DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR DAN TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR
Tempat Menarik Di Kuala Selangor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuuuu! Bulan lepas berjalan di Kuala Selangor! Walaupun Kuala Selangor ni daerah tempat tinggal aku, tapi baru kali ini aku sempat menjelajah hampir keseluruhan Kuala Selangor. Tapi still gigih nak stay hotel jugak. Apa yang penting, aku stay di Kuala Selangor iaitu di De Palma Eco Resort Kuala Selangor selama 3 hari 2 malam tau. First time nak merasai dan nak menghabiskan masa di Kuala Selangor tanpa balik rumah dan buat semua aktiviti yang ada di De Palma Eco Resort Kuala Selangor.
Hari pertama aku sampai di De Palma Eco Resort Kuala Selangor lebih kurang jam 4 petang macam tu la kot. Walaupun aku bertolak dari Shah Alam, tapi terasa jauhnya Kuala Selangor. haha. Tapi takpe, demi nak berjalan, aku gigihkan jugak diri ini untuk bersabar. Sampai-sampai resort terus check in dan aktiviti seterusnya berjalan. Banyak benda nak cerita, tapi untuk entri kali ini aku akan pecahkan kepada 2 kisah di mana aku akan ceritakan pengalaman aku menginap di De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan tempat menarik di Kuala Selangor.
So, tak perlulah aku cerita mengikut kronologi yang betulkan, mihmih. Jangan risau, aku akan bagi tips jugak pada masa bila nak pergi semua tu. Aku akan selitkan. Sebelum tu, siapa pernah sampai ke Kuala Selangor ni? Pergi mana je? Haaaaa, nanti jangan lupa share dikomen tau.
Pengalaman aku menginap di De Palma Eco Resort Kuala Selangor | Satu pengalaman yang tak akan dilupakan sebab yelah, gila apa. Rumah dekat pun nak menginap jadah apa la kan?Haha. Heiiiiii, benda ni la satu pengalaman dan ilmu baru tau. Ada rezeki lebih bawa diri kemana je nak pergi. Tapi untuk trip kali ini, aku macam biasalah sebilik dengan partner in crime aku iaitu dikbee. Jejak kaki sahaja ke chalet kami, terasa suatu ketenangan dan lamanya tak menginap dikeliling oleh alam semulajadi. Masa kami sampai banyak jugak lotong berkejaran di depan chalet kami. Sebab chalet kami terbelakang sikit. Tapi JANGAN TERKEJUT, lotong-lotong tu semua tak kacau manusia pun. KECUALI..
kau bawak makanan.
Akan dirembat la nanti dengan lotong-lotong tu haaa.
Beringat yang tu je la, hehe.
Selebihnya, dia tak kacau manusia.
De Palma Eco Resort Kuala Selangor bersebelahan Sungai Selangor yang memberikan ketenangan sepanjang menginap di sini. Lokasi resort yang sangat strategik dengan semua tempat menarik di Kuala Selangor dan sangat berbaloi untuk menginap di sini.
Yeayyyy! Inilah bilik kami yang indah dan selesa yang amat. Bilik ini namanya Junior Suite dan bilik yang pernah kami menginap adalah bilik no.111, belakang sikit la. Tapi jangan risau, takde apa pun. Kemudahan yang ada dalam bilik ini semuanya serba lengkap dan tak mengecewakan langsung. Walaupun dari luar kecil, namun bila jejak masuk ke dalam, just wowwww...bapak besar bilik.
Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini ada beberapa jenis bilik dan antaranya adalah:
- Superior (Queen/Twin)
- Villa Superior (Queen/Twin)
- Junior Suite ( Bilik aku duduk)
- Deluxe (Twin/Triple)
- Anjung Suite
- Dara Suite
- Villa Superior (Queen/Twin)
- Malawati Room ( 2 Queen )
- Desa Room (2 Queen)
Sebanyak 48 chalet dan 12 villa disediakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Bilik je nak bilik mana dan harga untuk setiap bilik ini sangat berbaloi.
Aktiviti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor | Antara aktiviti yang aku lakukan di sini adalah night walk, team building, horse riding dan zumba. Gila best, selama aku menginap 3 hari 2 malam di sini pun masih tidak puas.
Selain aktiviti yang aku sebut di atas ada aktiviti lain lagi seperti:
- Berbasikal
- Badminton
- Bola tampar
- Jungle trekking
- Tele-match
Benda yang paling lama aku tak buat adalah team building, haha...walaupun aku selalu handle kursus, tapi aku jarang nak join team building dorang. Kita je pemantau je,kah! Tapi team building di sini sumpah terhibur nak matik. Selain bagi peluh keluar, dalam masa yang sama aktiviti-aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan silaturahim lagi. Oh ya! Haritu aku pergi dengan kawan beramai-ramai dan kami dipecahkan 2 kumpulan.
Sebelum aku terlupa, kat sini pun ada sediakan makanan lunch yang berkonsepkan bollywood. Bukan tema je oiii, makanan pun tuuuu atas daun pisang wei. Lama gila tak makan nasik beralaskan daun pisang ni. Memang berselera habis. Okay. Untuk tema yang ni, korang boleh gak request dengan resort tu untuk tema macam ni. Nak cantik, nak helok...adalah lebih baik kita menempah awal sikit supaya tiada pertindihan masa dengan orang lain.
Kemudahan yang disediakan oleh resort ini adalah:
- Surau dengan imam sekali tau
- Kolam renang
- Safe deposit boxes
- Servis dobi
- Internet (Tapi dalam bilik aku takde wifi,haha)
- City Tour (Atas perminataan)
- Shuttle service
- Major Credit Card Accepted
BBQ Time !
TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR
Yuhuuuuuuu, jom menjelajah ke tempat menarik di Kuala Selangor. Gigihnya siap open request untuk dibawa jalan-jalan haaa.. gigih tak?haha.. walaupun tak jumpa Pasar Pasir Penambang,kah! So, jom tengok tempat mana aku pergi.
1. Bukit Melawati
2. Kelip-kelip Kampung Kuantan
3. Sky Mirror ( Salar De Uyuni of Malaysia - Mirror - reflection of the sky - Sand Bank)
4. Taman Alam - Kuala Selangor Nature Park
Antara tempat lain yang wajib korang pergi adalah Makam Anak Dara, Poisonous Wll, Penggawa Cannon, Muzium Bersejarah, Pasir Penambang, Eagle Feeding, Royal Kg.Kuantan Golf Club, Royal Mausoleum, Batu Hampar, Altingsburg Lighthouse, Silver-Leafed Monkey dan banyak juga kedai yang best-best yang wajib korang cuba antaranya adalah Cendol Bakar. Apa yang Bakar? Nama tuan dia Bakar tapi di restoran ni memang ramai yang makan.
Apapun, penginapan dan jalan-jalan di Kuala Selangor sangat best! Cuma apa yang aku tengok di sini, Taman Alam dia seperti tak dijaga dan banyak wakaf hampir roboh dan tak meriah. Apapun, kalau nak ke Kuala Selangor, jangan lupa datang ke sini tau :D
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Alamat:
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor
Tel: 03-3289 7070 / Fax: 03-3489 7080
Email: info@depalmahotel.com
Wahh seronoknya! Tempat dia cantik dan aktiviti outdoor pun macam best! Nanti nak cubalah!
BalasPadamHaii.. nk tnye, u pkai pakej ke buat aktiviti sume tu??
BalasPadamteam amway kami selalu buat seminar leadership kat sana, mmg cantik & best price
BalasPadam