuk berkongsi jenis-jenis dan masalah kenapa jerawat tu boleh ada serta apa produk yang sesuai untuk kulit muka korang tu haaaaa...


Jenis-jenis jerawat.
  1. Jerawat Kecil
  2. Jerawat Batu / Cystic Acne
  3. Komedo
  4. Jerawat Vulgaris
  5. Jerawat Rosacea

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang jerawat ni, meh sini aku nak kongsikan apa itu jerawat? Rata-rata, jerawat ini adalah masalah kulit yang umum terjadi dan dipercayai bahawa lebih daripada 90% orang pernah mengalami masalah jerawat. Betul tak? Jerawat ini disebabkan oleh kerana wajah memiliki kalenjar sebasea yang dapat memproduksi minyak atau tempat pengumpulan minyak pada kulit muka. Masalah jerawat ni juga biasanya terjadi jika kalenjar tadi tersumbat oleh sel kulit mati, minyak mahupun bakteria. 


Apapun, korang tak perlu risau kerana jerawat merupakan masalah yang dapat diatasi secara betul. Masalah jerawat kebiasaan muncul pada usia 12-25 tahun akibat perubahan hormon dan banyaknya aktif di luar ruangan. Untuk merawatnya pula, kita perlu perhatikan kerana jerawat tidak diubati dapat bertahan 4 hingga 5 tahun dan jerawat yang diubati dengan cara yang salah dapat menimbulkan bekas yang bertahan sangat lama. Selain menyebabkan masalah pada kulit, jerawat juga dapat memberi ketidakselesaan kepada diri sendiri dengan gangguan emosi.


Jerawat Kecil
Jerawat ini timbul biasanya disebabkan faktor umum terjadi contohnya masalah hormon, kotoran pada kulit muka dan gangguan emosi seperti stress. Biasanya disebabkan oleh faktor bakteria propionibacterium acne yang tumbuh di kalenjar sebaceous yang berada di lapisan kulit dalam asam lemak dengan bentuk kecil berwarna putih dan kemerahan.


Jerawat Batu / Cystic Acne
Jerawat ini rasa sakit bila disentuh, jerawat ini juga mempunyai bentuk cukup besar dan sangat menganggu dengan adanya bentuk menanah dalam keadaan bengkak kecil. Apabila dibiarkan, jerawat batu akan meninggalkan kesan parut jerawat yang sukar dihilangkan. Selain itu, di dalam jerawat batu ini juga terkandung bakteria, sel kulit mati dan sel darah putih. Kebanyakan timbul adalah disebabkan masalah faktor genetik, kurang mencuci muka untuk penjagaan kebersihan kulit muka juga disebabkan kotoran debu yang menutup pori-pori pada kulit muka.


RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!


Komedo
Komedo terdiri daripada dua jenis, iaitu whitehead (komedo tertutup dengan benjolan putih di permukaan kulit dan blackhead (komedo terbuka dengan bintik-bintik hitam menutupi pori-pori). Penyebab adanya komedo adalah sel-sel kulit mati dan timbul kulit minyak yang banyak.


RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!


Jerawat Vulgaris
Jerawat ini termasuk dalam jerawat yang mengalami kelainan iaitu tandanya ada komedo terbuka dan tertutup, juga jerawat yang diikuti dengan kemerahan bersisik. Penyebab munculnya jerawat ini adalah akibat kelebihan berminyak pada kulit muka, perubahan hormon dan pengambilan produk kosmetik yang tidak sesuai.

RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!

Jerawat Rosacea
Jerawat rosacea ini muncul kepada wanita di usia 30 - 50 tahun. Pada awalnya jerawat akan tompok kemerahan dan meradang sehinggakan menimbulkan pada hidung, pipi, dahi dan juga pada dagu. Walaupun dianggap tidak berbahaya pada kesihatan kulit muka, namun jerawat ini biasanya dapat menimbulkan kerosakan berterusan jika tidak dapat tangani dengan baik.


RAWATAN KEDUA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!

Jerawat Nitrosia
Jerawat ini adalah salah satu yang berjaga-jaga. Ini kerana jerawat boleh membuat kulit wajah menjadi berlubang. Jika anda menderita dengan keadaan sebegini sebaiknya perlu diubati dengan segera.


Jerawat ini juga terjadi kerana:
  • Kebersihan pada kulit muka tidak terjaga
  • Kulit berminyak
  • Gangguan emosi seperti stress
  • Pemakanan tidak terjada
  • Waktu tidur tidak menentu
  • Terdedah keadaan udara kotor dan panas
Tips Elak Jerawat:
  • Perlu tahu mengawal emosi apabila stress
  • Menjaga kulit wajah dan juga kuku
  • Menggunakan pencuci muka yang bersesuaian
  • Tidak menggunakan produk kosmetik secara berkongsi bersama rakan
  • Tidak menggunakan produk kosmetik dengan secara berlebihan
  • Kuran mengambil pemakanan yang bergoreng dan berminyak
  • Mengambil pemakanan yang menjamin lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Mempunyai waktu tidur yang secukupnya
  • Kurang terdedah dengan udara yang kotor dan berdebu



Satu je penyelesaian dia, kalau nak kulit muka bebas dari jerawat. Korang kena cuba AC CLEAR LOTION daripada Estetika Medispa seperti dibawah. 



SPA DI ESTETIKA MEDISPA SHAH ALAM BEST!


Kalau korang nak buat rawatan di Estetika Medispa boleh tengok harga dan rawatan di bawah ni dulu. Enjoy! 


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..