MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA



Maydan Bersama Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuu.. Akhirnya, ada masa juga untuk aku berkongsi kisah Majlis Ramah Mesra Bersama Duta Maydan iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura sekaligus melancarkan produk Maydan juga tagline yang sangat in adalah 'Dan Dan Menjadi'. Pertama sekali, tahniah aku ucapkan kepada pemilik atau tuan empunya produk ini iaitu Puan Maya Hamdan dan juga Puan Dana Hamdan kerana berjaya menambat hati pengguna dengan adanya produk Maydan ini. 


MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA

MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA


Di Majlis Ramah Mesra ini juga, menampilkan salah seorang Duta Maydan iaitu Elfira Loy, pemilik Maydan, orang ramai beserta media untuk memeriahkan lagi majlis ini. Selain itu, orang ramai berpeluang bertanya kepada Elfira Loy tentang tips kecantikan dan pengalaman menggunakan produk Maydan. 


MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA


Hasil kerja keras dua beradik ini, maka tercetuslah 'MAYDAN' dimana nama asal produk ini diambil daripada nama pemilik produk ini iaitu Maya dan Dana. Hasil kerja keras Puan Maya dan Puan Dana,  kini Maydan mempunyai 3 produk kecantikan yang telah ramai menambat hati para pengguna di luar sana. Antara produk yang dijual adalah Q-Tab, Shampoo dan Moisturizer dan Lock It. Ketiga-tiga produk ini mempunyai duta yang cukup terkenal dimana Elfira Loy merupakan duta kepada produk Lock It, Fattah Amin duta kepada produk Shampoo dan Moisturizer dan akhir sekali Fazura yang merupakan duta Q-Tab.


Sejujurnya, aku sudah banyak kali mendengar tentang produk Maydan ini di media sosial terutama perasan apabila Elfira Loy seringkali mempromosikan produk Maydan di laman sosial media iaitu instagram. Very impressive bila Elfira Loy sendiri berkongsi tentang produk kecantikan dari Maydan di Instagram beliau. Rupanya, inilah tips kecantikan Elfira Loy selama ini ye.


Untuk makluman semua, Majlis Ramah Mesra Bersama Duta Maydan ini telah diadakan di Melawati Mall yang terletak di Ampang. Kali pertama juga aku menjejakkan kaki di Melawati Mall demi menghadiri Majlis ini dan juga paling best dapat berjumpa dengan idola sendiri iaitu Elfira Loy. Majlis yang sangat meriah kerana duta yang menghadiri majlis ini dapat meluangkan masa bersama pengguna Maydan dan siap boleh selfie lagi haaaa...


MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA


Ditangan aku, ada produk Shampoo dan Moisturizer di mana produk ini laku keras dan aku pun dah mula mencuba shampoo ini untuk melihat hasilnya. Terima kasih Maydan. Moga dimurahkan rezeki dan perniagaan terus maju jayanya.

MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA

Q-Tab : Duta Fazura

Q-Tab Maydan:

  • Protein utama untuk rambut dan kuku.
  • Melembapkan dan mencegah kelumumur.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut.
  • Menguatkan akar rambut.
  • Mengurangkan rambut gugur.


MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA

Shampoo dan Moisturizer : Duta Fattah Amin

Atasi 5 masalah rambut dan kulit kepala dengan Shampoo dan Moisturizer :
  • Hujung rambut kering dan keguguran rambut.
  • Kekeringan kulit kepala menyebabkan kelumumur.
  • Rambut rosak.
  • Rambut nipis, tidak teurus dan kusut.
  • Rambut kering disebabkan sinaran UV dan bahan kimia.


MAYDAN BERSAMA ELFIRA LOY, FATTAH AMIN DAN FAZURA

Lock It : Duta Elfira Loy

Keunikan Maydan Lock It Hydrating Serum:

  • Mengandungi sodium hyaluronate yang memegang lebih dari 1000 kali beratnya dalam air iaitu satu peranan penting dalam menjaga kelembapan kulit.
  • Membekalkan kelembapan dan nutrien untuk kulit lebih lembut dan licin.
  • Menghilangkan garis halus dan kedutan akibat kekeringan.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Membersih dan merawat kulit.


Tapi, Elfira kata Lock It atau serum ini memang terbaik dari ladang. Bukan Elfira je yang kata malah pemilik Maydan ini pun cukup kagum dengan keberkesanan serum yang mampu membuatkan kulit muka muda remaja dan cantik. Walaupun bekas serum itu kecil, namun ianya bertahan lama atas cara penggunaan kita. So, aku dah pakai Maydan.. korang bila lagi? Teringin nak try yang serum pulak. Okay masuk dalam bucket list! :) 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah :-


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..