KR1M KINI BERWAJAH BAHARU
KR1M Kini Berwajah Baru | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyy, KR1M dah pun berwajah baru tau korang. Incase kalau ada yang masih tak tahu tentang wajah baru KR1M ni no worries! Sebab untuk entri kali ini, onie akan berkongsi info tentang KR1M berwajah baharu ini. Sejujurnya, apa yang aku nak katakan di sini aku sangat berbangga dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atas penubuhan dan wajah KR1M baharu ini. Jadi masyarakat di luar sana. Jangan risau. Selepas ini, banyak barangan yang kita boleh beli dengan harga yang berpatutan.
Untuk makluman semua, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) versi 2.0 ini wujud dengan tujuan untuk membantu rakyat di seluruh negara. Jadinya, konsep KR1M 2.0 ini adalah menyediakan produk yang lebih murah, lebih banyak pilihan dan lebih dekat dengan hati pengguna. So, sampai masanya untuk kita kembali untuk berjimat.
Jadi bila KRIM 2.0 ini akan dibuka dan pencapaian seterusnya?
- Kedai Rakyat 1 Malaysia akan distruktur semula sebagai KR1M 2.0.
- Pada 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluas kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam masa 3 tahun.
Haaaaa, kalau dah makin banyak KR1M 2.0 ni, rakyat Malaysia akan rasa mudah untuk mendapatkan barangan keperluan dan yakin untuk membeli. Apa yang aku boleh kata di sini adalah, kita perlu mengenalpasti pendapatan kita dan dimana kita perlu berada. Jadi, sekiranya ramai rakyat yang tidak tahu nak membeli di mana dan dalam masa yang sama kita boleh berjimat, jawapan dia adalah di sini iaitu KR1M 2.0.
Kenapa kita sebagai rakyat PERLU membeli di KR1M 2.0:
- Dapat mengurangkan beban kos sara rakyat.
- Membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan.
- Dapatkan produk yang berkualiti dengan harga yang lebih murah.
Tips nak berjimat dan berbelanja secara berhemat adalah:
- Tumpukan hanya kepada produk yang boleh dilihat harganya & promosi yang ditawarkan.
- Sentiasa memeriksa harga produk asal terutama pada bungkusan yang lebih besar.
- Beli produk yang dijual berasingan jika ia lebih berbaloi.
- Buat senarai dan tetapkan barangan yang diperlukan sahaja.
So, berjimatlah dan membelilah dengan bijak. Nantikan KR1M 2.0 nanti tau. Onie pun tak sabar nak membeli di KR1M 2.0 tu. Jangan lupa untuk support produk daripada syarikat industri kecil dan tempatan tau. Tahniah sekali lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Good news to most people I suppose. Mesti diorang lega dapat tahu berita ni. Ye la, mudah nak beli barang-barang keperluan kan.
BalasPadamThanks for the info, MekOnie! 👍🏼
Masa KR1M yg 1.0, mak ana rajin juga shopping dkt sini sbb dkt je dgn rumah. Tak lama lps tu dah tutup kedai tu. Rupanya distruktur semula jd 2.0. Kena bgtau mak semula ni.
BalasPadamBagus KR1M sebab dpt bantu rakyat yang kurang berkemampuan dan pada masa yg sama membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
KRIM2 mampu membantu org berpendapatsn rendah... nk masuk la seksli sekala... cuma kat kawasan umah xde kedai KRIM
BalasPadamis good to know the skim has change to new phase. hope it can help the owner and buyer.
BalasPadamOwh dah tukar baru ya Kedai Rakyat 1 Malaysia nie.. rasanya kat tempat Kak Sue belum ada..
BalasPadamwah dah ade baru..bagusla..harga pun murah
BalasPadamSekali baca tadi ingatkan Krim muka. Hehe. Pertama kali dengar pasal KR1M. Bolehlah Bella cuba beli barang kat sini nanti.
BalasPadamGood update onie. I was thinking what is KR1M, lepas baca baru faham. Thanks for the information onie 😃
BalasPadamSepatutnya berwajah baru untk mrnarik lg kunjungan pelanggan..ada la 2-3 kali akak membeli di KR1M sekitar KL..
BalasPadamThanks for the update now I know what is KR1M.
BalasPadambeli di KR1M ni kena GST tak mek?
BalasPadamLah, ye ke. Haritu mati-mati ingat dieorang tutup sebab dah nak stop terus. Rupa-rupanya ade improvement
BalasPadamIts my first time know about KR1M, quite interesting and can't wait to check it out more.
BalasPadamTQ so much for your information and sharing Onie. btw, Love ur blog! keep blogging<3
BalasPadamWah bgusnya. Kat penang dalam pulau x de pun buka KR1M huhu
BalasPadamTak pernah lagi pergi ke KR1M... mungkin sebab xde yang berdekatan dengan rumah sekarang nie
BalasPadam