PERKARA YANG MENARIK BERKENAAN EXPO NEGARAKU



Perkara Yang Menarik Berkenaan Expo Negaraku | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. yeayyyyy! Minggu lepas aku berpeluang ke Expo Negaraku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Percaya tak, bahawa aku pertama kali menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sedih tak rasa-rasa?haha..Tapi aku bersyukur juga bahawa aku berpeluang untuk ke Dataran Merdeka dan paling bersyukur dapat melihat sendiri kemeriahan yang ada di Expo Negaraku. Bersempena Pembangunan Infrastruktur di Malaysia semakin pesat dan membangun, maka wujudlah Expo Negaraku demi berkongsi info-info dan projek telah dibangunkan,sedang dan akan dijalankan untuk kemudahan rakyat Malaysia. 




Expo Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang menarik di Expo Negaraku ini adalah:

1. Terdapat 5 kubah yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung untuk melihat sendiri pameran yang disediakan di dalam kubah tersebut. Setiap kubah mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan antaranya adalah:
  • Kubah 1 : Tuah Dikongsi Bersama - Pengembaraan anda bermula di Kubah 1 dengan tayangan video yang menyelami kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara.
  • Kubah 2: Kemudahan Infrastruktur - Di mana, korang semua akan dibawa sendiri untuk melihat segala kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dari jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Rasailah sendiri kemudahan-kemudahan ini dengan cara yang berbeza.
  • Kubah 3: Kehidupan Kesejahteraan - Mesti korang semua mempunyai persoalan apa sebab musabab dengan segala kemudahan yang disediakan di Malaysia kan? Okay, di kubah 3.. korang akan melihat sendiri testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjana pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat.
  • Kubah 4: Gaya Hidup Malaysia - Nak tengok sendiri panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Jom rasai sendiri pengalaman 'bercuti' di Kubah 4.
  • Kubah 5: Masa Depan Gemilang - Kubah yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu paparan visual 360 darjah di Kubah 5. Nak merasai sendiri kehebatan visual ini? Yesss! Nantikan di Kubah 5!
2. Expo ini bersifat interaktif dan pengunjung juga berpeluang berinteraksi bagi memberi pengalaman baharu dalam menghargai dan menilai kemudahan yang disediakan. 

3. Expo Negaraku ini akan diadakan selama sebulan bermula 15.11.2017 sehingga 15.12.2017 pada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.



4. Expo Negaraku ini berpeluang merasai sendiri denyut nadi pembangunan negara secara lebih dekat, sambil mengecapi satu pengalaman yang menyeronokkan.

5. Rancang percutian sekolah anak anda dengan membawa anak-anak ke Expo Negaraku untuk merasai sendiri pengalaman yang sangat berharga.

6. Pelbagai paparan informatif seperti pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman di puncak menara pencakar langit PNB118 dan ketahuilah inisiatif dan perancangan pembangunan negara melalui paparan interaktif RMK-11. 

7. Pengalaman interaktif paling berharga adalah dapat merasai sendiri dengan berada dalam gerabak MRT,ECRL dan MyHSR. Aktiviti untuk anak-anak pun ada seperti skrin berinteraktif yang berdasarkan lukisan anak-anak sendiri. Serius. Paling mengujakan aku adalah kecanggihan yang ada disediakan di Expo Negaraku.


8. Jangan lupa jugak tau untuk mencuba aktiviti yang menarik seperti pancaran visual 360 darjah yang menakjubkan, expo infrastruktur mega pertama di Malaysia dan pancaran cahaya yang bakal mewarnai Bandaraya Kuala Lumpur.




9. Acara-acara sampingan seperti Kesihatan dan Kesejahteraan, Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan serta Aktiviti & Permainan. 

10. Paling penting, Expo Negaraku ini masuk adalah PERCUMA!



Tips untuk ke Expo Negaraku ini adalah:

  • Menaiki Train bermula dari Destinasi korang lepas tu jangan lupa untuk turun di stesen LRT MASJID JAMEK dan berjalan lebih kurang 10 minit menuju ke Dataran Merdeka.
  • Tak perlu bawak kereta naik je kemudahan awam yang disediakan.
  • Datang dari jauh semata-mata nak ke Expo Negaraku? Jangan risau. Korang pilihlah hotel yang ada promo iaitu Grand Millenium,Kuala Lumpur, Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, StarPoints Hotel Kuala Lumpur, Fraser Place Kuala Lumpur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Transit Kuala Lumpur dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU
  • Nak naik kereta? Boleh, tapi pilihlah grab dan nikmati RM5 OFF X 2 RIDES dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU17 untuk perjalanan yang ke-1000 pertama setiap hari. 
  • Dah sampai EXPO NEGARAKU? Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak lepas tu kongsi pengalaman korang di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dengan menggunakan #EXPONEGARAKU untuk memenangi barangan eksklusif ! 
  • Datanglah seawal mungkin. Kalau pintu buka pukul 10 pagi, pukul 9 pagi tu datanglah untuk menjadi orang yang terawal merasai pengalaman di 5 Kubah.
  • Jangan risau, food truck ada menyediakan makanan dan minuman. Bawa duit je tau! HEHE
  • So aku dah pergi, korang bila lagi? Hehe..

18 ulasan:

  1. Banyak jugak dgr pasal Expo ni tapi belum berkesempatan nak pergi lagi...sebab lately ni kan macam asyik hujan je..insyaAllah nnt nak pergi jugak...tak jauh mana pun sebenarnya..kaki ni je malas nak gerak..hahahaha

    BalasPadam
  2. Best jugak pergi Expo Negaraku ni, banyak info-info menarik yang kita boleh tengok :)

    BalasPadam
  3. Masih berpeluang lagi nak ke ekspo negaraku ni. Teruja tengok perkongsian onie

    BalasPadam
  4. Seronok. Nampak ramai blogger gi sana. Bal pun tak pernah pergi dataran merdeka. Hahahaha..

    BalasPadam
  5. ok fine i'm jealous. sana sini tengok org cerita pasal expo negaraku ni

    BalasPadam
  6. Bagus expo ni.. dengar kawan2 bercerita pasal expo ni.. rasa teringin nak pergi tapi tu la dengan anak yang sedang membesar susah nak dibawak kesana.. tengah lasak.. bila la nak dapat masa " Me time "

    BalasPadam
  7. Menarik jugak program begini. Kalau dekat boleh ainggah jugak dengan anak-anak ni.

    BalasPadam
  8. Bolehlah datang ke Expo Negaraku. Rumah pun dekat je boleh pakai code promo Grab. Boleh tengok pameran dan join aktiviti yang ada :)

    BalasPadam
  9. Tak tau lagi nk gi bia. Padahal dah dekat dengan office. Nk kena caw awal dari opis ni sekali, pastu pi sini. Kah

    BalasPadam
  10. Hope sempatlah sis nak bawa my dotter dtg sni. mesti dia suka. menarik dan banyak info. 5 kubah mcm wajib je terjah.

    BalasPadam
  11. Wow I can't wait to visit this! Looks like so much fun with all the activites there.

    BalasPadam
  12. Ibu bapa boleh mengambil peluang membawa anak-anak sempena cuti sekolah ini.

    BalasPadam
  13. Menariknya. Kalau ke kl sempat singgah ni. Nak jenguk 5 kubah ni.

    BalasPadam
  14. Menarik expo negaraku ni... Harap ada peluang pergi ke situ. #sayangmalaysia

    BalasPadam
  15. Ala baru je minggu lepas naik KL. Rasanya takde chance la nak pegi pulak tengok ekxpo negaraku ni -_-

    BalasPadam
  16. i tak pernah pi dataran mederka jugak! thanks for the tips! i rasa pakai grab paling senang.

    4D3N Star Cruise 2017

    BalasPadam
  17. Masih belum pergi tengok lagi expo negaraku, macam penat nak masuk ke KL lately thanks for covering it so boleh akses maklumat dari sini

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..